5 Kedai Sukan Melaka Untuk Kelengkapan Sukan Anda

Kali ini pihak MelakaCool ingin berkongsi dengan anda 5 Kedai Sukan Melaka untuk anda mendapatkan kelengkapan sukan anda.

Bersukan memang aktiviti yang terbaik dari segi fizikal dan juga mental. Secara tidak lansung ia berguna bagi memberikan kesejahteraan kepada penduduk. Penduduk negeri Melaka juga perlu sentiasa bersukan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat. Pelbagai lokasi riadah yang terdapat di negeri Melaka yang boleh kita kunjungi. Pilih sahaja sukan yang anda minati di Melaka dan hampir kesemua jenis sukan yang popular di Malaysia, fasilitinya lengkap di Melaka.

Dengan bersukan juga mampu memupuk muafakat antara satu sama lain. Juga menjadikan rakyat Melaka selalu cool dengan aktiviti mengeluarkan peluh. Untuk bersukan, anda memerlukan peralatan serta pakaian yang lengkap. Menggunakan peralatan yang bersesuaian akan memberikan lebih jaminan keselamatan ketika anda melakukan aktiviti riadah.

Di Melaka terdapat banyak kedai-kedai peralatan sukan yang boleh dikunjungi. Untuk artikel kali ini, Melakacool memaparkan 5 kedai sukan yang anda boleh cuba

1. Sukan Antarabangsa

Kedai Sukan Melaka Sukan Antarabangsa

Kedai yang cukup terkenal di kalangan penduduk Melaka bagi mendapatkan peralatan sukan, tempahan baju sukan serta pingat-pingat. Kedai ini bolehlah dikategorikan kedai sukan mampu milik kerana harganya berpatutan. Kedai ini juga telah bertapak lama dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Anda tidak perlu risau sekiranya terdapat masalah selepas membeli kerana kedai ini sentiasa menjaga hati pelanggan mereka.

Ramai yang membuat tempahan baju mahupun pingat untuk bermacam jenis acara sukan. Terletak di kawasan Bukit Baru, anda akan menemui kedai ini dengan mudah.

Sukan Antarabangsa
16-18 Taman Malinja
Bukit Baru
75150 Melaka
ph: 606 2843268, 2867959
fax: 606 2813936
info@sukanantarabangsa.com

2. Sports Express

Sports Express Melaka

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Paya Rumput mungkin sudah biasa dengan kedai ini. Kedai yang memberikan pilihan pelbagai peralatan sukan ini memudahkan anda mencari barangan sukan yang diinginkan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Anda juga boleh membuat tempahan pingat untuk acara sukan di tempat anda.

Sports Express
No 67-69 Jalan PE 3
Taman Paya Emas
Paya Rumput
76450 Melaka

3. Yu Hwa Badminton Hall

Peminat sukan badminton? Ini tempat yang boleh anda kunjungi. Selain dari boleh menempah gelanggang badminton untuk bermain, anda juga boleh membeli peralatan berkaitan sukan badminton. Peralatan seperti kasut badminton dan raket pelbagai jenama terdapat disini. ANda boleh membelinya dan terus beraksi seperti Lee Chong Wei di gelanggang Yu Hwa.

YU HWA Badminton HALL
Jalan Bachang
Taman Widuri
75350 Melaka

4. SBH Bicycle

SBH Bicycle Melaka

Peminat sukan berbasikal pasti perlu singgah di kedai Basikal SBH ini. Aksesori basikal banyak terdapat di sini dari rim basikal, handle basikal dan banyak lagi. Samada basikal riadah mahupun basikal lumba boleh menjadi pilihan anda. Tidak mustahil kalau anda mampu menjadi sehebat Azizulhasni Awang selepas mendapatkan basikal di sini.

Sin Bee Hin – SBH Bicycles
47 Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka

5. Sun Paradise Melaka

Sun Paradise Melaka

Anda suka berenang? Anda hanya perlu masuk ke AEON Melaka dan terus mencari kedai Sun Paradise Melaka. Pelbagai pakaian renang serta gogal dijual disini. Anda juga boleh mendapat tips-tips dan nasihat dari pekerja yang berpengalaman dalam sukan renang. Mungkin sikit masa nanti anda boleh jadi sehebat Welson Sim selepas membeli peralatan di sini.

Sebelum anda cuba berenang di mana mana kolam renang bertaraf olimpik, cuba dulu di Bayou Lagoon Park ya.

Sun Paradise Melaka
F16, 1st Floor
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre
75400 Melaka

Kelima-lima kedai sukan ini tidak semestinya yang terbaik di Melaka. Ia hanya pada pendapat kami sahaja memandangkan pihak kami sudah biasa dengan kedai-kedai sukan ini. Mungkin ia boleh berubah pada situasi terkini.

Selain itu anda boleh juga mengunjungi cawangan-cawangan kedai-kedai sukan seperti Al-Ikhsan, Royal Sporting, Sports Direct yang terdapat di kompleks membeli belah di Melaka.

Jika anda teruja dengan Decathlon, sabar ya. Maklumlah, iklannya makin kerap di FB dan juga di Insta. Decathlon Melaka belum ada lagi. Ura-uranya pun tidak ada. Tapi anda boleh membeli-belah di Decathlon secara online.

Ingin beriadah? Baca artikel 4 Lokasi Jogging Menarik di Melaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top