6 Kriteria Yang Perlu Ada Pada Hotel Bajet

Ada yang mencari hotel lima bintang, tetapi tak kurang juga yang mencari hotel bajet.

Kenapa Perlu Cari Hotel Bajet?

Negeri Melaka sejak dari dahulu lagi telah mendapat perhatian sebagai pusat lingua franca dan pusat perdagangan antarabangsa . Kini, Melaka terkenal sebagai bandaraya bersejarah.

Melaka tidak asing buat pelancong dalam mahupun luar negara. Bandar warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO ini mempunyai tarikan tersendiri dengan kelebihannya.

a-famosa melaka

Negeri yang penuh dengan peninggalan sejarah seperti Kota A’Famosa, Perigi Hang Tuah dan bangunan Stadthuys. Melaka juga mempunyai banyak tempat untuk pelancongan rekreasi yang menarik seperti Taman Mini Malaysia dan Taman Mini ASEAN dan aktiviti Night Safari di Zoo Melaka.

Bukan setakat itu sahaja, Melaka juga kaya dengan pelbagai makanan yang sedap dan enak. Rugilah kiranya pelancong tidak merasai makanan yang cukup glamor di Melaka iaitu ‘asam pedasnya yang cukup power!’ di restoran yang popular di sana.

Jika anda akan menghabiskan seharian di Melaka dari mula sarapan pagi sampai ke penghujung malam, menginap di hotel sebegini adalah pilihan yang paling tepat.

Nak Menginap Di Hotel Bajet, Tapi Tak Tahu Nak Pilih?

Pemilihan hotel bajet pada masa kini menjadi rebutan. Sebabnya, ada perkhidmatan yang ditawarkan oleh hotel bajet setaraf dengan hotel bertaraf bintang. Cuma mungkin hotel-hotel ini tidak mempunyai pusat gym dan kolam renang bertaraf olimpik.

Apabila disebut hotel bajet mestilah harga lebih murah berbanding hotel bertaraf bintang kan. Nah, mesti kita ingin tahu kriteria terbaik dalam pemilihan hotel bajet.

Terdapat banyak kriteria yang dititikberatkan. Kami kongsikan beberapa kriteria penting yang perlu ambil kita jika anda ingin menginap di hotel bajet.

6 Kriteria Yang Perlu Ada Pada Hotel Bajet Di Melaka

1. Parking

Dah seharian berjalan, bila balik ke hotel pada lewat malam parking tak ada atau susah nak dapat. Mesti tak best.

Bila menginap di hotel, mesti tahu pihaknya sediakan parking atau tidak. Satu masalah bila pihak hotel tak sediakan parking kereta. Terpaksa parking di tepi-tepi jalan. Kalau yang menginap satu keluarga. Nak pimpin anak lintas jalan ke hotel. Nah, keselamatan pun tergugat. Tambah-tambah jika hotel di kawasan yang agak sunyi dan kurang selamat.

Ruang parking yang selesa dan selamat menjadi satu tarikan kepada pengunjung. Keluar pintu hotel terus masuk kereta tak perlu lagi jalan kaki penat-penat nak ke tempat parking yang jauh.

parking di hotel bajet

Tips: Jika hotel bajet yang anda sewa mempunyai ruang tempat kereta yang terhad, ini yang boleh anda lakukan. Susun jadual lawatan anda agar tempat yang akan dilawat pada waktu malam itu berdekatan dengan hotel. Anda boleh berjalan kaki di situ, naik beca atau naik grab jer.

2. Kebersihan

Tahap kebersihan hotel bajet perlu berada di tahap yang memuaskan. Ini perkara asas. Kalau murah tapi macam sarang tikus buat apa.

Cuma agak sukar untuk mengagak tahap kebersihan sebelum sampai di hotel tersebut. Perkara pertama yang kita boleh lakukan ialah lihat keperluan asas yang disediakan oleh pihak hotel. Adakan perkakas kebesihan diri disediakan? Kedua lihat pula notis mengenai Covid-19 pada hotel tersebut. Adakah iklan mereka menyatakan kekerapan proses sanitasi yang dilakukan?

