Lokasi Makan Malam Best di Jasin

Berbanding di kawasan Melaka Tengah, Jasin agak terkebelakang dari segi pembangunan. Begitu juga kalau nak cari kedai-kedai makan yang sedap. Walaubagaimanapun jangan risau, sekiranya anda akan bermalam di Jasin, di artikel ini Melakacool.com memberikan lokasi makan yang patut anda cuba.

3 Lokasi Makan Malam Best di Jasin

1. Restoran Din Corner

Antara restoran yang cukup terkenal di Jasin. Melakacool tak pasti tahun bila ianya dibina cuma boleh rasanya telah melebihi 30 tahun. Ia beroperasi setiap malam kecuali hari Jumaat. Memang banyak pilihan makanan seperti Nasi Lemak Special, Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam, Sup Ayam dan pelbagai juadah lagi.

Lokasi Makan Malam Best di Jasin

Memang selalu penuh dengan pengunjung samada dari dalam Jasin ataupun luar Jasin. Jangan terkejut kalau ada pengunjung datang dari luar Melaka semata-mata nak makan di Din Corner ini. Din Corner ni memang terletak betul-betul di kawasan selekoh antara bandar Jasin. Memang senang kalau anda nak cari.

sup ayam jasin

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Din Corner: https://www.facebook.com/restoran.din.corner/

2. Restoran Selera MJ

Restoran yang agak baru. Selera MJ terletak di kawasan Taman Maju. Anda boleh menikmati makanan goreng pada malam hari macam Mee Goreng, Nasi Goreng , nasi ayam, nasi lemak berlauk dan sebagainya.

Kalau waktu tengahari anda boleh menikmati nasi campur di sini. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Restoran Selera MJ: https://www.facebook.com/Seleramjtamanmaju/

Lokasi Makan Malam Best di Jasin
nasi lemak restoran mj jasin

3. Restoran Nasi Kukus Salimna, Jasin Bestari

Bagi peminat nasi kukus ayam berempah, ini tempat sesuai untuk anda menikmati makan malam. Terletak di kawasan Jasin Bestari, ruangnya cukup luas. Tempat letak kereta pun banyak jadi tak perlu risau kalau datang lambat sekali pun. Malahan di restoran ini juga anda boleh menempah bilik untuk makan secara berkumpulan. Selain nasi kukus ayam berempah , anda juga boleh mencuba char keow teow istemewa di restoran ini.

nasi kukus jasin

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Restoran Nasi Kukus Salimna di: https://www.facebook.com/nasikukus.sallimna

Rujuk juga artikel kami sebelum ini mengenai Maklumat Mengenai Jasin yang patut anda tahu.

Selain itu ada juga beberapa kedai makan lain yang boleh anda cuba. Antaranya :

1) Warung makan di depan Stadium Jasin. Biasanya kalau anda nak beli sate, kami memang cadangkan di sana. Memang sate yang terbaik rasanya di Jasin ni. Daging lembut dan cukup masak serta kuah kacang yang betul-betul menyelerakan.

2) Warung Belia 4B Jasin berhadapan jalan masuk Hospital Jasin. Pelbagai makanan goreng dan sup boleh dinikmati. Bagi mereka yang menemani sanak saudara di Hospital boleh singgah disini untuk membeli makanan bungkus pada malam hari.

3) Restoran D’Aisyah di Kelubi. Mungkin sedikit jauh dari Jasin tapi memang ramai yang berkunjung ke Restoran ini.

4) Bagi yang inginkan makanan segera pula di Jasin ada terdapat 4 restoran makanan segera iaitu 2 kedai Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Bandar Baru Jasin dan cawangan Jasin Bestari. Selain itu terdapat Pizza Hut Delivery yang anda boleh singgah, bawa pulang atau tempah di rumah sahaja. Ia terletak di Bandar Baharu Jasin. Bagi peminat Marrybrown pula, anda boleh ke Mydin Jasin untuk menikmati makanan segera keluaran tempatan itu.

5) Bagi peminat masakan Tomyam pula, memang banyak restoran tomyam di sekitar Jasin ni tapi kami memberikan beberapa pilihan iaitu Ros Tomyam Klasik (berhadapan Klinik Kesihatan Jasin) dan bersebelahan Balai Bomba lama Jasin. Anda juga boleh mencuba D’Sri Cahaya Tomyam di Taman Maju Jasin dan Aliff Seafood di Jasin Bestari.

Itu serba sedikit tentang kedai makan yang boleh anda cuba sekiranya bermalam di Jasin.

Sekiranya anda memang pemastautin Jasin, mungkin anda boleh kongsikan Lokasi Makan Malam Best di Jasin selain dari di atas. Kongsikan di ruang komen di bawah ya!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.