Taman Mini Malaysia

Pernahkah anda melawat satu tempat di mana anda dapat melihat keseluruhan ciri-ciri budaya setempat melalui jenis-jenis rumahnya? Taman Mini Malaysia adalah jawapannnya! Para pelancong luar Negara khusunya yang berkunjung di sini dapat mengetahui dengan mudah cara dan ciri-ciri yang terdapat pada Negara Malaysia hanya dengan melawat rumah-rumah yang tersedia di sini. Dengan hanya satu tempat, para pelancong dapat melihat keseluruhan Malaysia melalui ruma-rumah tradisinya. Bersebelahan dengan Taman Mini Malaysia ini terdapat juga Taman Mini Asean yang menempatkan rumah-rumah di Negara Asean.

Taman Mini Malaysia ini umpama sebuah muzium terbuka yang mempamerkan sebanyak 13 buah rumah tradisional bagi penduduk di seluruh Malaysia. Kesemua rumah ini dibina mengikut saiz asal dan juga dilengkapi ciri-ciri asli mengikut kesesuaian adat dan budaya yang ingin ditonjolkan. Rumah-rumah yang ada telah dibina oleh jurubina yang terbaik bagi mengekalkan keaslian ciri-ciri Malaysia yang cuba ditonjolkan. Terdapat hiasan kebudayaan yang dipamerkan di dalam rumah-rumah di sini mengikut negeri-negeri yang dinyatakan seperti labu sayong, kain tenunan dan juga aktiviti kraftangan yang biasa dijalankan mengikut negeri di Malaysia turut dipamerkan.

Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM12 bagi dewasa dan RM6 pula bagi kanak-kanak. Kepada para pelajar dengan kad pelajar, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kadar rata ini dikenakan kepada semua lapisan pengunjung termasuk warga asing mahupun warga tempatan. Taman Mini Malaysia ini beroperasi bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Terdapat juga pertunjukan kebudayaan secara berkala di pentas budaya di sini. Bagi pengunjung yang ingin merakamkan saat indah dan juga panorama menarik di dalam Taman mini Malaysia ini, mereka akan dikenakan bayaran bagi membawa kamera ataupun video kamera bermula dari RM1 hingga ke RM5 mengikut kumpulan atau individu. Tempat parking kereta turut disediakan secara percuma tetapi kebiasaannya akn penuh pada hari cuti. Berdekatan kawasan parking dan di dalam kawasan taman juga terdapat gerai kraftangan yang dijual untuk para pengunjung luar.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan senibina rumah yang tersendiri tanpa disedari. Kini, ramai yang tinggal di rumah bertingkat, dinding daripada konkrit dan berbumbungkan genting. Maka, seni warisan ini wajar diperkenalkan kepada generasi muda supaya warisan senibina Malaysia tidak langsung dilupakan masyarakat setempat terutamanya dan juga bakal menjadi tatapan pelancong luar tentang keunikan Malaysia.

For more information, please contact the Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN Office at +606-232 1331/1351. Alternatively you also could contact Tourism Malaysia Melaka Office at +606-288 3304/1549/3785.

2 thoughts on “Taman Mini Malaysia”

  1. Mini Malaysia & Asean Cultural Park

    Hi, I’m from Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Ayer Keroh Melaka. We would like to inform you that Taman Mini Malaysia already rebranding with the new name Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park.We would like to share this info with Amazing Melaka because the info at your wordpress is the old information. Here are the details about our new Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
    Details:
    -Admission Fee
    Adult – RM18.00
    Child – RM10.00
    Student – RM12.00
    **Inclusive of 6%GST

    -There are no charges imposed on camera or video camera.
    -Operation Hour
    Open daily from 9.00 a.m. to 5.30 p.m.
    Saturday & Sunday 9.00 a.m to 6.00 p.m.

    -Cultural performances at Pentas Teja are available at the following time:
    Monday – Thursday – 11.00 a.m. & 2.30 p.m

    Friday,Saturday, Sunday, School Holidays and Public Holidays
    – 11.00 a.m.and 4.00 p.m.

    -Contact Details
    Kenako Events & Management Sdn. Bhd.
    Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
    Lebuh Ayer Keroh, 75450, Melaka, Malaysia.
    Tel: 06 234 9988/89
    Fax: 06 234 9889
    Email: enquiry@minimalaysiaasean.com
    Website: http://www.minimalaysiaasean.com
    If you have any enquiry do not hesitate to call Mr Hafiz Hashim, at this number 06 234 9989/88. Thank you.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top