Tempat Penginapan di Kota Laksamana: Atlantis Residence Melaka

Atlantis Residence

Apa kata anda bermalam di Atlantis Residence Melaka pada lawatan anda seterusnya ke Melaka? Selalu sangat tinggal di hotel, kita cuba yang lain pula kali ini. Kalau anda mencari penginapan di Melaka, kami cadangkan anda untuk mencuba service apartment Atlantis Residence Melaka pula.

Untuk tempahan, anda boleh lakukannya melalui link Agoda ini.

Di Melaka memang terdapat banyak perkhidmatan sebegini yang boleh ditempah secara online ataupun offline. Apartment ini adalah salah satu daripadanya dan ianya terletak di Kota Laksamana.

Kota Laksamana merupakan satu kawasan bandar yang terletak di bandaraya Melaka. Ia merupakan kawasan hasil dari penambakan kawasan laut di Melaka. Ia terletak berhampiran di kawasan Tengkera dan Bandar Hilir. Menginap di Kota Laksamana merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kawasan berhampiran dengan kawasan hiburan di negeri Melaka.

Berdekatan dengan kawasan laut, ianya memberikan pandangan yang cukup indah. Samada mengadap ke kawasan laut ataupun ke kawasan bandar, panorama yang disaksikan cukup menarik. Lokasi tumpuan ini menjadi sesak terutama di hujung minggu dengan banyak kawasan pelancongan berhampiran.

Kenapa Atlantis Residence?

Atlantis Residence Melaka

Apartment yang terletak di Kota Laksamana ini berada di kawasan yang strategik terutama bagi mereka yang sukakan hiburan. Bagi yang ingin membeli belah, kawasan seperti Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan AEON Melaka berada di lokasi berhampiran. Pusat kesihatan seperti Hospital Oriental, Hospital Mahkota Melaka, Hospital Putra dan Hospital Besar Melaka juga berdekatan dengan apartment ini.

Selain untuk hiburan, kawasan ini juga terletak berhampiran kawasan institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Pay Fong, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Jika anda inginkan ketenangan, di Atlantis Residance pun sudah memberikan hiburan tersendiri. Kolam renang besar yang cukup menarik ini mampu mengembirakan keluarga bukan sahaja kanak-kanak malahan ibubapa juga boleh meredakan tekanan. Nak lagi tenang, anda boleh berendam di jakuzi atau SPA yang terdapat di bangunan tersebut.

Kolam renang yang menarik

Pilihan bilik juga pelbagai dimana ada yang menawarkan 3 bilik dan ada juga unit 1 bilik. Bergantung kepada bajet dan keperluan anda untuk menginapi lokasi tersebut.  Atlantis Residence ini mempunyai 4 blok utama dan terdapat 40 tingkat.

Memandangkan ianya service apartment dan bukannya hotel, maka tiada makanan disediakan. Jangan risau sebab terdapat banyak restoran berdekatan. Restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald pun berada di sekitarnya. Kalau anda malas sangat nak keluar boleh je tempah makanan menggunakan aplikasi seperti Food Panda.

Kemudahan-Kemudahan di Atlantis Residence Melaka

Di tingkat 7:

  • Kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Terdapat juga taman permainan air untuk keluarga dan juga aqua gym.
  • Sauna
  • Jakuzi
  • Gym
  • Tempat BBQ. Peralatan disediakan cuma anda perlu buat tempahan lebih awal untuk menggunakannya.
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Meja ping-pong
  • Gelanggang skuasy
Kemudahan gym
Kemudahan jakuzi di Atlantis Residence

Di tingkat 24

  • Jambatan penghubung yang menyambungkan 2 blok apartment. Terdapat platform kaca untuk melihat terus ke bawah. Tidak sesuai untuk mereka yang takutkan tempat tinggi.
  • Pemandangan di Sky Bridge
skybridge and outdoor swimming pool

Tingkat 40

  • Anda boleh menikmati pemandangan 360 Melaka dari tingkat atas sekali.

Tempat-tempat Yang Menarik di Melaka Yang Berhampiran Dengan Atlantis Residence

Berikut adalah senarai tempat-tempat lawatan yang menarik di Melaka dalam lingkungan 2 km dari Atlantis Residence:

  • Muzium Warisan Baba-Nonya – 1.61 km
  • Tokong Cheng Hoon Teng – 1.61 km
  • Menara Taming Sari – 1.73 km
  • Jonker Street – 1.74 km
  • Muzium Budaya Cheng Ho – 1.82 km
  • Dataran Stadthuys – 1.9 km
  • Gereja Christ – 1.91 km
  • Gereja St. Paul – 1.96 km
  • Muzium Kesultanan Melaka – 2.05 km
  • A’famosa (Porto De Santiago) – 2.05 km
  • Masjid Tranquerah – 870 m
  • Encore Melaka Opera House – 1.42 km
  • Straits Chinese Jewelry Museum Malacca – 1.46 km
  • Malaqa House – 1.54 km

Pengalaman Kami Tinggal di Atlantis Residence Melaka

Bagi kami Atlantis Residence ini masih baru. Kemudahan-kemudahan yang disediakan masih lagi dalam keadaan yang baik dan terjaga. Bangunan yang moden dan menarik. Satu apartment dengan satu bilik masih cukup untuk kami tinggal berenam.

Atlantis residence mempunyai kawalan keselamatan yang baik. Terasa selamat bila berada di sini. Anda perlukan access card untuk kesemua tempat, termasuk lif. Pastikan anda dapat sekurang-kurangnya 2 kad jika datang sekeluarga. Senang nak bergerak ke mana-mana. Ye lah, mungkin anak-anak nak mandi di kolam renang sedangkan mak dan ayah nak menonton tv sambil menunggu penghantaran makanan dari Food Panda.

Proses check-in dan check-out juga amat mudah dan lancar. Panduan akan diberikan oleh pemilik apartment. Jika anda ikut langkah-langkah yang diberikan, semuanya menjadi mudah.

Tempahan Untuk Bermalam di Atlantis Residence Melaka

Ada ramai pemilik persendirian dan juga pengusaha yang menguruskan tempahan di Atlantis Residence. Anda boleh mencarinya dengan carian di Google. Pada pendapat kami, kami sarankan anda menggunakan applikasi seperti Agoda ataupun Airbnb. Sudah tentunya ia lebih dipercayai dan hak anda sebagai pelanggan akan dilindungi.

Untuk tempahan, anda boleh lakukan melalui link Agoda ini.

Alamat Atlantis Residence
Jalan KSB 11A
Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar
75200 Melaka, Malaysia.

Bagi mereka yang ingin melabur dalam service apartment ini juga boleh mencari di laman web seperti Mudah, Iproperty dan sebagainya. Ia boleh dijadikan pelaburan hartanah yang baik. Mudah juga bila anda nak ke Melaka. Dah tak perlu cari hotel dah. Melakacool juga mendapat maklumat bahawa pemaju apartment ini, iaitu Teladan Setia, sedang menyiapkan satu lagi projek yang lebih baik yang dinamakan Bali Residence.

Ianya terletak bersebelahan dengan Atlantis Residence. Mungkin ia boleh menjadi peluang untuk anda melabur di negeri Melaka yang semakin maju ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top