Menara Taming Sari

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari yang setinggi 110 meter ini merupakan menara pandang yang letaknya di tengah-tengah Bandar Melaka bersebelahan Dataran Pahlawan. Keunikan menara pandang ini adalah ianya dapat berputar sebanyak 360 darjah di udara dan kepakaran dari Switzerland telah digunakan dalam senibina menara ini.

Rekabentuk Menara Taming Sari ini tidak seperti senibina menara-menara yang lain di Malaysia. Ia direka lebih kepada bentuk keris lagenda Taming Sari yang sedia maklum di dalam sejarah negeri Melaka.

Para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Melaka apabila berada di udara. Pada satu ketika putaran akan berhenti bagi membolehkan pengunjung melihat kawasan tertentu dengan lebih jelas.

Ianya suatu pengalaman yang menarik untuk di cuba. Menara Taming Sari adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti dilawati.

Menara Taming Sari yang bernilai 24 juta ini dapat membawa 66 penumpang sahaja setiap kali ia naik, putar dan turun. Tiada lebihan penumpang dibenarkan bagi menjamin keselamatan. Satu putaran lengkap di puncak mengambil masa lebih kurang 7 minit. Kesemua penumpang mesti duduk di tempat duduk yang tersedia sepanjang berada di dalam menara.

Dalam tempoh sejam, sejumlah 240 penumpang dapat dibawa naik dan turun. Walaupun di waktu ramai pelancong, waktu menunggu tidak lah lama sangat. Cuma kena tahu satu perkara penting. Bandar Melaka ini memang sudah menjadi tumpuan utama lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah. Pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain akan memakan masa yang panjang jika menggunakan kenderaan seperti kereta. Rancang perjalanan anda dan keluar lebih awal ya.

Bagi yang pertama menjejakkan kaki ke negeri penuh bersejarah ini, dengan menaiki menara pandang ini dapat membuatkan anda begitu teruja untuk melawat tempat-tempat menarik lain yang boleh dilihat di udara seperti Muzium Samudera, Bukit Saint Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka dan Selat Melaka.

Selepas itu, anda juga boleh membeli belah di beberapa shopping malls yang berdekatan seperti Mahkota Parade Shopping Complex and Dataran Pahlawan Megamall yang hanya 3 minit perjalanan.

Gambar-Gambar Yang Sempat Kami Rakam Dari Atas Menara Taming Sari

Bayaran yang dikenakan adalah diantara RM8 ke RM23. Ada perbezaan harga di antara pengunjung dewasa, kanak-kanak, warga emas, OKU, pelancong asing dan warganegara.

Sudah semestinya pemegang Mykad akan mendapat harga yang lebih murah. Sila rujuk harganya di bawah.

Fakta-Fakta Menarik Tentang Menara Taming Sari

  • Pertama kali dibuka pada 18 April 2008.
  • Nama: Menara Taming Sari
  • Kos: RM 24 juta termasuk bangunan sokongan iaitu Melaka house
  • Ketinggian: 110 meter
  • Kapasiti Penumpang: 66
  • Teknologi: Switzerland
  • Masa Pusingan: 7 minit

Harga Tiket dan Waktu Operasi Menara Taming Sari

  • Harga Tiket Pelancong Luar Negara: Dewasa RM23, Kanak-Kanak RM15, Warga Emas RM18, OKU RM8
  • Harga Tiket Warganegara: Dewasa RM17, Kanak-Kanak RM11, Warga Emas RM9, OKU RM8
  • Waktu Operasi: 10AM ke 11PM setiap hari bekerja dan 9AM ke 11PM pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Alamat: Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.
  • Tel: 06-2881100
  • Email: info@menaratamingsari.com
  • Laman web rasmi. Untuk maklumat terkini dan promosi, sila rujuk lama web rasmi Taming Sari.

Untuk ke Menara Taming Sari Melaka, anda boleh gunakan applikasi Google Maps atau pun Waze:

Sedikit Sejarah Mengenai Keris Taming Sari

Seperti yang tersebut dalam Hikayat Hang Tuah, Taming Sari ialah seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit. Beliau merupakan seorang panglima yang paling handal di Majapahit. Antara tugas yang diberikan kepada beliau oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada, ialah untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari memang terkenal dengan kekebalannya dan beliau tidak boleh dicederakan oleh apa-apa senjata sekalipun. Kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya.

Namun, Hang Tuah sudah mengetahui akan rahsia kekebalan Taming Sari melalui gurunya pada masa itu iaitu seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari.

Pada hari pertarungan antara kedua pendekar hebat ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk membunuh lawannya.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, raja Majapahit Suraprabhawa telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai Keris Taming Sari dan telah dibawa pulang ke Melaka. Begitulah kisahnya.

5 thoughts on “Menara Taming Sari”

  1. salam, tuan/puan,
    saya nak minta izin nak guna gambar taming sari untuk projek akhir tahun saya, diharapkan pihak tuan/puan dapat membantu saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top