Hotel MITC

Hotel yang terletak pada pusat di MITC merupakan antara lokasi yang dicari oleh pengunjung. Dengan bertambah aktiviti di sekitar Ayer Keroh, maka hotel berdekatan di MITC adalah bertepatan.
Hotel MITC, hotel yang diambil alih selepas beberapa pemilik mengalami masalah diharap akan kembali merancakkan industri perhotelan di Melaka. Hotel yang telah dirasmikan oleh TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 13 Julai 2017.

Suasana Malam di Hotel MITC

Majlis yang dirasmikan oleh TYT ini juga bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang diadakan di luar perkarangan hotel tersebut.

hotel mitc
TYT dan Ketua Menteri Melaka melawat bilik yang terdapat di Hotel MITC

Hotel yang telah melakukan proses renovasi ini telah pun mula digunakan oleh beberapa organisasi serta orang perseorangan beberapa bulan ini. Hotel MITC yang menempatkan 189 bilik ini menawarkan pengalaan menarik kepada pengunjung di banggunan sembilan tingkat.
Keunikan nama beberapa tempat digunakan sebagai mercu tanda di hotel ini seperti Dewan Gadek, Restoran Bemban dan Kafe Asahan. Lima buah bilik besar di Hotel MITC untuk pelbagai acara seperti mesyuarat, majlis keraian, majlis perkahwinan dan sebagainya.

hotel mitc
Majlis yang diadakan di Hotel MITC

Hotel berkonsep moden yang terletak di Jalan Konvensyen Ayer Keroh itu menawarkan keselesaan kepada pengunjung serta berdekatan dengan Tol Ayer Keroh. Pusat Konvensyen MITC pula terletak hanya 50 meter sahaja dari Hotel MITC yang memberikan kemudahan penginapan yang selesa bagi peserta yang menyertai acara di MITC.
Kawasan Hotel ini juga terletak berhampiran dengan pusat jabatan dan agensi kerajaan seperti pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) , Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri dan banyak lagi agensi kerajaan dan swasta berhampiran.
Terdapat juga Masjid MITC serta pusat membeli belah Mydin yang memudahkan para pengunjung untuk melakukan aktiviti santai.

Kawasan letak kereta yang mencukupi  yang luas boleh digunakan oleh para pengunjung yang datang dengan menaiki kenderaan sendiri.

Hotel MITC juga mempunyai tarikan unik apabila mempunyai Kafe Asahan iaitu kafe yang berkonsepkan Nyonya Kafe. Kafe yang dibuka setiap hari bermula pada jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam ini juga menampilkan gaya yang santai.

Kafe Asahan yang menawarkan juadah yang menyelerakan

Hotel ini juga mempunyai kemudahan kolam renang yang baharu sahaja siap dibina untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, kemudahan asas yang disediakan oleh hotel ini memang berkualiti dan ianya sesuai untuk pengunjung di dalam dan luar negara.

hotel mitc
Kolam Renang Hotel MITC yang baharu siap dibina
hotel mitc
Bilik besar di Hotel MITC yang boleh digunakan untuk jamuan

 

Lokasi Hotel MITC :
Lokasi GPS : 2.273456, 102.284798

Untuk keterangan lanjut :
No Telefon :06-2331551

Sumber Gambar : Facebook Hotel MITC

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *