5 Lokasi Pelancongan Melaka Perlu DiJenamakan Semula Untuk Kembali Cool

Untuk artikel kali ini, pihak MelakaCool nak berkongsi beberapa Lokasi Pelancongan Melaka yang mungkin boleh dijenamakan semula serta dilakukan perubahan bagi menambahkan produk-produk pelancongan sediada.

Tahun 2019 merupakan tahun melawat Melaka yang akan mengamit pelancong tempatan mahupun luar negara datang untuk beristirehat di Melaka. Selain dari tempat-tempat yang biasa kita lawati seperti A-Famosa, Sungai Melaka banyak tempat lain yang boleh di kunjungi oleh pelancong-pelancong.

Dengan kehadiran para pelancong akan memberikan limpahan ekonomi kepada para penduduk Melaka terutama yang berada disekitar kawasan tersebut.

Tempat yang kami nyatakan ini sememangnya berpotensi tetapi entah mana silapnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mungkin pelabur baharu boleh membantu untuk menjadikan lokasi ini kembali meriah selaras dengan usaha kerajaan Negeri Melaka untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negeri Melaka. Antaranya ialah:

1. Serama Adventure Park Melaka

Serama Adventure Park Melaka

Mungkin ramai yang tak pernah mengetahui tentang kewujudan Serama Adventure Park ini. MelakaCool tidak pasti samada masih berfungsi atau tidak tetapi tempat ini satu ketika dahulu pernah menjadi lokasi tumpuan terutama bagi aktiviti lasak. Tetapi apa yang kami dapat lihat di facebook page mereka, Serama Adventure Park masih aktif.

Lokasinya agak strategik iaitu kira-kira 2 kilometer dari Tol Ayer Keroh. Kami berpendapat mungki Serama Adventure Park ini boleh dibuka untuk pelancong dan bukan hanya tertumpu pada aktiviti organisasi sahaja.

Sebelum ini, terdapat restoran yang agak popular , Salai D’Serama, tetapi melalui pemandangan kami apabila melalui kawasan ini, ianya agak suram. Lama juga tidak ke situ.

2. Melaka International Motorsport Circuit

Melaka International Motorsport Circuit

Lokasi ini pada mulanya terdapat ura-ura nak menggantikan ia dengan projek High Speed Rail tetapi penukaran tampuk kempimpinan Malaysia mengubah situasi itu. Kami berpendapat ianya perlu dimajukan semula.

Salah satu litar lumba rasmi yang berada di Melaka. Meskipun litar ini masih digunakan tetapi ianya nampak suram. Kalau ada acara sekalipun jumlah pengunjungnya boleh dikira. Malahan tiada acara-acara besar diadakan disini.

Kenapa berlaku begitu sedangkan sepatutnya ia boleh dijadikan sebagai lokasi untuk sukan permotoran. Kami tidak mempunyai kepakaran dalam bidang sukan permotoran tetapi agak menghairankan bila sukan cub-prix boleh dianjurkan di Jasin Bestari iaitu di kawasan berhampiran perumahan, tetapi tidak dianjurkan Melaka International Motorsport Circuit.

Mungkin pihak-pihak berkaitan perlu mencari sebab ianya berlaku. Adakah litar ini mempunyai masalah dari segi teknikal sehingga tiada acara besar sukan permotoran diadakan disini?

3. Melaka Planetarium

Lokasi pelancongan Melaka yang amat strategik iaitu berada di pusat MITC tetapi ianya menjadi antara projek yang gagal. Amat menyedihkan bila pelancong luar datang ke MITC dan melihat satu banggunan yang gah berada di tengah-tengah roundabout MITC namun tidak dapat melihat kandungannya.

Kalau dilihatkan rekabentuk luarannya memang cukup menarik namun entah dimana silapnya ianya berterusan tidak berfungsi seperti namanya. Projek Planetarium ini sepatutnya boleh menjadi satu produk kebanggaan Melaka sekiranya dibangunkan dengan baik.

Sepatutnya lokasi ini boleh dijadikan alternatif kepada Pusat Sains Negara yang gah di ibu kota. Cuma sekarang ni isu kebakaran dan keselamatan yang lemah menjadi paparan tentang Melaka Planterarium ni.

Kami menjangkakan ada pelabur baharu yang boleh membangunkan semula Melaka Planterium. Ini kerana ia berpotensi memberikan pelajaran yang berguna terutama untuk kanak-kanak. Sudah pasti Melaka boleh menjadi antara hab pendidikan yang penting dengan adanya Melaka Planetarium yang sempurna.

4. Pulau Besar

Satu-satunya pulau yang terkenal di Melaka. Tetapi bukanlah terkenal sebab lokasi pelancongan Melaka tetapi tentang isu khurafat yang berlaku disana. Kawasan ini tidaklah mempunyai pemandangan seindah Pulau Langkawi mahupun pulau-pulau lain di Malaysia tetapi ia mempunyai potensi untuk dimajukan.

Selain kawasan bersejarah, banyak yang boleh dimajukan disini. Dengar khabarnya banyak perancangan yang ingin dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi sehingga kini ia masih belum dilaksanaka secara komprehensif. Terkini, terdapat cadangan untuk memajukan ia sebagai pulau koko. Kami merasakan cadangan itu baik tetapi pelaksanaan perlulah dibuat dengan teliti.

Sebagai penduduk Melaka, kita mahu lihat kawasan ini menjadi satu destinasi pelancongan yang cukup dikenali. Bukan sekadar pelancong dalam sahaja tetapi boleh menjadi tarikan bagi pelancong di luar negara.

5. Melaka Autocity

Bila mendengar lokasinya kita mungkin menjangkakan lokasi yang dipenuhi dengan kedai-kedai atau showroom kereta namun ia tidak menjadi kenyataan. Yang ada cuma muzium kereta yang tidak diselenggara serta beberapa bengkel kereta. Ia tidak ubah seperti IKS lain yang terdapat di Melaka. Agak menyedihkan sebab ianya berada di kawasan lebuhraya SPA yang cukup ramai pengunjungnya.

Walaupun agak sukar untuk dibangunkan tetapi kami rasa pihak berkaitan boleh melakukan sesuatu. Terdapat beberapa tapak kosong yang boleh dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta disana. Mungkin pemain-pemain industri permotoran boleh diajak berbincang untuk menjadikan kawasan ini sebagai One Stop Centre bagi mereka. Kalau dilihat terdapat sebuah Proton Service di situ.

Mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan pihak syarikat seperti Honda, Perodua untuk membantu merealisasikan projek tersebut. Agak mustahil dalam masa terdekat tetapi tak mustahil untuk jangka masa panjang.

Ini beberapa lokasi yang mungkin boleh dilihat semula untuk kembali cool. Kami di MelakaCool hanya memberikan pendapat sahaja lebih-lebih lagi kesemua tempat yang kami nyatakan di atas adalah lokasi-lokasi pelancongan Melaka yang berpotensi untuk memajukan lagi industri pelancongan di Melaka.

Selain dari lokasi-lokasi pelancongan Melaka di atas, kami juga ada melontarkan komen kami tentang Tanjung Bidara. Ia juga boleh di bangunkan semula.

Apa pula pendapat anda? Ada lagi lokasi-lokasi lain di Melaka yang ada rasa perlu diberi lebih perhatian. Melaka pun tak besar mana, kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top