Ketiga dan paling penting, lihat ulasan/review pengunjung-pengunjung sebelum ini yang pernah menginap di sana. Inilah gunanya appliksi seperti Agoda. Segala ratings yang diberikan di situ amat membantu. Cuba anda lihat di sini.

3. Keselamatan

Sememangnya kita mahukan keselesaan dengan harga terendah. Tapi, keselamatan juga satu keutamaan. Adanya CCTV, alat pemadam api, sistem penggera yang baik dan alat pengesan asap boleh buat kita rasa lebih selamat.

Apa gunanya tempat letak kereta yang luas tanpa kawalan keselamatan 24 jam? Bangun esok pagi, kereta dah tak ada.

Semestinya kita mahukan yang terbaik daripada pihak hotel. Tambah-tambah jika kita pelancong yang tak pernah datang ke Melaka. Malah, peralatan elektrik yang disediakan boleh berfungsi dengan baik dan selamat. Haa, satu lagi pintu kecemasan. Hotel bajet ada sediakan pintu kecemasan kalau ada kebakaran? Kita nak menginap kena tahu berkenaan kawalan kecemasan.

Tips: Aplikasi seperti Agoda amat membantu untuk mengetahui pengalaman tetamu hotel yang pernah menginap di sana, namum setiap hotel juga boleh dihubungi melalui telefon. Dial dan tanya. Mudah bukan.

4. Lokasi Strategik

Semestinya point paling penting ialah lokasi strategik. Kenapa perlu strategik? Supaya mudah kita nak kemana-mana. Ada dobi berdekatan dan kedai serbaneka dah jadi satu bonus untuk tarikan hotel bajet. Nak cari barang pun mudah dapat. Lagi best, kalau hotel bajet dalam lingkungan 5 ke 10 km daripada tempat tumpuan pelancong. Contoh, tempat makan, tempat peranginan, tempat shopping.

Jimat masa. Jimat wang. Wah, bestnya!

Haa, satu lagi kalau ada kemudahan pengangkutan awam. Nak naik grab, teksi sekejap je boleh ke mana-mana.

5. Kemudahan dan Perkhidmatan

Mesti kita mahukan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik dari pihak hotel. Dari aspek kemudahan, semestinya penyediaan bilik memberi keselesaan kepada kita. Ada sesetengah hotel bajet sediakan bilik air di luar bilik. Hotel bajet yang terbaik mampu sediakan bilik air dalam bilik, ada ruang solat, adanya kemudahan wifi.

Kalau hotel bajet boleh sediakan sarapan, wah, dikira cukup hebat kan!

Pakej perkhidmatan pula, staf boleh memberi layanan yang cukup mesra, boleh berkomunikasi dan memberi khidmat pelanggan terbaik. Nah, memang tip top hotel bajet yang boleh sediakan kemudahan perkhidmatan sebegini!

6. Harga Murah Dan Berpatutan

Nak cari hotel bajet, kita kena tengok kemampuan kita juga. Buat anggaran berapa kita boleh menginap. Cari yang murah dan berkenan dengan jiwa. Orang kata ukur badan di baju sendiri. Haaa, baru kena dengan jiwa.

Tengok juga review orang lain yang dah menginap. Dari situ kita tahu keadaan serba sedikit mengenai hotel yang kita nak booking. Jangan asal murah terus book, takut nanti sebab murah tidur pun kat lantai je. Jadi, dengan harga yang ditawarkan tengok berpatutan ke dengan keperluan yang disediakan.

So, bagaimana? Dengan kriteria dan tips yang diberikan, selepas ini mudah lah sikit nak mencari hotel bajet kalau ke Melaka.

Murah tidak semestinya tidak selesa dan bila berbajet tidak semestinya mencari hostel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top