Muzium Samudera

Masa zaman kanak-kanak dulu, mak dan ayah membawa kami ke sebuah kapal yang sangat besar di Melaka. Ia lebih dikenali sebagai kapal Diana. Namun saya tidak pasti dari mana nama Diana itu datang. Nama pun hebat rupanya pun cantik. Di dalam kapal tu pulak macam-macam ada.


Tetapi, bila sudah meningkat dewasa baru ketahui yang sebenarnya nama kapal besar yang ada kat Melaka itu ialah Muzium Samudera. Ya! Dalamnya ada pelbagai barangan sebab ianya sebuah muzium!

Pemandangan dari Menara Taming Sari
Gambar diambil dari Menara Taming Sari.

Kapal ini dibina seperti skala asalnya berdasarkan rekabentuk asal kapal ‘Flor de La Mar’ kepunyaan Portugis yang tenggelam di Selat Melaka. Menurut catatan sejarah, kapal tersebut dipercayai sedang cuba berlayar ke Potugis dengan barangan sejarah milik kesultanan Melaka yang dimuatkan di perut kapal itu. Belum pun jauh perjalanan mereka, akhirnya kapal itu tenggelam dan turut menenggelamkan barang-barang berhaga warisan negeri Melaka bersamanya di tengah laut itu.

Muzium Samudera itu berkeluasan 34 meter tinggi , 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Ianya dirasmikan pada 13 Jun 1994. Di muzium ini pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kemasyhuran kesultanan Melaka pada kurun ke-14 hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Bersesuaian dengan namanya Muzium Samudera, maka segala aktiviti berkaitan dengan maritime turut dipamerkan di sini seperti peta, replika kapal serta pelbagai jenis artifak yang telah tenggelam bersama kapal peninggalan Portugis suatu masa dulu. Antara artifak yang boleh ditemui termasuklah pinggan mangkuk zaman kesultanan Melaka dan juga peralatan istana yang berharga.

Alamat, Harga Tiket dan Waktu Operasi Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera ini terletak berhampiran muara Sungai Melaka iaitu kini dikenali sebagai Jalan Quayside.

Alamat:
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Lokasi Google Maps

map ke muzium samudera

Bayaran Masuk (warganegara):
RM5.00 – Dewasa 
RM3.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun

Bayaran Masuk (bukan warganegara):
RM10.00 – Dewasa 
RM6.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun

Bayaran masuk ini (warganegara dan bukan warganegara) adalah termasuk Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar), Muzium Samudera Fasa II dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Waktu Operasi:
9:00 AM – 5:30 PM pada setiap hari Isnin sehingga Khamis
9:00 AM – 7:00 PM pada setiap hari Jumaat hingga Ahad

Bagi sebarang pertanyaan, hendaklah dikemukakan kepada Kurator Kompleks Muzium Maritim Perbadanan Muzium Melaka
Tel: 06-2830926 Email: syahidah@perzim.gov.my

Kapal Flor de La Mar ini hanyalah sebuah replika, jika anda meminati kapal selam dan ingin memasuki kapal selam sebenar. Ya! Kapal selam sebenar dan bukannya replika. Jom ke Muzium Kapal Selam di Klebang.


One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.