5 Pemaju Perumahan Melaka Yang Ternama

beli rumah di melaka

Anda sedang mencari rumah untuk dimiliki di negeri Melaka? Di Melaka memang banyak taman perumahan baharu yang boleh kita lihat tetapi adakah anda mengenali pemaju perumahan Melaka yang mengusahakan projek tersebut?

Membeli sebuah rumah memerlukan pelaburan yang besar. Komitmen bayaran bulanannya pula mungkin sehingga anda pencen. Tak dapat dibayangkan jika projek perumahan itu terbengkalai.

Oleh itu lebih baik anda meluangkan sedikit masa untuk mengenali pemaju perumahan Melaka yang bakal membina rumah anda di negeri ini.

Bagi yang berada dalam industri perumahan ataupun yang bekerja di agensi berkaitan perumahan mungkin boleh mengenali pemaju yang bagus tetapi tidak semua yang tahu. Salah seorang penulis Melakacool merupakan pekerja di bidang perumahan dan sudi untuk berkongsi 5 pemaju perumahan yang boleh anda percayai sekiranya untuk membeli rumah di Melaka.

Antara Pemaju Perumahan Melaka Yang Ternama Ialah:

1. TeoBros

Teobros merupakan antara nama pemaju perumahan yang cukup dikenali di Melaka. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1981 ini telah menyempurnakan 17 projek di Melaka dan terdapat 6 lagi projek yang dalam pembangunan dan perancangan.

Projek perumahan yang dibangunkan oleh Teobros sering menjadi tumpuan pembeli dengan kualiti yang dihasilkan. Syarikat yang telah kukuh di Melaka ini banyak membangunkan projek di kawasan Melaka Tengah.

TeoBros Development Sdn Bhd
Lot 81 & 88, Jalan IKS MJ 3, Kawasan Perindustrian Malim Jaya, 75250, Melaka
No Tel : +6 06-334 5555 (5 lines) Fax: +6 06-336 0551

Laman web https://www.teobros.com/ dan Facebook TeoBros https://www.facebook.com/Teobros-Development-SB-184947254857298/

2. GJH

GJH Holdings Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan cukup gah apabila projek-projek meganya seperti Taman Krubong Perdana dan Taman Paya Rumput Perdana menjadi landmark syarikatnya. Projek mega yang terbaharu iaitu Taman Anjung Gapam yang melibatkan 352 ekar akan menyemarakkan lagi pembangunan di kawasan Gapam yang sebelum ini sunyi.

Jika anda melalui jalan AMJ dari Alor Gajah ke Cheng, anda akan melihat bangunan tinggi GJH yang menunjukkan betapa hebatnya syarikat tersebut dalam industri pembangunan perumahan di negeri Melaka.

GJH Holdings Sdn Bhd
Wisma GJH
No.1 Jalan Anggerik 2, Taman Paya Rumput Perdana, 76450 Paya Rumput Melaka.
Laman Web : https://gjhsb.com/
No Tel : 06 – 316 3879

3. Sri Pengkalan

Pemaju perumahan melaka - Sri Pengkalan

Sri Pengkalan Binaan merupakan antara syarikat yang lama bertapak di negeri Melaka. Telah tiga dekad mereka membangunkan kawasan perumahan di Melaka. Lebih dari 5,000 unit rumah di Melaka adalah dibina oleh syarikat ini.

Terkenal dengan pembangunan rumah Taman Nuri dan Eco Kasa Heights, Sri Pengkalan amat cekap dalam membina rumah di kawasan pinggir bandar. Kawasan pinggir bandar menajdi kawasan yang lebih menarik sekarang.

Sri Pengkalan Binaan Sdn. Bhd
17A&B, Plaza Seri Kubu
Jalan Tan Chay Yan
75300 Melaka
No Tel: 06-281 0003
Laman Web: http://www.spb-property.my/
Facebok: https://www.facebook.com/SPBProperty/

4. Wawasan Intact

Pemaju perumahan Melaka - Wawasan Intact

Syarikat yang memang milik anak Melaka ini cukup sinonim dengan pembangunan rumah mampu milik di negeri Melaka. Kejayaan syarikat ini sehingga mendapat rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi pembinaan rumah terpantas membuktikan kemampuan mereka.

Kejayaan mereka menghasilkan rumah mampu milik seperti Taman Lipat Kajang Perdana, Taman Air Pasir Perdana dalam tempoh singkat mendapat pengiktirafan dari kerajaan negeri Melaka.

Wawasan Intact Group
Ja 7621, Jalan Iks Ap 1
Taman IKS
77200 Bemban
Melaka
No Tel : 06-521 9287
Laman Web: https://wawasanintactgroup.com/
Facebook: https://www.facebook.com/wawasanintactgroup/

5. Teladan Setia

Teladan Setia, syarikat pemaju perumahan Melaka


Teladan Setia memulakan perniagaan pembangunan perumahan pada tahun 1997 dan mempunyai trek rekod yang baik. Kejayaan mendapat pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan membuktikan kemampuan syarikat. Banyak projek skala besar yang berjaya di bangunkan oleh syarikat Teladan Setia seperti Taman Belimbing Setia 1 dan Taman Saujana Heights.

Kami juga ada menulis 2 artikel lain mengenai Teladan Setia. Pelaburan Hartanah Terhangat di Melaka: Bali Residence dan juga Tempat Penginapan di Kota Laksamana: Atlantis Residence Melaka.

Teladan Setia Sdn Bhd
No. 8 & 10, Tingkat Bawah
Jalan Mutiara Melaka 2
Taman Mutiara Melaka
Batu Berendam
75350 Melaka
No Tel: 06-317 3236 (5 talian)
Laman Web https://www.teladansetia.com/ Facebook https://www.facebook.com/teladansetia/ dan Instagram https://www.instagram.com/teladansetia/

Terdapat banyak lagi pemaju-pemaju yang mempunyai kredibiliti di negeri Melaka. Kali ini kami senaraikan hanya 5 pemaju perumahan Melaka yang ternama. Mungkin kami akan tambah dan kemas kini pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, keputusan untuk membeli dari mana-mana pemaju masih terletak di tangan anda. Kami hanya mencadang.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga rujuk kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang perumahan. Ini penting bagi mengelakkan anda menghadapi masalah yang mengakibatkan kerugian besar ketika membeli rumah.

Kami di Melakacool menggalakkan anda untuk melabur dan membeli rumah di negeri Melaka berdasarkan perkembangan pesat Melaka yang semakin membangun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top