Pusat Servis Volvo Terkini di Melaka

Pemilik kereta Volvo di Melaka kini semakin lega untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dan servis kereta.  Mungkin selama ini mereka tercari-cari pusat servis berdekatan bagi melakukan kerja-kerja servis. Ada yang terpaksa ke bengkel yang tidak berdaftar dengan Volvo menyebabkan pembaikan tidak sempurna disebabkan oleh alatganti yang tidak tulen. Volvo kini membuka cawangan terbaru mereka di Jalan Tun Sri Lanang di tengah bandar Melaka. Dengan adanya Pusat Servis 3S Volvo ini pastinya kenderaan anda akan diservis mengikut standard yang telah ditetapkan oleh syarikat Volvo.

Volvo Sales, Service and Spare Parts

Pusat 3S ini merupakan pusat terkini yang diperkenalkan oleh Volvo melalui program Volvo Car Malaysia’s (VCM) yang telah diperkenalkan pada dua tahun lalu.

Pusat 3S terbaru ini mempunyai 6 ruang yang boleh menampung model terbaru iaitu T8 Twin Engine plug-in hibrid.

Ianya beroperasi melalui syarikat Seong Hoe yang mempunyai pengalaman hampir 50 tahun dalam bidang perdagangan serta pembaikan kenderaan.

Volvo 3S Center Melaka

Pelan transformasi syarikat Volvo ini menyaksikan piawan peniaga baru melalui Pengalaman Runcit Volvo(VRE) ang sedang dilaksanakan di seluruh negara. VRE adalah standard komprehensif yang merangkumi aspek kritikal dari penjual dari segi bentuk dan perasaan ketika berada dalam bilik pameran.

Pusat 3S ini juga menyediakan ruang yang luas kepada para pengguna ketika menunggu terutama bagi mereka yang menghantar kenderaan untuk servis atau diperbaiki. Ruang ekslusif pasti membuatkan anda tidak resah ketika menunggu kereta diperbaiki.

Ruang jualan juga luas dan memudahkan anda melihat sendiri kereta jenama Volvo yang telah lama bertapak di Malaysia ini.

Ia juga menunjukkan kualiti perkhidmatan yang dijamin oleh syarikat kepada pelanggan.

Pusat Volvo Melaka 3S ini dibuka dari pukul 9 hingga 6 petang setiap hari Isnin sehingga Sabtu manakala ia dibuka jam 11 pagi hingga 5 petang setiap Ahad dan cuti umum.

Alamat :
Volvo Melaka by Seong Hoe Motors
Jalan Tun Sri Lanang , Pengkalan Rama Tengah
75100 Melaka

No Tel : 06-7209393

Kepada peminat kereta jenama Volvo pasti akan memudahkan tugas anda untuk memiliki kereta berjenama eksklusif ini. Pastinya akan ramai yang mengunjungi pusat servis 3S Volvo ini bagi memastikan Volvo yang dimiliki berada dalam keadaan terbaik.

Tak mampu memiliki Volvo? Tiada masalah. Saya menggunakan Myvi sahaja untuk ke sana sini. Servis pun di Pusat Jualan dan Servis Perodua di Bachang Melaka.

Sumber :-PaulTan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.