Senarai Hotel Butik Di Melaka

Ada ke hotel butik di Melaka? Ada, dan bukan setakat satu atau dua sahaja, tetapi lebih daripada itu. Buat mereka yang tidak biasa dengan tema hotel butik mungkin tidak faham. Mungkin pada gambaran mereka, hotel butik menyediakan pakej hotel yang adanya perniagaan butik.

Sebenarnya tidak.

Hotel butik menggunakan adaptasi konsep ‘butik’.  Memaparkan ‘baju’ yang eksklusif dan ‘rare’ buat peminatnya. Seperti sebuah butik, pakaian yang dijual di dalamnya sudah semestinya tidak dapat di pasaraya biasa.

Bagaimana Hotel Butik Ini Bermula

Perkembangan hotel butik mula berkembang pada tahun 1980 di kota-kota popular di Amerika dan Eropah. Perkembangan butik hotel yang dipelopori oleh Ian Schrager dan Steve Rubell membawa trasformasi dalam dunia perhotelan sehinggalah kini.

Apa Itu Hotel Butik Dan Keistimewaannya?

Setiap hotel butik memaparkan konsep dan dekorasi berlainan daripada hotel butik lain. Kebiasaannya hotel butik mempunyai kurang 100 bilik. Menjadikan ia cukup eksklusif buat penginap. Malah, setiap bilik mempunyai tema tersendiri berbeza dengan bilik yang lain. Wow gituu kan!

Banyak hotel butik terbaik di Melaka dilengkapi dengan bilik tamu yang luas, hiasan unik, konsep reka bentuk asli, dan perkhidmatan yang diperibadikan. Sesungguhnya hotel butik ini amat sesuai untuk mereka yang gemar travel dengan penuh gaya.

Reka bentuk hotel yang unik, stylish dan ‘out of the box’. Buat traveller yang sukakan ruang hiasan dan dekorasi yang tip top dan kebabomm inilah citarasa anda. Tambah-tambah setiap sudut hotel boleh jadi tempat OOTD. Wow, menarik kan! Semua reka bentuk yang ‘up to date’ mampu memberikan anda staycation terbaik. Malah mampu mengembirakan jiwa anda. Anda mencari tempat untuk tenangkan diri dalam masa yang singkat? Hotel butik lah pilihan terbaik anda.

Terdapat beberapa hotel butik terbaik di Melaka.

Rosa Malacca

Bentuk setiap binaan dan reka bentuk dalaman hotel yang melambangkan gaya hidup yang begitu menarik. Mengunakan konsep seni bina Eropah dengan dinding batu bata merah mampu membuatkan anda terpesona. Ya, dunia ‘Eropah’ ada di Rosa Malacca!

Menginap di sini membuatkan anda berasa berada di sebuah rumah di Eropah. Memaparkan gaya seni bina yang cukup memukau dengan pemandangan cantik dan begitu hebat. Kedudukannya kurang 1 km dengan berjalan kaki dari A Famosa dan Pusat membeli- belah Mahkota Parade. Jika anda letih berjalan, jangan risau, banyak Grab sekitarnya.

Penginap boleh menjamu selera di kafe Bica & Co berkonsepkan hipster gituu! Rosa Melaka juga ada di dalam Senarai Hotel Halal di Melaka. Jadi anda tidak perlu was-was apabila menjamu selera di sini.

Gym dan parking percuma turut disediakan. Konsep dekorasi yang bersifat imaginasi, realiti, ruang dan masa disatukan dalam Rosa Melaka!

Rekaan bilik tidur yang berkonsepkan perindustrian moden dengan kelengkapan moden seperti TV LED, Wi-Fi percuma, penyaman udara, dan kemudahan pengemasan harian. Gambar berikut adalah bilik Family Suite. Direka dengan keluarga, ia adalah suite lapang terbuka, sesuai untuk keluarga atau rakan-rakan seramai 6 orang. Dilengkapi dengan 2 katil bersaiz king yang selesa. Terdapat juga sebuah sofa yang boleh bertukar kepada katil apabila diperlukan.

rosa melaka - hotel butik melaka

Tempah bilik anda melalui aplikasi Agoda.

Rosa Melaka
Lokasi: 212, Jalan Parameswara, 75000, Melaka
Harga untuk 1 malam: RM187 – RM506, bergantung kepada jenis bilik dan promosi
Laman web: rosa.com.my
atau hubungi: +606-281 9888/+6012-901 1626

The Majestic Malacca Hotel

Lokasinya yang strategik di pusat bandar Melaka. Hotel lima bintang ini terletak berdekatan Gereja St. Peter dan Kubu A Famosa dan Medan Portugis.

Seni binanya yang cukup menakjubkan! Ruangan lobi mengambarkan keunikan tersendiri. Berkonsepkan dekorasi seni bina klasik dan gabungan kontemporari moden. Keunikan lantai jubin bercorak porselin dan luar biasa. Ruangan menunggu pula tersedia perabot kayu jati dengan ukiran klasik. Wow, cukup mengagumkan!

ruang lobi majestic hotel

Perpustakaan menjadi tarikan utama pelancong. Berkonsepkan sejarah pada zaman 1920. Anda dibawa menyelami zaman 90-an dengan suasana cukup menenangkan.  Ruangan yang menyediakan bacaan lama dan menarik. Wah, cukup luar biasa!

Ruangan bilik yang luas gabungan tradisi, moden dan mewah. Tab mandi yang selesa dan ruang bilik air yang mengagumkan. Dilengkapi tingkap besar menghadap Sungai Melaka dan Perkampungan Tradisional. Cukup menenangkan! Tersedia juga Gym dan kolam renang memberi keselesaan kepada penginap.

Kemudahan SPA Village yang berkonsepkan rawatan budaya Baba Nonya memberi suntikan kelainan. Gabungan hidangan pula dengan pelbagai budaya setempat bersama hidangan Kristang. Cukup memukau hati pengunjung! Jika anda ingin menyelami zaman kegemilangan Melaka, nah, inilah destinasinya!

The Majestic Malacca
188 Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia
Email: travelcentre@ytlhotels.com.my
Telefon: +606-289 8000
Laman web: www.majesticmalacca.com

Tempah bilik anda melalui aplikasi Agoda.

Senarai hotel butik di Melaka ini bukan senarai yang lengkap. Ada banyak lagi. Kami akan sentiasa mengemaskini senarai ini dari semasa ke semasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top