Hotel MITC Melaka

Hotel MITC Melaka ialah sebuah hotel 4 bintang terletak di Jalan Konvensyen Ayer Keroh. Ia sangat dekat dengan Melaka International Trade Centre. Pusat konvensyen itu hanya 50 meter bertentangan dari Hotel MITC Melaka ini.

Hotel berkonsep moden yang kedudukannya hanya 15 minit dari plaza tol Ayer Keroh menjadikan hotel ini antara hotel yang dicari oleh para pengunjung negeri Melaka.

Untuk harga terbaik, sila ke Agoda sekarang!

Ia adalah sebuah hotel yang sesuai jika anda mencari tempat untuk penginapan yang sederhana namun selesa dan sesuai sama ada untuk bersantai atau bekerja. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menyertai pelbagai acara yang selalu dianjurkan di MITC.

Hotel MITC, hotel yang diambil alih selepas beberapa pemilik mengalami masalah ini diharap akan kembali merancakkan industri perhotelan di Melaka. Hotel yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 13 Julai 2017.

MITC hotel melaka
Suasana Malam di Hotel MITC

Majlis yang dirasmikan oleh TYT ini juga bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang diadakan di luar perkarangan hotel tersebut.

Hotel MITC Melaka
TYT dan Ketua Menteri Melaka melawat bilik yang terdapat di Hotel MITC

Hotel yang telah melakukan proses renovasi ini telah pun mula digunakan oleh beberapa organisasi serta orang perseorangan beberapa bulan ini. Hotel MITC yang menempatkan 189 bilik ini menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung di banggunan sembilan tingkat.

Keunikan nama beberapa tempat digunakan sebagai mercu tanda di hotel ini seperti Dewan Gadek, Restoran Bemban dan Kafe Asahan.

Lima buah bilik besar di Hotel MITC untuk pelbagai acara seperti mesyuarat, majlis keraian, majlis perkahwinan dan sebagainya.

hotel mitc
Majlis yang diadakan di Hotel MITC

Selain Melaka International Trade Centre, Hotel MITC Melaka ini juga terletak berhampiran dengan pusat jabatan dan agensi kerajaan seperti pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri dan banyak lagi agensi kerajaan dan swasta berhampiran.

Terdapat juga Masjid MITC serta pusat membeli belah Mydin yang memudahkan para pengunjung untuk melakukan aktiviti santai.

Kawasan letak kereta yang mencukupi  yang luas boleh digunakan oleh para pengunjung yang datang dengan menaiki kenderaan sendiri.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan kolam renang yang baharu sahaja siap dibina untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, kemudahan asas yang disediakan oleh hotel ini memang berkualiti dan ianya sesuai untuk pengunjung dari dalam dan luar negara.

hotel mitc
Kolam Renang Hotel MITC yang baharu siap dibina
hotel mitc
Bilik besar di Hotel MITC yang boleh digunakan untuk jamuan

Hotel MITC Melaka
Jalan Konvensyen
75450 Ayer Keroh
Melaka
06-2331551
Google Maps ke Hotel MITC Melaka

Bilik-Bilik Penginapan Di Hotel MITC Melaka

Semua bilik-bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi dengan pancuran air, pengering rambut dan kemudahan membuat kopi dan teh. Terdapat juga TV LCD dengan 13 saluran Asro dan WiFi percuma.

Terdapat 4 jenis bilik di hotel ini.

  • Suite Room
  • Deluxe Room
  • Superior Queen Room
  • Superior Twin Room

Menurut promosi terkini dari laman web mereka, Deluxe Room beserta dengan sarapan ialah RM 160 untuk satu malam manakala tanpa sarapan berharga RM 140. Mungkin anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah di Agoda.

Nak Makan Kat Mana Kalau Menginap di Hotel MITC Melaka?

Hotel MITC mempunyai tarikan unik iaitu Kafe Asahan iaitu kafe yang berkonsepkan Nyonya Kafe. Kafe yang dibuka setiap hari bermula pada jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam ini juga menyediakan tempat perjumpaan rakan-rakan bisnes untuk menikmati kopi latte sambil berbincang mengenai projek juta-juta mereka 🙂

Makanan boleh didapatkan di Restoran Bemban yang menyajikan masakan Melaka yang istimewa seperti kari kepala ikan, asam laksa, laksa nyonya serta makanan lazat lain.

Kafe Asahan Hotel MITC Melaka
Kafe Asahan yang menawarkan juadah yang menyelerakan

Kalau tak nak makan di hotel, terdapat banyak kedai makan di kawasan sekitar seperti Rumah Makan Cibiuk MITC, Restoran Ikan Bakar Malim dan lain-lain. Boleh baca 5 tempat makan di sekitar MITC di sini.

Tarikan lain di sekitarnya ialah Jusco Shopping Ayer Keroh, Zoo Melaka, Mini Malaysia, Taman Buaya serta MMU (Universiti Multimedia) dan UTEM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top