5 Facebook Page Melaka Yang Perlu Anda Like

facebook

Orang melaka mestilah like Facebook Page Melaka. Tak kira lah facebook pasal apa, janji posting nya menarik dan boleh mempromosikan Melaka kepada pelancong -pelancong tempatan dan luar negara.

Banyak kegunaan Facebook ni sebenarnya. Facebook merupakan media sosial paling popular di dunia. Ia sering digunakan untuk membantu promosi sesuatu perniagaan dan organisasi. Selain itu ia boleh dijadikan sebagai medium untuk memperkukuhkan jenama. Ia juga digunakan sebagai platform e-dagang untuk mereka yang tidak mahu membangunkan website sendiri.

Dalam artikel kali ini, Melakacool ingin berkongsi beberapa Facebook Page berkaitan Melaka yang mesti anda Like. Antaranya ialah:

1. Facebook Page Sayangi Melaka

Facebook Page Melaka Sayangi Melaka

Antara page berkaitan Melaka yang cukup ramai followers nya. Setakat pertengahan tahun ini, Facebook Page Sayangi Melaka telah mempunyai lebih dari 54 ribu followers dan like. Memang ramai, walaupun ia bukan Facebook page artis.

Page ini banyak memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai Melaka. Terdapat juga isu-isu semasa yang dikongsikan bersama di page ini.

Sila like page Sayangi Melaka di https://www.facebook.com/EvolusiAnakMelaka/

3. Facebook Page Jasin Daily

Bagi orang Jasin, tak like Facebook Jasin Daily tak berapa ngam. Jasin Daily boleh dikatakan antara Facebook Page yang agak popular berkaitan Jasin. Facebook Page Jasin Daily ini diikuti oleh lebih 60 ribu pengguna Facebook. Memang popular sungguh page Jasin Daily ini.

Facebook Page Jasin Daily bukan sahaja berkongsi hal Jasin, ia juga berkongsi hal-hal semasa yang boleh dijadikan sebagai bacaan kita semua. Tapi sudah pasti maklumat pasal Jasin menjadi keutamaan bagi page Jasin Daily ni.

Sila like page Jasin Daily di https://www.facebook.com/jasindaily/

4. Facebook Page Melaka In Fact

Facebook Page Melaka In Fact

Satu-satunya page yang membicarakan tentang Melaka secara ilmiah. Fakta-fakta mengenai Melaka boleh di baca disini. Banyak hal-hal berkaitan Melaka dikupas dalam page ini. Seeloknya semua rakyat Melaka perlu like page ini bagi memberikan gambaran tentang asal usul kita.

Setakat ini ia Facebook Page Melaka In Fact diikuti oleh lebih 14 ribu pengguna Facebook.

Sila like page Melaka In Fact di https://www.facebook.com/melakainfact/

5. Facebook Page Melaka United Soccer Associataion – MUSA

Facebook Page Melaka United

Bagi penggemar pasukan bola sepak Melaka United mestilah like page ini. Maklumat terkini mengenai pasukan bola sepak kesayangan anda ini akan dipaparkan di dalam page ini.

Tapi kena bertabah kalau baca komen-komen dalam setiap pos. Boleh tergelak kadang-kadang. Facebook Page Melaka United Soccer Associataion ini diikuti oleh lebih 119 ribu pengguna facebook.

Sila like page Melaka United Soccer Association – MUSA di https://www.facebook.com/MelakaUnitedSA/

5. Facebook Page Melakacool

Facebook Page Melakacool

Of course MelakaCool. Ini adalah page yang wajib anda like jika anda penggemar Facebook. Page Melakacool adalah milik kami dan pastinya banyak perkara yang kami kongsikan di situ.

Di page Melakacool ia berkongsi perkara berkaitan Melaka seperti aktiviti-aktiviti serta informasi yang berguna bagi anda semua. Facebook page Melakacool ini telah di mulakan bermula 8 Januari 2012. Sehingga 19 Jun 2019, page ini telah mendapat 1,431 like dan pastinya akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sila like page Melakacool di https://www.facebook.com/MelakaCool/

Ini serba sedikit page berkaitan Melaka yang boleh anda like. Tapi terpulang kepada anda untuk like, tapi pastikan like page Melakacool ye. Jangan lupa!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top