Gabungan antara bangunan moden, rumah peranakan yang berwarna-warni dan bangunan kolonial Belanda di Melaka, The Nest House tampil dengan gaya kontemporati, seni yang berwarna hitam putih serta menonjolkan pemandangan bandar Melaka.
Perkara pertama yang anda akan nampak ketika anda menghampiri hotel adalah sebuah lukisan burung yang sangat besar. Ia adalah hasil seni artis Australia Melaine Bayoud, sahabat lama Encik Tong Chye Kiam.
Semasa anda merayau-rayau di dalam tempat ini, anda akan menemui banyak reka bentuk menarik dan perhiasan pilihan yang sesuai dengan tema alam, burung dan sarangnya.
Terdapat pemegang pintu bulu raksasa di pintu masuk, kusyen dengan rekaan burung, sarang burung di ruang lobi dan juga di bilik-bilik penginapan. Terdapat hiasan logam burung seperti burung enggang, burung hantu dan banyak lagi. Seperti menceritakan tentang betapa bermaknanya burung bagi pemilik hotel ini.
Sebagai pelanggan, terasa seperti burung kecil yang kembali ke sarangnya yang selamat.
Bilik-Bilik di The Nest House Melaka
Terdapat beberapa jenis bilik seperti:
- Standard Queen Room
- Deluxe Queen Room
- Deluxe Twin Room
- Deluxe King Room
- Premium King Room with own Garden
Setiap bilik dilengkapi dengan ruang tempat duduk, TV skrin rata dengan saluran satelit serta bilik mandi peribadi dengan pengering rambut dan pancuran mandian.
Harga setiap bilik untuk semalam adalah dalam lingkungan RM126 – RM185. Tidak dibenarkan merokok di semua bilik menjadikan ini pilihan mereka yang benci dengan bilik hotel yang berbau asap rokok.
Tempah bilik anda melalui Agoda.
Biliknya pula, tidak ada dua bilik yang sama. Setiap bilik dirancang secara berasingan tetapi semuanya disusun dengan sempurna. Terdapat banyak karya seni unik yang dilakar di lokasi menarik seperti almari pakaian dimana anda boleh mengambil gambar kenangan ketika menginap disitu.
Menariknya apabila setiap bilik dinamakan sempena jalan di Melaka seperti Jonker Walk, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Bunga Raya, Jalan Parameswara, Jalan Hang Jebat, The Stadthuys dan Jalan Portugis.
Itulah keunikan tentang hotel butik 10 bilik yang dikendalikan oleh Encik Tong dan keluarganya. Hotel butik dengan konsep tradisional nyonya ini menyambut pengunjung dengan kuih muih tradisional serta minuman sarang burung.
Bersesuaian dengan namanya, pemilik hotel butik ini juga menjalankan perniagaan sarang burung yang merupakan minuman kesihatan yang cukup popular terutama di kalangan masyarakat Cina.
The Nest House Amat Sesuai Untuk Gambar Instagram Anda
Lukisan grafiti di dinding taman atas bumbung juga menjadikan hotel ini berbeza dari hotel butik lain yang anda pernah tinggal.
Terdapat juga gambar-gambar menarik digantung di hotel butik ini yang diambil oleh jurugambar terkenal Australia Kerry McConnachie.
Hotel ini direka untuk menampilkan ciri-ciri mesra alam melalui pengudaraan di tepi bangunan untuk terus sejuk dan menikmati cahaya luar. Dengan pencahayaan yang baik, keperluan lampu elektrik pada siang hari diminimumkan oleh pengurusan hotel ini. Cahaya semulajadi ini jugalah yang pasti menjadikan gambar-gambar anda menarik di Instagram.
Di atas bumbung juga terdapat panel solar yang menjana sebahagian bekalan kuasa hotel ini.
Terdapat pantri yang membolehkan anda menyediakan sendiri minuman dan makanan ringan dengan selesa.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi
The Nest House
129, Jalan Melaka Raya
(tersembunyi di jalan belakang alamat ini)
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
Tel: 06-283 1118
Link untuk ke Nest House melalui Google Maps.
The Nest House terletak di kawasan yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan lain.
Hanya perjalanan lima minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan Melaka Megamal, 10-minit ke A Famosa dan 15 minit ke Jonker Walk. Tempat-tempat menarik yang popular berhampiran dengan hotel ini termasuklah Menara Taming Sari, Muzium Warisan Baba & Nyonya dan The Stadthuys.
Sememangnya anda berada di tengah-tengah Bandaraya Bersejarah Melaka. Anda juga boleh mencuba untuk menaiki beca untuk bersiar-siar di kawasan Melaka yang terkenal dengan pelancongan ini.
Anda boleh juga menginap di Casugria Boutique Residence, iaitu vila warisan Belanda yang terakhir di Melaka.