Pusat e-Sukan Melaka Yang Pertama di Ancient Galaxy Esports Hub

Ancient Galaxy Esports

e-Sukan Melaka tu apa? e-Sukan merupakan antara kegilaan remaja dan boleh dijadikan sebagai profession. Ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya sehingga menjadi pemain pro dalam sukan elektronik ini.

Melihatkan potensi tersebut, kerajaan negeri Melaka melalui portfolio Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka melalui kerjasama dengan syarikat swasta, Ancient Galaxy Sdn Bhd telah membangunkan pusat e-sukan yang dinamakan Ancient Galaxy Esports Hub di Kota Syahbandar.

Pusat e-sukan yang diuruskan oleh Ancient Galaxy ini dibangunkan dengan nilai pelaburan kira-kira RM3 juta. Mencari bakat atlet e-sukan Melaka menjadi lebih mudah dengan ada nya pusat e-sukan Melaka ini. Kerajaan negeri pula bertanggungjawab menyediakan garis panduan merangkumi kaedah pengurusan, masa, aktiviti, kawasan operasi serta syarat am reka bentuk dan pengusaha e-sukan ini.

Menurut EXCO, Kerk Chee Yee melalui pembangunan pusat ini mampu memberi impak positif terutama kepada pertumbuhan sosiekonomi negeri. Ia juga akan merancakkan sektor pelancongan sukan untuk datang ke negeri Melaka terutama sekali di kalangan peminat e-sukan ini.

Menurut Kerk, kerajaan Negeri Melaka akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantau E-Sport (JPE-S) negeri Melaka melibatkan 12 anggota yang berperanan bagi mengasingkan kafe siber dengan pusat e-sukan. Ia juga bagi membentuk persepsi positif terhadap industri e-sukan Melaka yang semakin berkembang. Menurutnya juga terdapat persatuan e-sukan Melaka yang telah ditubuhkan iaitu Persatuan E-Sport Melaka Tengah. Perkembangan yang baik untuk atlet dan e-sukan Melaka.

Beliau mensasarkan agar persatuan e-sukan ini dapat ditubuhkan di daerah lain di Jasin dan Alor Gajah bagi memantapkan peranan e-sukan di Negeri Melaka.

Ancient Galaxy Esports Hub e-sukan melaka

Pengarah Ancient Galaxy pula memaklumkan bahawa pusat e-sukan Ancient Galaxy Esports Hub dibangunkan di tiga unit kedai dua tingkat dengan keluasan kira-kira 3,600 kaki persegi dengan dilengkapkan 53 komputer peribadi (PC) berkelajuan tinggi serta lapan console Play Station 4 (PS4).

e-sukan melaka

Bagi anda yang ingin menunjukkan skill anda boleh ke Ancient Galaxy Esports di alamat berikut:

Ancient Galaxy Esports Hub
No 2 Jalan KSB 13
Taman Kota Syahbandar
75200 Melaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top