Limastiga Homestay Tercantik di Melaka

Kami berasa sangat teruja pada kali pertama kami menonton review Limastiga homestay oleh Saiful Nang. Tontonan kali kedua pun kami masih teruja.

Mana tidaknya. Limastiga homestay ni, walaupun hanya terletak di tepi jalan di Umbai Melaka, dengan kemewahan, privasi, fasiliti yang disediakan dan juga dengan kolam renang sendiri, ianya setaraf dengan mana-mana penthouse hotel terkemuka di Malaysia.

Cuma, kalau tinggal di penthouse, keluar sahaja bilik, tak ada kolam renang. Di sini ada.

Kalau tengok dari luar, di tepi jalan, macam rumah biasa-biasa sahaja. Tetapi, di sebalik tembok dan rumpun buloh, Limastiga bukan sebarang homestay, ianya adalah homestay lima bintang.

Kenapa Kami Teruja Dengan Review Limastiga Homestay Melaka oleh SN?

  • Kami pernah menggunakan perkhidmatan beliau.
  • Kami pernah dua kali melancong dengan Rarecation, dan salah satu trip adalah bersama beliau sendiri.
  • Selama mana kami mengenali SN dalam reviewnya, dia selalunya memberikan review yang jujur. Boleh pakai dan bukannya sebab dibayar atau ditaja.
  • Kami pasti beliau tidak akan memberikan review yang baik jika produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak baik, walaupun dibayar.
  • Paling teruja sebab ianya ada di Melaka.

Tunggu apa lagi, tonton video di bawah dan feel sendiri kemewahan dan keunikan Limastiga Umbai Melaka.

Tetapi, Kami Berasa Tertipu Dengan Limastiga Umbai Melaka

Tertipu sebab tidak boleh membuat tempahan untuk 1 atau 2 bilik sahaja.

Di Limastiga homestay Umbai Melaka, tempahan tidak boleh dilakukan seperti menempah di hotel-hotel atau homestay lain yang biasa kita buat apabila ingin bercuti-cuti Malaysia.

Hanya ada 3 pakej ditawarkan dan semuanya untuk kumpulan besar. Tempat percutian ini sesuai untuk:

  • Percutian keluarga – atuk, nenek, anak-anak dan cucu
  • Percutian bersama rakan-rakan lama, rakan-rakan sekolah dan reunion
  • Majlis peribadi

Mereka yang ingin bercuti di sini harus menempah keseluruhan villa berdasarkan pakej-pakej berikut:

Limas Suites Villa
Harga dari RM 2,500/malam
5 Double Room + 1 Family Room
Boleh memuatkan 14-20 orang tetamu.

Limastiga Villa
Harga dari RM 3,300/malam
6 Family Room
Boleh memuatkan 24 orang tetamu.

Limastiga Villa +
Harga dari RM 3,700/malam
7 Family Room + 1 Deluxe Room
Boleh memuatkan 30 orang tetamu.

Walau bagaimanapun, jika anda mampu, apa salahnya. Tempahlah pakej Limas Suites Villa mereka, dan gunakan keseluruhan villa tersebut untuk anda, isteri dan anak-anak anda sahaja.

Limastiga Umbai
Limastiga Melaka
limastiga homestay

Di Manakah Limastiga?

Limastiga terletak di kampung Umbai, Melaka. Perjalanan dari Banda Hilir Melaka akan hanya mengmbil masa 15 minit (kalau tak jem).

Limas Retreat Villa
Limastiga
2046 Jalan Bukit Tembakau
77300 Umbai
Melaka

Segala kelengkapan memasak dan BBQ terdapat di villa Limastiga, tetapi kalau nak makan kat luar juga, ianya bukan masalah besar di Umbai.

Kampung Umbai memang terkenal sebagai perhentian gastronomi ikan bakar. Ianya memang popular dengan pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar. Tempat-tempat berikut hanya 5 minit dari Limastiga

Memandangan ianya hanya 15 minit dari Bandar Melaka, anda mudah untuk ke mana sahaja. Perigi Hang Tuah pun hanya 10 minit dari sini.

Untuk Harga Dan Maklumat Terkini Mengenai Limastiga Umbai Melaka

Limas Retreat Villa
Alamat: Limastiga, 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300, Umbai Melaka
Telefon/Whatsapp: 0126604286
Email: limastiga@gmail.com
www.limastiga.com
Instagram Limastiga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top