Promosi Bufet Ramadan 2021 Kembali

Betul! Ada beberapa hotel dan restoran telah pun memulakan promosi bufet Ramadan mereka. Dan sudah tentu yang menempah lebih awal akan dapat harga yang lebih murah.

Masih tercari-cari bufet berbaloi Ramadan kali ini? Jom lihat senarai yang kami telah sediakan ini.

Senarai Promosi Bufet Ramadan Melaka 2021

Beriftar Bufet Dengan Dentuman Bunga Api Dan Keajaiban Firefly

Inginkan kelainan semasa berbuka puasa di bulan Ramadan kali ini? Beriftar Bufet dengan pertunjukan bunga api di A’Famosa Resort.

afamosa resort beriftar dengan dentuman bunga api

Dewasa: RM79. Beli 5 dan dapatkan 1 percuma.
Kanak-kanak dan warga emas: RM59
Masa : 6:30pm – 9pm

Harga di atas adalah termasuk tiket ke Firefly Magical Light Show di Freeport A’Famosa Outlet yang bernilai RM28.

Bertempat di :
A’Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka(Malacca), Malaysia
Tel: +(60)6-552 0888
Email : enquiries@afamosa.com

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi menerusi aplikasi Whatsapp +60 11-1600 0002.

Buffet Muhibbah Hot Chicken Chop Melaka

Berbuka puasa di Hot Chicken Chop Melaka dengan gabungan tiga citarasa. Masakan Melayu, western dan steamboat.

Buffet Muhibbah Gabungan Tiga Citarasa

Banyak sangat hidangan menarik dan lazat. Ada 60 hidangan tersedia yang dihidangkan:

  • Masakan barat – Ada chicken chop dan juga spaghetti aglio olio
  • Masakan Melayu – Ada siput sedut masak lemak, telur cencaluk, pisang muda masak lemak dan bermacam lagi
  • Steamboat
  • Ikan bakar
  • Sate
  • Pizza
  • Desert dan pelbagai kuih muih – Cendol, sagu gula melaka, puding jagung …
  • Minuman panas
  • Minuman sejuk – Ada sirap bandung

Lihat senarai penuh bufet berbuka puasa Hot Chicken Chop Melaka di sini

Hot Chicken Chop Melaka

Paling seronok ada disediakan ruang solat untuk pelanggan lelaki dan perempuan. Surau pun selesa dan berhawa dingin. Orang Melaka tunggu apa lagi.

Dewasa: RM49.90
Kanak-kanak dan warga emas: RM39.50
Masa : 7pm-10pm
Bertempat di : Hot Chicken Chop Melaka. No 23,Jalan TTC 26A, Taman Teknologi Cheng, 75260 Melaka. Sebelah NSK.

Untuk pertanyaan dan booking, anda boleh hubungi:

  • Haziq 014-266 6214
  • Hazirah 019-732 0196

Perhatian: Harga pembelian awal (early birds), iaitu diskaun sebanyak RM10 seorang, masih lagi sah untuk semua tempahan yang dibuat sebelum 21 April 2021.

Buffet Ramadan di SH Event Hall

Promosi bufet ramadan SH Event Hall

Apa yang menarik di SH EVENT HALL (Nasi Ayam Izzul)

  • Parking luas
  • Surau disediakan
  • Aircond
  • Hall yang selesa
  • Lucky draw first raya

Melihat kepada menu yang akan disediakan semasa bufet ramadan nanti, ada pelbagai pilihan menarik dan harga yang ditawarkan amat berbaloi. Harganya juga merupakan harga bufet ramadan yang terendah bila dibandingkan dengan tawaran lain dalam Senarai Bufet Ramadan MelakaCool kali ini.

So … cepatlah sikit buat booking ya, benda murah dan sedap ni biasanya cepat jer habis.

Menu bufet ramadan SH Event Hall Tanjung Minyak Melaka.

Dewasa: RM27.90
Kanak-kanak: RM13.50
Masa : 6.30pm-10pm
Bertempat : Sh Event Hall (atas Nasi Ayam Izzul). Boleh waze Nasi Ayam Izzul. Sederet kedai ECO RM2.10 Tanjung Minyak.

Untuk pertanyaan dan booking, anda boleh hubungi SH Event Hall melalui applikasi whatsapp http://www.wasap.my/60102778366/TempahanBuffetRamadhan atau hantarkan email ke ainaroslan88@yahoo.com.

Pautan ke FB Page SH Event Hall dan Instagram SH Event Hall.

Bufet Juadah Warisan di Hotel LaCrista Melaka

Promosi Bufet Ramadan Hotel LaCrista Melaka
Buffet Ramadan Hotel LaCrista Melaka

Hidangan ‘RARE’ Penyeri Bufet Ramadan Hotel LaCrista Melaka. Menu unik seperti sup torpedo, bihun sup lidah dan nasi arab kepala kambing antara hidangan lazat bakal disajikan bagi buffet Ramadan di Hotel LaCrista Melaka, bermula 13 April hingga 12 Mei depan.

Hotel LaCrista juga akan memperkenalkan menu warisan yang sukar didapati di Melaka seperti nasi dagang Terengganu dan kurma daging Perlis bagi menarik orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa di hotel selepas setahun negara dilanda pandemik COVID-19.

