Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

Kami senaraikan beberapa tempat menarik di melaka pada waktu malam yang anda boleh kunjungi bila anda datang lagi ke Melaka selepas ini.

Sebelum ini kami pernah kongsikan beberapa Lokasi Makan Malam Best di Jasin. Kali ini kami tambah lagi, dan ia merangkumi beberapa tempat menarik dan bukan tertumpu pada kedai makan sahaja.

Apa yang best sebenarnya yang anda boleh lakukan di Melaka pada waktu malam?

Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

1. Night Safari di Zoo Melaka

Pernah tak rasa bosan bila ke Zoo Melaka pada waktu siang? Semua haiwan-haiwan yang kita nak tengok tak ada. Tak nampak mereka kat mana walaupun dah dua tiga kali melalui kandang-kandang haiwan tersebut. Kalau mampak pun, kebanyakan haiwan tersebut sedang tidur.

Ini kerana ada di antara haiwan itu nokturnal. Mereka tidur pada waktu siang dan hany aktif pada waktu malam.

Melaka Zoo
Kami bernasib baik dapat ambil gambar harimau di waktu siang.

Night Safari adalah peluang unik bagi pengunjung untuk memerhatikan tingkah laku haiwan nokturnal di habitat semula jadi mereka. Pengunjung akan dibawa menaiki tram untuk melihat hidupan liar pada waktu malam.

Sekiranya anda ingin melihat harimau ketika mereka tidak tidur, datanglah pada waktu malam kerana harimau aktif pada waktu malam.

Kamera boleh dibawa, tetapi penggunaan flash tidak dibenarkan semasa mengambil gambar. Lampu flash boleh memeranjatkan haiwan liar dan menjadikan mereka jadi lebih agresif.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel kami sebelum ini mengenai Zoo Melaka & Night Safari.

2. Melaka River Cruise

Imej flickr

Kalau kena dengan masanya, menaiki Melaka River cruise ini akan membuatkan anda terasa seperti berada di Vennice Itali. Cuma anda perlu cari sampan yang lebih kecil untuk dua orang dan digerakkan secara manual menggunakan dayung. Sekarang tidak ada, mungkin pihak Melaka River Cruise boleh merealisasikan idea ini.

Yang ada cuma bunyi bising enjin diesel dan kadang-kadang bau diesel yang tak best tu 🙂

Sungai Melaka yang merentasi bandar ini kini memang sudah terkenal sebagai tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, terutama sekali pada waktu malam.

Melaka River Cruise ni memang berbaloi dinaiki di waktu malam. Sungai menjadi terang dengan nyalaan pelbagai warna lampu neow. Lukisan mural yang menghiasi dinding-dinding bangunan lama di sepanjang sungai Melaka kelihatan berbeza di waktu malam.

Kami jamin anda akan dapat menikmati pemandangan yang tidak boleh dibandingkan melalui jalan darat. Booking lah hotel yang berdekatan dan murah supaya senang nak ke sini. Tidak perlu meredah kesesakan kawasan tumpuan pelancong ini.

Tiket pun boleh dibeli online. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel kami sebelum ini mengenai Melaka River Cruise.

3. Menara Taming Sari Memang Menarik Pada Waktu Malam

Teringin untuk melihat Melaka dari mata burung? Kalau ya, Menara Taming Sari lah tempatnya. Rugi kalau tak naik menara ini di waktu malam.

Selepas penat berjalan apa kata kita naik Menara Taming Sari untuk menikmati pemandangan panorama bandar Melaka. Anda hanya perlu duduk dan ia akan naik ke atas dan kemudian ia akan berputar 360 darjah dengan perlahan.

Menara Taming Sari

Bagi yang pertama menjejakkan kaki ke negeri penuh bersejarah ini, anda boleh melihat banyak tempat menarik di Melaka. Antaranya:

  • Muzium Samudera
  • Bukit Saint Paul
  • Dataran Pahlawan
  • Sungai Melaka
  • dan Selat Melaka.

Kalau di waktu siang kita sudah penat berjalan ke tempat-tempat tersebut, sudah pasti pemandangannya berbeza di malam hari dari atas.

Cuma, Menara Taming Sari ini tidak seperti Menara Kuala Lumpur. Ia tidak mempunyai restoran di atas. Kalau ada ,sudah tentu akan memberikan pengalaman makan malam yang berbeza buat orang Melaka.

Jangan lupa bawa kamera atau setidak-tidaknya pastikan anda sudah mengecas telefon bimbit anda sehingga penuh.

Sila rujuk artikel kami sebelum ini mengenai Menara Taming Sari untuk maklumat lanjut.

4. Alto Sky Lounge, Hatten Hotel Melaka

Walaupun tiada restoran di Menara Taming Sari seperti di Menara Kuala Lumpur, tapi Melaka mempunyai Alto Sky Lounge, di Hatten Hotel. Alto Sky Lounge terletak di Hatten Tower dan ianya lebih tinggi dari Menara Taming Sari.

Alto Sky Lounge terletak di tingkat 22 Hatten Hotel. Ia menawarkan pemandangan 180 darjah bandar Melaka yag menakjubkan. Restoran serba mewah dan elegan ini menyajikan masakan Eropah dengan kelainan tersendiri.

Restoran ini tidak mempunyai status halal kerana ia juga menyajikan minuman keras untuk para pelanggannnya. Namun, mereka memberi jaminan bahawa daging babi tidak disajikan direstoran mereka (sila rujuk komen di FB Alto Sky Lounge).

pemandangan menarik di waktu malam di melaka dari alto sky lounge
Imej FB

Untuk maklumat lanjut mengenai Alto Sky Lounge sila rujuk FB mereka dipautan di atas dan juga lama web Alto Sky Lounge di sini.

4 sahaja tempat menarik di Melaka pada waktu malam buat masa ini.

Akan bersambung …

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top