Taman Tema Air di Melaka: Bayou Lagoon Park

Melaka mempunyai banyak tempat menarik untuk bersantai dan bergembira. Antaranya ialah di taman tema air. Bayou Lagoon Park ialah sebuah taman tema air yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Taman tema ini amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

Ia tidak terlalu ekstrem dan sesuai untuk seisi keluarga tidak kira tua ataupun muda.

Taman Tema Air ini dibuka pada setiap hari dimana pada hari Isnin hingga Jumaat (kecuali Selasa) dibuka pada jam 9 pagi – 7 petang manakala pada hari cuti pula dari jam 8.00 pagi hingga 7 petang.

taman tema Bayou Lagoon Park
Slide yang menjadi tarikan kepada pengunjung
Bayou Lagoon Park
Terdapat maskot yang menjadi tarikan kanak-kanak

Untuk kolam renang pula dibuka setiap hari untuk tetamu berdaftar sahaja. Bayaran Untuk Ke Taman Tema Air Bayou Lagoon adalah (setakat November 2019. Perubahan tertakluk pada Bayou Lagoon)

Hari Biasa (Isnin – Jumaat ) ** Kecuali Selasa
Dewasa : RM21.00
Kanak-kanak : RM15.00
Veteran (55 tahun ke atas ) : RM11.00

Hari Cuti
Dewasa : RM26.00
Kanak-kanak : RM19.00
Veteran (55 tahun ke atas ): RM13.00

Selain Taman Tema Air, anda juga boleh melawat Muzium Seni 3D yang terdapat di Bayou Lagoon ini. Untuk menjadikan kenangan lebih indah, anda boleh bergambar dengan hampir 55 lukisan 3D yang menarik.

muzium seni 3d melaka
Muzium Seni 3 D yang cukup menarik

Bukan itu sahaja, disediakan juga lokasi riadah lain seperti Dragon Coaster, tempat memanah, kereta bumper dan banyak lagi yang boleh disesuaikan dengan percutian keluarga.

Bayou Lagoon Park
Dragon Coaster yang memberikan keseronokan pada pengunjung

Untuk penginapan, anda tidak perlu risau. Boleh sahaja anda menempah penginapan disini. Terdapat 506 bilik yang menempatkan 271 jenis studio, 153 unit 2 bilik, 78 unit 3 bilik dan 4 unit penthouse.

Tempah bilik anda di Bayou Lagoon di sini.

Pilih sahaja mengikut kemampuan dan keselesaan anda.

melaka hotel bayou lagoon
Penginapan di Bayou Lagoon cukup menarik. Pemandangan kawasan Bukit Katil dan Ayer Keroh dapat dinikmati oleh pengunjung.

Bagi yang ingin mengadakan acara besar seperti majlis perkahwinan atau seminar terdapat dewan yang sesuai untuk sebarang acara.

Dewan yang berkeluasan 23,680 kaki persegi ini boleh dibahagikan kepada 2 dewan dimana ia boleh menempatkan 800 orang dalam satu masa di Bayou Convention Centre 1 manakala boleh menempatkan 600 orang di Bayou Convention Centre 2.

kemudahan di Bayou Lagoon Park
Bilik seminar yang boleh ditempah di Bayou Lagoon

Bagi Bendahara Ballroom pula, ia mampu menempatkan 1000 orang dalam satu masa. Selain itu terdapat juga beberapa dewan lain yang boleh digunakan untuk kegunaan anda.

Dewan Bayou Lagoon yang luas boleh dijadikan dewan untuk majlis perkahwinan

Kemudahan tempat letak kereta juga baik. Ia cukup luas untuk anda. Selain tempat letak kereta terbuka, terdapat juga tempat letak kenderaan bertingkat yang disediakan.

Alamat :

Alamat Bayou Lagoon Park
Peta Lokasi Bayou Lagoon Park


Bayou Lagoon Park Resort
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort
Jalan Wakaf Utama
Bukit Katil
75450 Melaka

Tel : 06-2330888

Google Maps : https://goo.gl/maps/i3VrXZWgEuJJhMED6

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web www.bayoulagoon.com.my atau facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/bayoulagoon/.

Tempah bilik anda di Bayou Lagoon di sini untuk tawaran RM131/malam. (Nota: Harga mungkin berubah mengikut permintaan)

Gambar-gambar di atas adalah dari FB Bayou Lagoon.

Selain di Bayou Lagoon Park, terdapat satu lagi taman tema air di Melaka iaitu Melaka Wonderland.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top