Tahukah anda yang Melaka terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin ? Adakah anda tinggal di Jasin atau lahir di sini? Mungkin anda masih tak mengetahui tentang Jasin. Untuk artikel kali ini, MelakaCool ingin berkongsi serba sedikit maklumat mengenai Jasin yang perlu diketahui oleh anda.
Daerah Jasin terletak di bahagian selatan daerah di Melaka dimana ia bersempadan dengan negeri Johor. Bukan sahaja Johor terdapat juga kawasan di daerah Jasin yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Malahan terdapat satu lokasi di Asahan, Jasin yang mempunyai persempadanan antara ketiga-tiga negeri tersebut.
Jasin merupakan daerah terbesar antara kedua-dua daerah di negeri Melaka dimana ianya meliputi hampir 40 peratus dari keseluruhan negeri iaitu sekitar 678 kilometer persegi. Daerah Jasin mempunyai 20 mukim iaitu
- Ayer Panas
- Batang Melaka
- Bukit Senggeh
- Chabau
- Chinchin
- Chohong
- Bandar Jasin
- Jus
- Kesang
- Merlimau
- Nyalas
- Rim
- Sebatu
- Selandar
- Sempang
- Semujok
- Serkam
- Sungai Rambai
- Tedong
- Umbai
Pusat Pentadbiran Di Jasin
Pentadbiran Di Jasin terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah Jasin. Manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan pula terbahagi kepada 2 kawasan iaitu antara Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Jasin.
Di daerah Jasin terdapat Bandar Jasin yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1 dimana terdapat deretan rumah kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Jasin 2 pula bangunan komersil yang dibina di kawasan Bandar di Jambatan Dato’ Senara yang menghubungkan bandar baru dengan bandar lama serta Jasin 3 yang terletak selepas Jambatan Dato’ Senara menghala ke arah Rim.
Selain itu, bandar baharu iaitu Bandar Jasin Bestari di Ayer Merbau dibina bagi memastikan pembangunan di Jasin lebih bersistematik. Bandar yang dibangunkan melalui agensi kerajaan negeri, Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) ini merupakan pembangunan masa hadapan yang cukup berpotensi untuk penduduk sekitar Jasin dimana terdapat kawasan perumahan, perniagaan serta fasiliti yang mencukupi.
Selain bandar Jasin, terdapat beberapa pekan kecil seperti Pekan Batang Melaka, Pekan Selandar, Pekan Nyalas, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Merlimau dan Pekan Sungai Rambai. Walaupun berstatus Pekan, namun pembaharuan telah dilakukan bagi mengubah imej pekan tersebut agar lebih moden sejajar dengan perkembangan terkini.
Pengangkutan Awam di Jasin
Jasin mempunyai satu pusat perhentian bas dan teksi yang dikenali dengan nama Jasin Sentral. Selain itu, di Batang Melaka terdapat sebuah stesen keretapi KTMB untuk kegunaan penumpang.
Lokasi Tumpuan di Jasin
Jasin mempunyai lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi. Antaranya :-
1) Muzium Pertanian yang terletak di Bandar Jasin
2) Stadium Jasin yang terletak di Rim, Jasin
3) Bukit Batu Lebah, Bukit Senggeh, Jasin
4)Kolam Ayer Panas , Bemban, Jasin
5) Makam Tun Teja, Sempang, Merlimau, Jasin
6) Taman Ekstrem Chinchin, Jasin
7) Air Terjun Asahan, Asahan, Jasin
8) Empangan Jus, Jus, Jasin
9) Medan Ikan Bakar Umbai, Jasin
10) UiTM Jasin
Banyak lagi lokasi yang boleh dibahagikan samada pusat pelancongan, pusat rekreasi, pendidikan di kawasan Jasin. Mungkin Melakacool akan berkongsi pada masa akan datang.
Tagline ‘Jasin Daerah Lestari Bandar Bestari’.