Tidak kurang dari 250 menu akan disediakan dengan promosi bufet ramadan serendah RM98 bagi dewasa dan RM68 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Bufet Juadah Warisan ini akan diadakan setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 7 malam dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Untuk dapatkan harga early birds iaitu RM88 bagi setiap dewasa, pembelian awal baucar boleh dibuat sebelum 12 April.

Maklumat lanjut di Facebook Hotel LaCrista Melaka atau hubungi 06-281 6868.

Ramadan Buffet Dinner Di Hatten Hotel Melaka

bufet ramadan hatten hotel melaka

Hatten Hotel Melaka pun sudah mulakan promosi bufet ramadan mereka. Harga early birds RM79 ini sah jika tempahan dibuat untuk sekurang-kurangnya 2 orang sebelum 11 April.

Tidak pasti apa yang menarik pada menu mereka. Pada masa artikel ini ditulis, hanya harga dan tarikh promosi pembelian awal sahaja yang dinyatakan.

Dewasa: RM79
Warga Emas (55 tahun & ke atas): RM73.50
Kanak-Kanak (5 – 12 tahun): RM49

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Haten Hotel Melaka.

Destinasi Selera Di ibis Melaka

destinasi selera ramadan buffet ibis melaka

Kami nampak kambing di gambar promosi bufet ramadan ibis Melaka. Selain kambing golek, satenya pun nampak sungguh menyelerakan.

Harga promosi yang ditawarkan ialah RM58. Diskaun sebanyak 40% dari harga asal yang berharga RM98 seorang. Harganya agak berbaloi tetapi ingat, harga ini hanya sah kalau tempahan dibuat sebelum 7 April.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi 06-222 8809.

Lambaian Rasa Bonda Ramadan Buffet Dinner Di Holiday Inn Melaka

ramadan buffet holiday inn

Apa yang menarik di Holiday Inn Melaka?

  • Ayam Goreng Lombok Hijau
  • Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
  • Kari Kepala Ikan
  • Ayam Ungkep
  • Kambing Golek
  • Paru Rangup Goreng Cili Berlada
  • Ikan Bakar

Holiday Inn Melaka menawarkan pembelian baucar untuk 6 orang dengan harga RM480. Ini menjadikan harga untuk seorang ialah RM80 jika pembelian baucar dibuat sebelum 13 April. Hampir 25% diskaun berbanding dengan harga asal di bawah.

Dewasa: RM108
Warga Emas & Kanak-Kanak: RM55
Masa : 7.00pm – 10.00pm
Tarikh: 13 April – 11 May 2021
Tempat: Es.sense Kitchen Holiday Inn Melaka

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembelian baucar dan tempahan, sila hubungi Holiday Inn Melaka di 019-656 1888 atau e-mel essense@holidayinnmelaka.com

Citarasa Nostalgia di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park merupakan sebuah taman budaya di Ayer Keroh, Melaka. Taman ini mempamerkan rumah-rumah tradisional dari setiap negeri di Malaysia dan juga dari setiap negara ahli ASEAN.

Ramadan kali ini, nak berbuka puasa di Mini Malaysia pun boleh.

Citarasa Nostalgia Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Kalau ada yang rindukan masakan kampung, tak perlu pergi jauh-jauh. Merentas negeri pun tak boleh, kan? Apa kata kita berbuka di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park. Ia menyajikan keunikan pelbagai buffet berbuka puasa berkonsepkan ‘Ala Kampung’. Setiap hari, menu menarik disediakan dengan harga bufet ramadan yang sangat berbaloi:

Dewasa: RM68
Kanak-kanak/Warga Emas: RM38

Makanan-makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka dan berubah menu setiap hari. Kambing golek pun ada. Apa tunggu lagi, jom ke Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park untuk berbuka puasa

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungai http://www.wasap.my/60133138686/CitarasaNostalgia.

Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadan 2021 di Malaysia

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442. Sumber tarikh kami adalah dari Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Fail boleh dimuat turun dalam bentuk PDF di laman web JAKIM.

Tarikh 13 April 2021 ini juga sudah pun dicetak pada kebanyakan kalendar tahun 2021. Cuma pengisytiharan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan dibuat secara lansung kemudian.

Sambutan Ramadan di Malaysia pada tahun lepas sangat berbeza sekali. Umat Islam menjalani hari pertama ibadah puasa tahun lepas dalam waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu tersebut, umat Islam perlu mematuhi SOP PKP di mana tiada solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan juga solat Tarawih di masjid dibenarkan. Hanya AJK masjid sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat fardu 5 waktu di masjid.

Tahun 2021 ini, kita sudah boleh bertarawih di masjid-masjid mengikut kapasiti yang ditetapkan.

Alhamdulillah.

Ramadan VS Ramadhan?

Ejaan yang betul: Ramadan
Rujukan: prpm.dbp.gov.my

Penyesuaian ejaan Ramadhan kepada Ramadan telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan Ramadan dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi.

Entri Ramadan walaupun ditulis begitu, kita bebas menyebutnya dengan bunyi dhod. Tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak.

Begitu juga dengan perkataan buffet. Yang betulnya ialah bufet dan bukannya buffet. Jadi, penggunaan yang betul ialah Promosi Bufet Ramadan dan bukannya Promosi Buffet Ramadhan.

Jom gunakan ejaan yang betul selepas ini.

2 thoughts on “Promosi Bufet Ramadan 2021 Kembali”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top