Aplikasi telefon pintar yang dinamakan Smart Parking Melaka itu membolehkan pengguna membayar caj parkir kereta melalui telefon pintar tanpa melalui mesin bayar atau mempamerkan kupon letak kereta seperti sebelum ini. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan aplikasi telefon pintar bagi kemudahan bayaran caj meletak kereta.
Nampaknya Melaka semakin maju ke hadapan. Kaedah efisien ini dimulakan oleh MBMB bagi memastikan Melaka mengikut arus perkembangan terkini dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna.
Muat Turun Applikasi Smart Parking Melaka
Aplikasi SmartParking Melaka ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau Apple Apps Store serta berfungsi secara dwi bahasa bagi memudahkan pengguna.
Cara Menggunakan Aplikasi Smart Parking Melaka
Berikut merupakan cara menggunakan aplikasi Smart Parking Melaka. Mula-mula anda perlu muat-turun dan install Apps SmartParking Melaka samada di platform Apple Store atau Google App seperti link yang diberikan di atas.







Senang sahaja nak install dan daftar applikasi SmartParking Melaka ni. Sekarang ni ada dah boleh gunakannya. Tak perlu lagi mencari kedai jual kupon parking Melaka. Mudah kan.
Kenyataan Media Datuk Bandar Melaka Mengenai Aplikasi Telefon Pintar Smart Parking Melaka
Menurut Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussein, aplikasi tersebut boleh digunakan mulai 1 Januari 2018 dan merupakan PBT pertama di Melaka yang menggunakan aplikasi ini. Katanya, sistem ini dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi masa kini iaitu telefon pintar selain mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan serta petugas.
Dalam tempoh peralihan ini, aplikasi ini tidak akan mengganti atau melupuskan sistem kupon sedia ada. Malahan ianya memberi pilihan yang lebih menjimatkan masa bagi pengguna. Usaha ini juga dapat mengurangkan masalah aduan pengguna berkaitan kesukaran mendapakan kupon.

Selain sukar mendapatkan kupon, terdapat juga isu kesilapan menggores kupon serta lambakan buku kupon yang sedikit sebanyak menjadi sisa buangan.
Dengan penggunaan aplikasi pintar ianya juga dapat mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan imej Melaka selaku bandar Hijau.
Pembayaran bagi kaedah Smart Parking Melaka ini boleh menggunakan kad debit ataupun kad kredit. Melalui aplikasi ini juga pengguna akan menerima notifikasi dalam tempoh 15 minit sebelum tamat waktu meletakkan kenderaan bagi mengelakkan disaman penguatkuasa. Zainal memperkenalkan aplikasi tersebut kepada media di Perhimpunan Bulanan MBMB di Dewan Taming Sari pada Rabu lalu.
Kerjasama pintar ini terjalin menerusi kolaborasi antara MBMB dengan syarikat pengendali aplikasi panduan Emas. Kaedah ini dijangka akan memudahkan pengguna membayar caj parkir kenderaan di mana-mana lebih 13,000 petak letak kereta yang disediakan di kawasan pentadbiran MBMB dan juga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Tempoh peralihan dijangkakan dalam tempoh tiga bulan dari tempoh tamat kupon dan saman akan dikeluarkan jika melebihi tempoh ditetapkan oleh MBMB.
Semoga aplikasi ini akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri Melaka. Walau bagaimanapun diharap ianya dipantau dengan baik oleh MBMB agar tiada isu kesilapan teknikal yang boleh menyebabkan pengguna membuat aduan. Selain itu pastikan juga aplikasi Smart Parking ini diperkenalkan dengan lebih meluas kepada media agar pengunjung terutama orang luar Melaka mengetahui tentangnya.
Selain daripada applikasi Smart Parking Melaka ni, ada dah cuba system eBAyar Melaka? Kami telah menggunakannya. Kalau ada belum, kami kongsikan Cara Menggunakan Perkhidmatan eBayar Melaka di sini.