Zoo Melaka : 5 Perkara Yang Perlu Diperbaiki

Zoo Melaka merupakan antara lokasi penting bagi pelancong yang datang ke negeri Melaka. Lepas sahaja pintu gerbang anda akan ternampak papan tanda Zoo Melaka. Ianya seperti gerbang utama lokasi pelancongan Melaka.  Sebelum ini pengurusan Zoo Melaka adalah di bawah pihak swasta tetapi terdapat beberapa isu yang menyebabkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya  mengambilalih pengurusan antara lokasi popular di Melaka ini pada tahun 2019. Sempena tahun Melawat Melaka, pihak kerajaan negeri melihat bahawa Zoo Melaka adalah satu tarikan pelancong yang perlu dikekalkan dan ditambahbaik.


Pada minggu yang lalu, wakil Melakacool telah melawat Zoo Melaka untuk melihat pembaharuan yang diadakan di Zoo Melaka namun tiada yang kami rasakan mampu menarik minat pengunjung untuk datang semula ke Zoo Melaka. Kami berpendapat pihak Zoo Melaka perlu menambahbaik Zoo Melaka untuk memastikan kedatangan pengunjung bertambah dan pelancong akan kembali semula ke sini. Antaranya ialah :-

  1. Terdapat pertunjukan binatang diadakan di Zoo Melaka tetapi ianya tidak bersistem dimana pengunjung tidak mendapat maklumat tepat mengenai waktu pertunjukan tersebut. Mungkin sepatutnya ada dinyatakan didalam tiket ataupun terdapat sistem yang canggih seperti SMS untuk memaklumkan waktu pertunjukan.
  2. Kami dimaklumkan terdapat pertunjukan binatang namun tidak diketahui masa dan lokasinya. Mungkin pihak pengurusan boleh memaklumkan melalui pembesar suara di lokasi-lokasi strategic bagi memudahkan pengunjung merancang perjalanan.
  3. Pembayaran tiket tram di luar. Kami merasakan seeloknya pembayaran tiket di dalam dimana pengunjung boleh membuat pilihan untuk menaiki tram selepas berada di dalam kawasan zoo. Ada keadaan terpaksa pula bila dah membeli tiket di luar. Selain itu, pemandu tram perlu dibekalkan dengan ilmu mengenai haiwan-haiwan yang berada di kandang. Melakacool tidak mendapat maklumat mengenai haiwan-haiwan yang berada di Zoo Melaka ketika menaiki tram.
  4. Kekurangan haiwan  eksotik. Mungkin pihak Zoo Melaka perlu mencari haiwan yang jarang untuk ditemui .  Tiada haiwan seperti Kangaroo, Panda. Haiwan-haiwan pun banyak yang tersorok. Melakacool tidak dapat menjumpai haiwan seperti beruang kerana lokasi agak tersorok. Mungkin pihak Zoo perlu meletakkan haiwan-haiwan ini di lokasi yang lebih mudah untuk dikesan oleh pengunjung.
  5. Dana. Memang ianya merupakan perkara yang paling sukar dalam menguruskan Zoo. Melakacool memahami situasi pihak berkaitan yang mengalami kekangan untuk mendapatkan tajaan bagi haiwan-haiwan tersebut. Untuk bergantung harap kepada penjualan tiket  memang sukar. Mungkin pihak zoo perlu mencari idea kaedah untuk menarik penaja. Mungkin boleh dibuat papan tanda yang besar untuk barisan penaja menonjolkan jenama mereka di zoo. Ini serba sedikit mampu memberikan dana sekaligus banyak pembaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan zoo.
  6. Pendidikan haiwan secara interaktif. Dalam zoo ini kita tidak nampak penggunaan teknologi canggih untuk mendidik pengunjung. Mungkin pihak pengurusan perlu menambahkan teknologi bagi membuatkan zoo ini nampak menarik. Mungkin boleh diadakan satu lokasi ala-ala Pusat Sains Negara di dalam zoo ini. Kaedah zoo indoor yang boleh memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung di dalam zoo ini.

Ini serba sedikit pendapat kami di Melakacool mengenai Zoo Melaka pada tahun 2019. Mungkin penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak pengurusan dan mungkin idea kami boleh diimplementasikan di sana. 

Bagi anda yang ingin mengunjungi Zoo Melaka boleh rujuk laman web ini http://www.zoomelaka.gov.my/


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.