Pantai Tanjung Bidara: 5 Perkara Perlu Dilakukan Untuk Memajukannya Semula

Melaka mempunyai tarikan pantai-pantai yang menarik. Antaranya ialah Pantai Tanjung Bidara tetapi ia semakin sepi kini.

Baru-baru ini pihak MelakaCool telah pergi ke Tanjung Bidara untuk beriadah dan didapati agak suram. Medan selera, kedai-kedai cenderahati dan pakaian agak suram berbanding 10 tahun lalu. Tempat letak kereta juga tidak penuh pada hujung minggu.

Pada pandangan kami di Melakacool, Tanjung Bidara ini berpotensi untuk menjadi lebih maju.

5 Perkara Perlu Dilakukan Untuk Memajukan Semula Pantai Tanjung Bidara

1. Perlu diadakan aktiviti beriadah pada setiap bulan

Aktiviti-aktiviti perlu dianjurkan oleh pihak berkaitan Pelancongan di Melaka. Ia akan dapat memperkenalkan pantai Tanjung Bidara kepada pelancong luar. Kalau kita lihat, Pantai Tanjung Bidara ini agak ke dalam berbanding Pantai Pangkalan Balak.

Ia menyebabkan ramai yang kurang berminat untuk ke sini. Tetapi secara amnya, kemudahan di sini telah tersedia. Terdapat tandas yang cukup kemas dan terjaga selain kawasan ini agak terkawal dari segi kesesakan jalan raya. Pada tahun lepas terdapat acara larian Melaka Ultra 2018 yang mendapat perhatian penggemar larian di sini.

Acara Melaka Ultra di Pantai Tanjung Bidara
Acara larian Melaka Ultra 2018 yang diadakan di Pantai Tanjung Bidara. Kredit Gambar: Pixeo
Tanda Awam Tanjung Bidara

Sedikit sebanyak ia mampu membantu meningkatkan aktiviti pelancongan di sini. Selain acara sukan, boleh juga diadakan acara lain untuk menambahkan kerancakan aktiviti di sini.

2. Rancakkan Promosi Pantai Tanjung Bidara

Kekurangan promosi Pantai Tanjung Bidara amat terasa. Tahun 2019 merupakan tahun Melawat Melaka namun promosi Tanjung Bidara agak kurang berbanding kawasan lain terutamanya di Melaka Tengah. Kawasan pantai boleh dijadikan punca pendapatan utama pelancongan apatah lagi sekarang ni musim panas di seluruh Malaysia.

Dengan promosi yang baik, Pantai Tanjung Bidara mampu kembali untuk bersaing dengan pantai-pantai lain.

3. Tambah Baik Jeti

Di Pantai Tanjung Bidara terdapat jeti yang tidak digunakan. Mungkin pihak berkaitan boleh menjadikan jeti tersebut sebagai salah satu produk tarikan pelancongan ke pantai ini. Mungkin boleh buat aktiviti island hoping seperti yang dilakukan di Langkawi. Walaupun mungkin pemandangannya tak seindah di Pulau Langkawi tapi boleh dijadikan tarikan terbaharu.

jeti pantai tanjung bidara

Perjalanan menaiki bot dari jeti Tanjung Bidara ke Sungai Linggi mungkin juga boleh dijadikan sebagai satu tarikan baharu.

4. Menambak serta menambahbaik pantai.

Pantai Tanjung Bidara agak terhad lokasinya apatah lagi di sebelahnya merupakan lokasi kem tentera. Walaubagaimanapun mungkin boleh ditambak atau dibersihkan di kawasan berhampiran untuk memanjangkan lagi lokasi pantai. Mungkin pihak berkaitan dapat memikirkan strategi berkesan untuk memperbaiki.

5. Tingkatkan Kesedaran Kebersihan

Kebersihan Pantai Tanjung Bidara juga perlu diambil perhatian serius. Ada satu laluan air longkang yang terus menuju ke laut dimana ia boleh memberi imej yang tidak baik kepada lokasi tersebut.

Ini serba sedikit pandangan dari MelakaCool mengenai Pantai Tanjung Bidara. Kami berpendapat Tanjung Bidara masih mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menjadi sebuah lokasi pelancongan pantai yang baik di negeri Melaka.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.