Pusat Jualan dan Servis Perodua Bachang Melaka – Pusat Sehenti Perodua

Adakah anda peminat kereta buatan tempatan, Perodua? Ingin membeli kereta jenama Perodua di Melaka? Atau anda ingin memperbaiki kereta MyVi atau mana-mana kenderaan buatan Perodua di Melaka? Jika anda bertanya soalan seperti diatas, maka Pusat Jualan dan Servis Perodua di Bachang Melaka merupakan lokasi yang tepat untuk disingah.

pusat servis perodua melaka
Perodua Sales & Service Centre Bachang

Saya merupakan pemilik kenderaan MyVi 1.3 dan sering ke Pusat sehenti Perodua Melaka ini untuk melakukan servis kereta.  Dengan moto syarikat Perodua ‘Building Cars, People First’ ia menunjukkan bahawa perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya. Itu yang dilakukan oleh Pusat Jualan dan Servis Perodua di Bachang, Melaka ini.

Bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu Perodua, pusat ini perlu menjadi tempat utama bagi pembelian tersebut. Ini kerana pusat ini memiliki kakitangan berpengalaman dalam membantu anda membeli kenderaan buatan Perodua. Proses pembelian dari perjanjian,pinjaman serta servis kenderaan boleh diketahui dengan lebih teliti.

Selain kakitangan terlatih, mereka juga mempunyai hubungan dengan bank bagi memudahkan anda mendapat pinjaman tanpa perlu melakukannya sendiri. Secara jujurnya, saya tidaklah membeli kereta MyVi saya di pusat sehenti ini tapi saya pernah mendapatkan layanan serta penerangan yang terperinci dan memuaskan.

Bagi mereka yang ingin melakukan servis atau pembaikan kenderaan Perodua juga eloklah kiranya membaiki kenderaan anda di sini. Mereka memiliki mekanik terlatih yang pastinya mempunyai ‘SOP’ (Standard of Procedure) telah ditetapkan oleh Perodua. Selain itu, alat ganti yang disediakan pasti tulen. Ini berbeza dengan bengkel kereta lain yang sering menukar peralatan kereta dengan barang tiruan yang boleh membahayakan pemanduan.

Mereka juga tidak sesuka hati menggantikan alat ganti dan akan memberikan nasihat serta kepastian dari pemilik kenderaan yang diservis. Cuma yang menjadi bual mulut pengguna adalah tentang caj yang dikenakan agak tinggi berbanding bengkel biasa. Selain itu, mungkin pemilik kereta tidak dapat melihat secara dekat proses pembaikan kereta kerana ia dibuat diruang yang mana pemilik kenderaan tidak dibenarkan untuk masuk. Cuma boleh melihat dari kaca tingkap sahaja.

Memandangkan pusat servis ini sering penuh, jika ingin melakukan servis atau memperbaiki kerosakan, pemilik kereta hendaklah membuat temujanji awal beberapa hari.

pusat servis perodua melaka

Persekitaran Pusat Jualan dan Servis Perodua Bachang, Melaka

Persekitaran pusat sehenti ini memang memuaskan. Dari segi ruang pertanyaan dan menunggu memang agak selesa. Bagi mengelakkan kebosanan menunggu terdapat ruang untuk menonton televisyen atau membaca majalah. Terdapat juga air panas dan kuih yang disediakan untuk mereka yang menunggu kereta mereka diperbaiki.  Seperti yang dimaklumkan diatas, pemilik kenderaan hanya boleh melihat pembaikan secara jauh di tingkap kaca pejabat sahaja.

pusat servis kereta myvi melaka
tempat menunggu pelanggan di perodua melaka

Tempat letak kereta agak terhad disini dan kalau lewat datang, sukar nak cari parking. Mungkin ia antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan selain dari pusat servis yang sentiasa penuh.

Selain dari kakitangan pejabat yang berpakaian kemas, kakitangan pembaikan juga memakai kemeja rasmi Perodua yang kemas. Jarang kita lihat pekerja bengkel yang ‘tuck in’ baju ketika melakukan tugas dan ianya dilakukan oleh kakitangan pembaikan di pusat servis ini.

pusat servis myvi melaka

Lokasi Pusat Jualan dan Servis Perodua Bachang, Melaka

Bagi mereka yang tidak mengetahui lokasi pusat jualan dan servis ini ianya terletak di Bachang, Melaka. Ia terletak kira-kira 2 kilometer dari pusat hentian bas, Melaka Sentral. Berikut merupakan alamat pusat sehenti Perodua Melaka

Perodua Sales And Service Centre Melaka
No. 5369 C,  Jalan Malim, 75250 Bacang, Melaka
Tel: 06-337 2300
Fax: 06-337 4090
Laman Web: http://perodua-melaka.cartrader.com.my

Jadi, sekiranya anda mengalami kemusykilan tentang kenderaan Perodua anda di Melaka maka kunjungilah pusat sehenti Perodua Melaka ini.

Kalau anda memiliki kereta berjenama Volvo, anda boleh ke Pusat Servis Volvo Melaka.

Kenapa Kereta Keluaran Perodua Masih Menjadi Pilihan Ramai

Sebab paling utama ialah penjimatan dari segi penggunaan minyak dan Perodua juga mempunyai rangkaian pusat servis yang banyak dia Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Penggunaan petrol Perodua Axia

Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.

Penggunaan petrol Perodua Myvi 1.3

Perodua Myvi bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi juga mempunyai engine yang efisyen. 1 liter minyak boleh menggerakkan Myvi sejauh 17Km.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.