Jika Melaka pilihan tempat untuk anda melancong, tepat pilihan anda. Nak jalan-jalan cari makan dengan tempat yang dekat, datanglah Melaka. Nak cari hotel bajet terbaik di Melaka pun tak susah. Kalau anda nak menginap di hotel, banyak hotel bajet harganya bawah RM100. Wah, murah, jimat dan berpatutan! Jom, kita tengok.
Senarai Hotel Bajet Terbaik Di Melaka
Eco Tree Hotel

Dengan slogan ‘warm, comfort’ sudah cukup mengambarkan hotel bajet ini. Tempat menarik, memberi view yang cantik dengan harga berpatutan, itulah pakej istemewa yang disediakan. Harga sangatlah berbaloi bawah RM100. Tarikan kolam renang yang berkonsepkan santai dan relaks. Penyediaan gym dan restoran juga menjadi tumpuan penginap.
Wah, jika datang dengan keluarga sangatlah seronok. Ia dapat memenuhi kriteria anda. Setiap bilik ada studio yang besar dan luas. Bilik air yang mempunyai keperluan kebersihan diri yang mencukupi. Lagi menarik apabila anda tidak perlu risau mengenai parking. Ruang parking yang banyak dan percuma disediakan. Tempat letak kereta juga adalah salah satu daripada kriteria kami dalam memilih hotel bajet terbaik di Melaka
Kedudukannya cukup strategik berada di pusat bandar Melaka. Memang memudahkan anda jika ingin ke mana-mana. Tak perlu risau.
Dengan pemanduan kurang 10 minit ke Jonker Street dan 5 minit sahaja ke Mahkota Parade. Boleh ke tempat shopping dengan jarak yang sangat dekat.
Tempah bilik anda di Eco Tree Hotel melalui Agoda.
Mercury Boutique Hotel

Lokasinya kurang 10 minit berjalan kaki ke tempat bersejarah seperti Stadthuys, Clock Tower, A’Famosa Fort dan Menara Taming Sari. Haa, buat kaki shopping anda tidak perlu risau. Inilah tempat inap yang sesuai. Terletak berdekatan pusat beli belah yang popular iaitu Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
Boleh jalan kaki sahaja dari hotel.
Rekaan bilik yang berkonsepkan kontemporari moden. Memenuhi keselesaan pelancong dengan penyediaan peti kecemasan, mini fridge dan tempat letak kereta percuma. Bilik yang dilengkapi dengan wifi percuma, bilik bebas rokok, adanya penyaman udara mampu membuatkan anda rasa lebih selesa. Ada kemudahan mesin membuat kopi dan teh di setiap bilik dilengkapi juga TV skrin rata.
Paling istimewa jika anda perlukan tips persiaran atau pemandu pelancong daripada staf, mereka boleh membantu anda dengan mudah. Jika anda pelancong dari luar perlukan penukaran mata wang juga disediakan.
Ini kali kedua kami senaraikan Mercury Boutique Hotel sebagai hotel pilihan kami. Sebelum ini kami kongsikan hotel ini dalam artikel kami yang bertajuk Mencari Hotel Murah di Melaka Pada Musim Cuti Sekolah. Sememangnya hotel ini adalah antara hotel bajet terbaik di Melaka. Harga satu malam di hotel ini berpatutan walaupun pada musim cuti sekolah.
Tempah bilik anda di Mercury Boutique Hotel melalui Agoda.
Hotel Arissa

Terletak hanya 0.4 KM daripada pusat bandar mampu memberikan view yang cantik. Pemandangan yang berlatarkan bandar Melaka menjadi satu tarikan. Kedudukan yang strategik hanya 1.5 KM dari Porta De Santiago, dan 1.3 KM jarak dari Christ Church.
Cukup memenuhi keselesaan anda apabila ada kelengkapan seperti alat kebersihan diri percuma, pengering rambut, peti sejuk, mesin membuat kopi dan teh. Dah cukup selesa untuk anda.
Tak cukup dengan itu saja. Wah, adanya wifi percuma, kemudahan telefon dan perkhidmatan pengemasan setiap hari. Nah, cukup selesa kan. Jika anda menginap dua tiga hari tak perlu fikir lagi bab-bab nak kemas, nak betulkan cadar semua.
Semua dah tersedia. Jimat masa!
Eh, jangan lupa. Nak dapatkan perkhidmatan sewa basikal pun hotel ini sediakan. Bolehlah ronda-ronda naik basikal. Seronok kan!
Tempah bilik anda di Hotel Arissa melalui Agoda.
Hallmark Crown Hotel

Dengan trademark Enjoy our very own Hallmark Hospitality cukup sinonim dengan kemudahan yang disediakan. Penginapan bilik yang menyediakan penghawa dingin berkonsepkan elegan dan moden. Ia menjadi tarikan terutamanya pasangan yang ingin bulan madu dengan hotel bajet ini ia mampu memberi keselesaan kepada anda. Kelengkapan seperti TV LCD, cerek elektrik dan peti keselamatan disediakan.
Privasi setiap bilik dengan penyediaan bilik mandi peribadi, dan terdapat juga unit tertentu dilengkapi dengan kemudahan tab mandi. Berbaloi jika anda menginap di sini dengan kemudahan yang disediakan.
Terdapat Hallmark Crown Cafe yang memberi perkhidmatan menjamu selera dengan harga yang berpatutan, makanan sedap, pilihan menarik dan pelbagai. Ruangan parking percuma dengan perkhidmatan dobi dan ruang bilik mesyuarat juga tersedia.
Paling menarik, kolam renang di bahagian luar juga disediakan. Bukan hanya sesuai untuk pasangan kekasih malah sesuai juga untuk penginapan keluarga. Inilah hotel serba serbi ada ikut keperluan penginap.
Lokasi juga sangat strategik hanya berjalan kaki 10 minit sahaja ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Murah, selesa dan terbaik kan.
Tempah hotel bajet Melaka anda di Hallmark Crown Hotel melalui Agoda.
Sebenarnya tidak sukar untuk mencari hotel bajet di Melaka. Hotel yang selesa dan sesuai dengan bajet anda. Sebelum ini kami telah pun senaraikan beberapa kriteria yang perlu ada pada hotel bajet. Kalau susah sangat nak buat pilihan, ikut sahaja kriteria yang kami telah senaraikan untuk memilih hotel bajet terbaik di Melaka.
Bandar warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO ini mempunyai tarikan tersendiri dengan kelebihannya. Negeri yang penuh dengan peninggalan sejarah menjadi satu mercu tarikan pelancong. Tak semestinya kita perlu keluarkan duit yang banyak untuk ke Melaka.
terima kasih atas perkongsian. Saya berkesempatan untuk menginap di 2 daripada 4 hotel yang dinyatakan. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang ditulis. Harga sangat berpatutan dan sangat selesa. Walaupun ianya dikatakan hotel baget tapi suasananya sama seperti hotel 3-4 bintang.