Muzium Kapal Selam, Klebang, Melaka

Ini bukan seperti muzium lain, ini ada sebuah kapal selam sebenar yang telah dijadikan muzium dan tiada selainnya di Malaysia selain di Klebang, Melaka. Dari jauh lagi anda sudah boleh melihat sebuah Kapal Selam tersergam di tengah-tengah padang yang luas. Sesiapa yang ada anak kecil, pasti mereka akan teruja melihatnya.


Apatah lagi memasukinya.

Kapal Selam Agosta

Tetapi jangan pula anda berasa pelik. Walaupun kapal selam ini tersangatlah besarnya di luarnya, tetapi ruang didalamnya sempit. Dari mula masuk hingga keluar semula, jika anda tidak ambil peduli apa-apa yang disajikan, anda hanya memerlukan 3 minit untuk masuk dan keluar.

Ya, ruang di dalam muzium kapal selam ini sangat sempit. Tapi jangan risau, walaupun kecil dan sempit, muzium ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin πŸ™‚ untuk para pengunjung.

ruang dalam kapal selam sempit

Tak boleh nak bayangkan menghabiskan 21 hari di dalam kapal selam ini di bawah permukaan air. Dengan katil yang cukup-cukup untuk tidur sahaja, duduk pun tak boleh. Begitulah pengorbanan wira-wira kita menjaga kedaulatan negara.

Sejarah Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew kelas Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis adalah termasuk dalam kontrak pembelian kapal selam kelas Scorpene bernilai RM3.4 bilion. SMD Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam penyerang diesel-elektrik buatan Perancis. Diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear. Diterima khidmatnya dalam Tentera Laut Sepanyol dan Tentera Laut Pakistan selain TLDM. Pengoperasian dengan 36 krew dan 5 pegawai.

Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Klebang Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 7 October 2011 dan tiba di perairan Melaka 12 November 2011.

Kapal Selam SMD Ouessant yang terkandung dalam pakej pembelian kelas Scorpene adalah salah sebuah daripada kelas Agosta milik Tentera Laut Perancis yang dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan berkhidmat dalam Tentera Laut Perancis sehingga ditamatkan tauliahnya pada tahun 2001. SMD Ouessant mula diletakkan semula dalam status aktif apabila kerajaan Malaysia memeterai kontrak pembelian kelas Scorpene dengan firma pembuat kapal Perancis Armaris (dahulunya DCN) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia (dahulunya Bazan atau IZAR) pada tahun 2002.

Projek baikpulih SMD Ouessant bermula secara rasmi pada 30 October 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 October 2005 dan memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew kelas Scorpene. Bermula dari 21 November 2005 sehingga 9 Julai 2009, kapal selam ini telah dijadikan platform latihan bawah permukaan air bagi krew-krew pelatih TLDM sebelum mengoperasikan kapal selam kelas Scorpene.

Berdasarkan pakej pembelian kelas Scorpene , kesemua krew dilatih sepenuhnya oleh staf sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO; sebahagian dari Rroupe DCI (Defense Consel International) yang kebanyakkannya terdiri daripada bekas Tentera Laut Perancis. Firma ini menyumbangkan dua krew kapal selam Scorpene, kakitangan tambahan dan para pengajar berpengalaman bagi melatih krew-krew pelatih tersebut.

Krew-krew pelatih terbabit perlu menghabiskan 9,000 jam latihan di bawah permukaan air bersama kapal selam FS Ouessant yang menjadi sebahagian dari tiga fasa latihan iaitu kuliah, simulasi dan latihan kapal selam di laut.

Menurut sumber Perancis, β€˜Project Quessant Malaysiaβ€˜ yang melibatkan SMD Ouessant dan 156 krew pelatih kelas Scorpene berakhir secara rasmi pada 11 Julai 2009 dan merupakan misi latihan terakhir buat SMD Ouessant tetapi menjadi misi pertama bagi KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Constructions Navales Services (DCNS) Cherbourg, Toulon menuju ke tanahair.

Objektif Penubuhan Muzium Kapal Selam Melaka

  • Sebagai tempat menyebarkan ilmu pertahanan negara secara berkesan khususnya mengenai sejarah dan peranan kapal selam
  • Sebagai warisan nilai sejarah yang mencerminkan Malaysia adalah sebuah negara maritim.
  • Menyuburkan minda semua lapisan masyarakat supaya mengenali dan memahami sistem pertahanan negara
  • Sebagai kenangan yang didedikasikan untuk para pejuang negara khususnya anggota TLDM.
  • Sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan mengenai maritim

Fokus utama pameran dan peragaan Muzium Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. Turut dipamerkan ialah model kapal selam, diorama, audio visual, lukisan, peta lama dan artifak seperti pakaian pelatih dan sebagainya.

Alamat, Harga Tiket dan Waktu Operasi Muzium Kapal Selam Melaka

Alamat:
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang
Jalan Klebang Besar
75200 Melaka
Lokasi Google Maps

Bayaran Masuk:
RM5.00 – Dewasa
RM2.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun

Waktu Operasi:
9:00 AM – 5:00 PM pada setiap hari Isnin sehingga Khamis
9:00 AM – 6:30 PM pada setiap hari Jumaat hingga Ahad
Rehat 12:15 PM – 2:45 PM pada setiap hari Jumaat sahaja

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook Perbadanan Muzium Melaka atau hubungi:
06 – 282 6526 (PERZIM)
06 – 283 0926 (Kompleks Muzium Samudera)

Kemudahan untuk pengunjung:

  • Parking kereta percuma
  • Surau
  • Tandas
  • Gazebo
  • Sub’s cafe

Selain dari kapal selam, terdapat juga 2 jet pejuang Tentera Udara yang dipamerkan.

jet jet tldm

Setelah selesai menikmati kapal selam yang besar tu, jangan lupa singgah di Subs Cafe untuk semangkuk cendol ya.

cendol gula melaka

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.