Pelaburan Hartanah Terhangat di Melaka: Bali Residence

Bali Residence

Anda ingin membuat pelaburan hartanah di Melaka? Tahukah anda bahawa Melaka merupakan pusat pelancongan yang terkemuka di Malaysia? Kemasukan pelancong cukup tinggi terutama pada musim cuti sehingga menyebabkan pertambahan homestay-homestay  di negeri Melaka.  Perkembangan pesat pelancongan menyebabkan keperluan mendadak industri penginapan terutama homestay.

Sebelum ini Melakacool pernah mencadangkan untuk anda menginap di Atlantis Residence, homestay taraf kondo yang sering mendapat tempahan pelancong samada dari dalam negeri mahupun luar negara. Fasiliti yang disediakan menyebabkan pelancong lebih gemar untuk tinggal di kondo homestay ini berbanding menempah hotel . Selain itu ruang yang luas serta kemudahan keselamatan menyebabkan ramai yang menggunakan perkhidmatan ini. Apatah lagi selepas melakukan carian di Google, maka cadangan utama untuk bercuti terletak di kawasan ini.

Untuk artikel kali ini, Melakacool ingin memberikan cadangan kepada anda samada dari Melaka mahupun luar Melaka untuk memiliki hartanah bersebelahan Atlantis Residence iaitu Bali Residence. Projek yang dibangunkan oleh pemaju tempatan, Teladan Setia ini pasti berbaloi untuk dimiliki. Pemaju sama yang membangunkan projek Atlantis Residence sudah pasti mempunyai pengalaman dalam mengendalikan projek kondomonium ini berdasarkan prestasi projek terdahulu.

Baca juga 5 Pemaju Perumahan Ternama Melaka

Nama projeknya sahaja sudah mengambarkan betapa konsepnya adalah seperti melancong di pusat peranginan terkenal di Indonesia, Bali. Sudah pasti, nama projek ini akan memberikan pandangan positif terutama kepada pelancong tempatan yang tidak berkesempatan ke Bali. Fasiliti dan pembangunan yang disediakan merupakan upgrade dari yang terdapat di Atlantis malahan ditambah dengan pelbagai kemudahan baharu lagi. Fasiliti utama yang akan disediakan adalah :-

  1. Kolam Renang Taraf Olimpik.
  2. Kolam Renang Kanak-kanak
  3. Gimnasium
  4. Dewan Guna Sama
  5. Area BBQ
  6. Sauna
  7. Surau
  8. Mini Gelanggang Futsal
  9. Gelanggang Tenis
  10. Gelanggang Squash
  11. Trek Jogging
  12. Kafetaria
  13. Jacuzzi
  14. Tempat Mainan Kanak-kanak
  15. Kedai

Selain itu, banyak lagi tambahan fasiliti yang akan memberikan prospek terbaik untuk anda melabur di Bali Residence.

Untuk makluman anda, Atlantis Residence pernah dinobatkan sebagai kondo pertengahan terbaik bagi zon Selatan Malaysia. Pengiktirafan ini pasti memberikan keyakinan kepada para pelabur bahawa pemaju mampu menghasilkan kondo yang lebih baik.

Ketika artikel ini ditaip ( Oktober 2019) harga bagi seunit kondo (mengikut jenis) adalah dari RM350K ke atas dan dijangka akan meningkat berdasarkan perkembangan semasa. Projek ini dijangka akan siap pada tahun 2022 dimana akan ada banyak projek-projek pembangunan yang disiapkan dalam tempoh tersebut. Selain itu tarikan sedia ada seperti Encore Melaka  akan mengamit kedatangan pelancong ke kawasan tersebut.   

Prospek ini akan memberikan anda peluang untuk menambah pendapatan melalui pelaburan di Bali Residence.

Lokasi Bali Residence Melaka
35, Jalan KSB11, Taman Kota Syahbandar
75200 Melaka
Peta ke Bali Residence: https://her.is/32O9Aey
Kredit gambar dan juga FB Bali Residence: https://www.facebook.com/baliresidencesmelaka/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top