Senarai Hotel Halal Melaka

Senang sahaja nak mencari hotel halal Melaka. Rujuk sahaja senarai yang kami sediakan ini.

Bandar warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO ini penuh dengan peninggalan sejarah. Melaka adalah negeri pelancongan yang paling popular di Malaysia dan sering menjadi pilihan orang Malaysia untuk bercuti.

Melaka mempunyai banyak hotel, resort dan penginapan lain yang disediakan untuk pengunjung.

Jika Melaka pilihan anda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, pastikan anda periksa terlebih dahulu status halal hotel tersebut supaya anda tidak ragu-ragu menjamu selera di situ.

Walaupun terdapat lebih 300 hotel di Melaka, tak sampai 15% daripada jumlah tersebut mempunyai Pensijilan Halal Malaysia. Kita berharap agar lebih banyak pengusaha resort dan hotel di Melaka mempunyai kesedaran dan memohon sijil pengesahan halal itu melalui Bahagian ​Pengurusan Halal JAIM secepat mungkin supaya tiada syak wasangka dalam kalangan masyarakat serta pelancong Islam dari dalam dan luar negara.

Kesemua dapur resort dan hotel yang mendapat sijil pengesahan halal ini telah dibenarkan untuk menggunakan tagline Bufet Ramadan bagi membolehkan umat Islam memilih premis berkenaan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan tanpa was-was.

Berikut ialah senarai hotel di Melaka yang mendapat pengesahan sijil Halal dari JAKIM:

Senarai Hotel Halal Melaka Di Melaka Tengah

  • Air Keroh D’village Sdn Bhd
  • Amverton Heritage Resort
  • Ayer Keroh Country Resort
  • Bayou Lagoon Park Resort Sdn Bhd
  • Bayview Hotel
  • Casa Bonita Hotel
  • Estadia Hotel
  • Hatten Hotel (Melaka) Sdn Bhd
  • Hatten Place Sdn Bhd
  • Holiday Inn Melaka Hotel
  • Hotel Ames
  • Hotel Balik Pulau Sdn Bhd
  • Hotel Metrasquare
  • Hotel La Crista
  • Hotel Kobemas
  • Hotel Pantai Puteri
  • Hotel Sentral Riverview Melaka Sdn Bhd
  • Hotel Seri Costa
  • Hotel Seri Malaysia Melaka
  • Ibis Hotel
  • Imperial Heritage Hotel
  • Kings Green Hotel
  • Kings Hotel Melaka
  • La Boss Hotel Sdn Bhd
  • Marvelux Sdn Bhd
  • MITC Hotel
  • Mudzafar Hotel
  • Novotel Melaka
  • Rosa Hotel
  • Swiss Garden Hotel Melaka
  • Temasek Boutique Hotel Sdn Bhd
  • The Straits Hotel & Suites
  • Tun Fatimah Riverside Hotel
  • World Youth Hotel

Senarai Hotel Halal Melaka Di Alor Gajah

Di Alor Gajah, hanya dua hotel ini memegang sijil halal JAKIM.

  • A’famosa Resort Hotel Sdn Bhd
  • PNB Ilham Resort

Manakala, tiada hotel daerah Jasin yang memiliki Pensijilan Halal Malaysia.

Senarai hotel halal JAKIM di Melaka ini kami perolehi dari laman web Jabatan Agama Islam Melaka. Kali terakhir ia dikemaskini adalah pada 28 Januari 2021.

Semoga maklumat ini memberi manafaat kepada anda.

Untuk maklumat lanjut dan juga rujukan, anda boleh ke laman web JAIM di http://www.jaim.gov.my/. Kami tidak pautkan terus ke laman web tersebut kerana ia masih lagi tidak menggunakan https.

Hotel Halal Melaka

Jika ada hotel-hotel yang sudah mendapat Pensijilan Halal Malaysia tetapi tidak disenaraikan di sini, sila nyatakan di ruang komen di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top