5 Kedai Komputer di Melaka yang boleh anda pergi

Dalam dunia serba moden ini, komputer merupakan peralatan yang penting dalam kehidupan kita. Samada dalam bentuk PC, laptop, smartphone dan pelbagai lagi gajet ia sudah menjadi keperluan kita. Melaka sebagai sebuah negeri maju juga menuju ke era digital yang memerlukan perkembangan ICT yang baik. Infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan Negeri Melaka dengan disokong anak syarikat kerajaan negeri, Melaka ICT Holding dapat membantu rakyat serta pelancong untuk menggunakan kemudahan ICT yang terkini. Selain infrastruktur oleh kerajaan negeri Melaka, ia juga dibantu dengan sokongan pihak swasta. Sokongan pihak swasta amat penting bagi menggerakkan perkembangan era digital di Melaka.


Melakacool melihat potensi ICT di Melaka dapat mewujudkan banyak peluang perniagaan dalam bidang ini.

Jika anda berada di Melaka samada sebagai pemastautin, pelajar ataupun pelancong peralatan ICT amat diperlukan. Kadangkala anda memerlukan tambahan aksesori ataupun perlu memperbaiki peralatan ICT anda. Sudah pasti sukar jika anda mengalami masalah. Kadangkala anda akan mencari maklumat di internet tetapi sering ditipu oleh pengiklan yang tidak mempunyai lesen. Sudah pasti tindakan undang-undang sukar dilakukan sekira berlaku sesuatu.

Jadi untuk kali ini, Melakacool ingin berkongsi 5 kedai komputer yang boleh anda rujuk sekiranya terdapat masalah atau anda memerlukan maklumat mengenai peralatan komputer.

1. Kedai Komputer dan Aksesori Navotech/Stygix

Bagi mereka yang telah bermastautin di Melaka pastinya kedai Navotech atau nama baharu Stygix akan menjadi tumpuan. Navotech/Stygix mempunyai 3 cawangan di Melaka iaitu di Bukit Beruang, Ong Kim Wee dan Malim tapi yang paling popular di Bukit Beruang. Ini kerana ia terletak di kawasan tumpuan terutama para pelajar Universiti Multimedia, Kolej Komuniti Bukit Beruang dan juga berhampiran dengan pentadbiran kerajaan . Ruang kedainya luas dan boleh mencari peralatan komputer dan gajet di situ. Boleh dikatakan hampir semua peralatan atau aksesori komputer terdapat di kedai tersebut.

Alamat:
41-01-02 & 43-01-02 Jalan Bukit beruang Utama 2
Taman Bukit Beruang Utama
75450 Melaka
Link ke Lokasi:- Stygix Bukit Beruang
Facebook Navotech di https://www.facebook.com/navotechtechnology/

2. Kedai Komputer dan Aksesori Jaticom Sdn Bhd

Kedai komputer yang terletak sederet dengan CIMB Batu Berendam ini menawarkan pilihan peralatan dan aksesori komputer dengan harga berpatutan. Selain dari peralatan baharu anda juga boleh membeli peralatan komputer second hand yang dijamin baik kualitinya. Jaticom juga menawarkan baikpulih komputer dengan harga yang menarik. Lokasinya yang berhampiran kawasan perumahan di Batu Berendam memudahkan untuk anda mencarinya.

Alamat:
No 26 Jalan Mutiara Melaka 2
75350 Batu Berendam Melaka
Tel : 06-3170526
Facebook Jaticom di https://www.facebook.com/pg/jaticom

3. Kedai Komputer dan Aksesori NCS Sales and Services Sdn Bhd

Antara kedai yang menjadi tumpuan di tengah-tengah bandar Melaka. NCS Sales and Services Sdn Bhd adalah kedai komputer yang cukup dikenali di Melaka. Ia juga menjadi tumpuan bagi reseller kerana harga yang ditawarkan berpatutan. Terletak di kawasan yang sibuk mereka juga mempunyai kaedah drive-thru yang memudahkan pelanggan mengambil peralatan yang diperlukan.

Alamat:
307 & 309 Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
Tel: 06-2841996
Facebok NCS di NCS Malaysia
Lokasi Google Maps :-NCS

4. Kedai Komputer dan Aksesori Global We Shop (GWS)

Membaiki peralatan komputer sering menjadi igauan ngeri bagi pemilik komputer. Di Global We Shop (GWS) peralatan komputer anda akan diperbaiki dengan sebaiknya. Masalah LCD laptop yang rosak boleh diperbaiki oleh kedai ini dengan sebaiknya. Terletak di kawasan Taman Tasik Utama ia juga sering menjadi tumpuan agensi kerajaan untuk menghantar peralatan komputer yang rosak.

Alamat:
No 15 Jalan TU 41 Taman Tasik Utama
75450 Ayer Keroh
Melaka
Telefon: 0136910238
Facebook GWS di :-https://www.facebook.com/globalweshop/

5. Kedai Komputer dan Aksesori Istech Technology

Berada di kawasan Masjid Tanah, pasti sukar untuk mencari kedai komputer bagi memperbaiki peralatan anda. Di Istech Sdn Bhd anda akan dibantu oleh pakar-pakar dalam membaikpulih peralatan komputer. Syarikat ini juga mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja-kerja ICT lain seperti pemasangan thumbprint, server dan sebagainya.

Alamat:
SU905, Jalan Bandar Baru 5
Jalan Pernara Jaya
78300 Masjid Tanah Melaka
Telefon : 06-3851860
Facebook Istech: https://www.facebook.com/istechsdnbhd/

Ini serba sedikit mengenai 5 kedai komputer di Melaka yang anda boleh pergi. Melakacool hanya mencadangkan sahaja berdasarkan pengalaman kami. Ia mungkin berubah. Jadi kami tidak boleh jamin tentang prestasinya selepas ini.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.