Bukan mudah untuk mencari hotel murah di Melaka, lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah ni. Masa ni lah Melaka menjadi tumpuan, terutamanya di hujung minggu. Memang susahlah nak dapatkan hotel bajet di Melaka pada waktu ini. Tetapi jangan risau, Agoda kan ada.
Jika anda merancang untuk percutian bajet ke Melaka di musim cuti, tetapi tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai, apa kata anda merancang percutian anda pada tarikh-tarikh akhir bulan Disember. Walaupun masih cuti sekolah, tapi ramai dah mula sibuk dengan persiapan persekolahan pada masa tu. Kami dah survey dan kami dapati masih terdapat banyak hotel murah di Melaka, di sekitar Bandaraya Melaka dan juga Jonker Street, untuk dipilih.
Kebanyakannya hanya 15 minit dari tempat lawatan popular. Harga yang kami survey adalah di antara RM50 sehingga RM150. Ya, betul, yang berharga RM50 pun ada. Berikut disenaraikan beberapa hotel murah di Melaka untuk korang survey.
Senarai 4 Hotel Murah Di Melaka Dengan Harga Berpatutan Tetapi Kemudahan Yang Wow!
1. Angsana Hotel Melaka. Hotel Murah di Melaka Pilihan Kami.
Angsana Hotel Melaka adalah pilihan yang popular di kalangan pelancong di Melaka. Banyak kemudahan dan perkhidmatan hotel yang boleh digunakan sama ada anda melancong atau ke Melaka untuk urusan perniagaan. Termasuk kemudahan mesyuarat, tempat letak kereta, lif, perkhidmatan dobi / cucian kering dan juga Wi-Fi.
Kakitangan yang mesra, kemudahan yang hebat dan berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik di Melaka adalah tiga sebab utama anda harus menginap di Angsana Hotel Melaka.
Dengan hanya RM56 untuk satu malam, ia boleh dikategorikan sebagai hotel bajet di Melaka. Dengan harga tersebut sukar hendak bayangkan yang hotel ini adalah sebuah hotel 3 bintang.
Angsana Hotel Melaka ialah sebuah hotel 3 bintang yang beralamat di 89, Jalan Ujong Pasir, Pusat Bandar Melaka, 75050 Melaka. Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang berdekatan dengan hotel:
- A’famosa (Porto De Santiago) – 1.92 km
- Malacca Sultanate Palace Museum – 1.93 km
- St. Paul’s Church – 2.01 km
- Christ Church – 2.09 km
- Dataran Stadthuys – 2.11 km
- Cheng Ho Cultural Museum – 2.21 km
- Menara Taming Sari – 2.25 km
- Jonker Street – 2.28 km
Buat tempahan anda di sini.
2. Mercury Boutique Hotel Melaka
Mercury Boutique Hotel adalah hotel 3 bintang yang beralamat di No. 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, Pusat bandar Melaka, 75000 Melaka.
Semasa kami survey, harga penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang dewasa, iaitu dari 29 Dis sehingga 31 Dis adalah RM89/malam.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang berdekatan dengan hotel murah ini ialah:
- Muzium Maritim – 370 m
- Menara Taming Sari – 260 m
- A’famosa (Porto De Santiago) – 560 m
- Jonker Street – 760 m
- Dataran Stadthuys – 730 m
- Gereja St. Paul – 560 m
- dan banyak lagi
Buat tempahan anda di sini.
3. Seri Costa Hotel Melaka
Seri Costa Hotel adalah hotel 3 bintang yang beralamat Jalan PM8, Plaza Mahkota, Pusat bandar Melaka, Melaka.
Harga Seri Costa lebih murah berbanding Mercury Boutique Hotel. Semasa kami survey, harga penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang dewasa adalah RM53 untuk satu malam.
Buat tempahan anda di sini.
4. Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka terletak di No. 16, Jalan Syed Abdul Aziz, Pusat bandar Melaka, Melaka. Berbanding dengan dua hotel di atas, hotel ini bertaraf 4 bintang. Untuk Apartment 1 Bilik Tidur, harganya hanyalah RM113 untuk satu malam.
Kalau dilihat pada gambar biliknya, agak selesa juga. Di hotel ini juga ada kolam renang. Mana lah tahu kalau tiba-tiba tak nak layan kesesakan lalu lintas di Melaka, bolehlah lepak di kolam renang.
Buat tempahan anda untuk Mahkota Hotel Melaka di sini.
Nah … 4 buah hotel murah di melaka untuk anda pilih jika hendak bercuti di Melaka dan tidak memecahkan dompet.