Melakacool telah mencuba perkhidmatan ini dan kami akan menerangkan langkah-langkah untuk penggunaan sistem eBayar Melaka ini.
Zaman moden kini, perkhidmatan online merupakan kaedah paling mudah untuk pembayaran. Pembayaran di kaunter mengambil masa yang lama walaupun sebenarnya transaksi hanya mengambil masa singkat. Proses menunggu giliran menyebabkan kita telah membazir masa dan juga wang untuk ke pejabat pembayaran. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif yang baik apabila memperkenalkan gerbang pembayaran online bagi perkhidmatan di agensi kerajaan negeri Melaka.
Melalui gerbang pembayaran online dibawah Kerajaan Negeri Melaka juga menjadi satu pusat sehenti untuk pembayaran agensi kerajaan. Anda tidak perlu lagi ke kaunter untuk menyelesaikan. Menariknya lagi kebanyakan pembayaran online juga berpusat. Anda tidak perlu melayari pelbagai laman web agensi untuk membuat pembayaran
Laman Portal ebayar telah menempatkan gerbang pembayaran untuk 7 agensi kerajaan iaitu
- Perbadanan Ketua Menteri Melaka
- Jabatan Ketua Menteri Melaka
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
- Lembaga Perumahan Melaka
- Majlis Perbandaran Alor Gajah
- Majlis Perbandaran Jasin
- Pusat Zakat Melaka
Ia memberikan kemudahan bukan sahaja kepada rakyat Melaka malahan kepada orang luar Melaka yang mempunyai urusan di Melaka. Laman web untuk pembayaran tersebut seperti di url https://ebayar.melaka.gov.my/
Melakacool telah mencuba perkhidmatan ini dan kami akan menerangkan langkah-langkah untuk penggunaan sistem eBayar Melaka ini.
Cara Menggunakan Perkhidmatan eBayar Melaka
1) Pergi ke url ebayar.melaka.gov.my

2) Jika anda belum mendaftar boleh klik register

3) Selepas mendaftar anda akan diberikan pengaktifan dan boleh login ke sistem ebayar

4) Dalam dashboard sistem tersebut anda diberikan pilihan untuk membayar perkhidmatan dari agensi kerajaan. Pilih agensi untuk pembayaran

5) Setelah melakukan pemilihan agensi, anda dikehendaki memasukkan nombor unik. Kebiasannya nombor akaun

6) Dalam menu ini anda akan diberikan penerangan tentang amaun yang perlu dibayar serta bank pembayaran.
Kebiasannya , anda akan dikenakan caj perkhidmatan bank .

7) Selepas itu anda akan login akaun bank online secara terus sehingga selesai pembayaran.

8) Selepas proses di bank selesai, anda akan menerima resit bukti pembayaran online.

Jangan lupa untuk menyimpan atau cetak untuk bukti dikemudian hari.
Mudah bukan? Kurang dari 3 minit proses pembayaran yang kami lakukan selesai. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi
Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Aras 1, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
MALAYSIA
+606-3333333 ext 7656/7749
Emel pentadbir Sistem eBayar Melaka : ebayar_admin@melaka.gov.my
Nampaknya Melaka semakin maju dalam penggunaan teknologi terkini dalam kehidupan seharian. Selain daripada sistem ebayar melaka, kita telah pun melaksanakan penggunaan Smart Meter TNB dan juga Smart Parking Melaka.
Korang rasa apa lagi sistem yang patut dilaksanakan di Melaka?