Nest House, lokasi penginapan unik di Melaka

Gabungan antara bangunan modem, rumah Peranakan yang berwarna-warni dan bangunan kolonial Belanda di Melaka, The Nest House tampil dengan gaya kontemporati, seni yang berwarna hitam putih serta menonjolkan pemandangan bandar Melaka.
Itulah keunikan tentang hotel butik 10 bilik yang dikendalikan oleh Tong Chye Kiam dan keluarganya. Hotel butik dengan konsep tradisional nyonya ini menyambut pengunjung dengan kuih muih tradisional serta minuman sarang burung.
Bersesuaian dengan namanya, pemilik hotel butik ini juga menjalankan perniagaan sarang burung yang merupakan minuman kesihatan yang cukup popular terutama di kalangan masyarakat Cina.

Dihadapan bangunannya terpapar gambar lukisan besar burung hasil karya artis Australia, Melanie Bayoud yang merupakan sahabat lama Tong.
Didalam hotel itu anda akan menemui banyak ikon yang direka khas sesuai dengan tema alam semula jadi, burung dan sarang. Terdapat pintu gerbang gergasi di pintu masuk, kusyen rancangan burung dan sarang burung di ruang lobi dan bilik seperti menjemput anda masuk ke hotel ini.
Selain itu terdapat banyak patung, lukisan burung yang menceritakan tentang betapa bermaknanya burung bagi pemilik hotel ini.

Terdapat banyak karya seni unik yang dilakar di lokasi menarik seperti almari pakaian dimana anda boleh mengambil gambar kenangan ketika menginap disitu.
Lukisan grafiti di dinding taman atas bumbung juga menjadikan hotel ini berbeza dari hotel butik lain yang anda pernah tinggal.

Terdapat juga gambar-gambar menarik digantung di hotel butik ini yang diambil oleh jurugambar terkenal Australia Kerry McConnachie.
Terdapat beberapa jenis bilik seperti premium king, deluxe king, deluxe twin, deluxe queen dan standard queen.
Menariknya apabila setiap bilik dinamakan sempena jalan di Melaka seperti Jonker Walk, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Bunga Raya, Jalan Parameswara, Jalan Hang Jebat, The Stadthuys dan Jalan Portugis.

Hotel ini direka untuk menampilkan ciri-ciri mesra alam melalui pengudaraan di tepi bangunan untuk terus sejuk dan menikmati cahaya luar.Dengan pencahayaan yang baik, keperluan lampu elektrik pada siang hari diminimumkan oleh pengurusan hotel ini.
Di atas bumbung juga terdapat panel solar yang menjana sebahagian bekalan kuasa hotel ini.

Terdapat pantri yang membolehkan anda menyediakan sendiri minuman dan makanan ringan dengan selesa.The Nest House terletak di kawasan yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan lain.
Hanya perjalanan lima minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan Melaka Megamal, 10-minit ke A Famosa dan 15 minit ke Jonker Walk .Anda jua  boleh mencuba untuk menaiki beca untuk bersiar-siar di kawasan Melaka yang terkenal dengan pelancongan ini.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi

The Nest House
129, Jalan Melaka Raya
(tersembunyi di jalan belakang alamat ini)
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
Tel: 06-283 1118

Atau Layari laman Web The Nest House di The Nest House

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.