Pasar Besar Borong Mydin Jasin – Pembukaan Cawangan Terbaharu di Jasin, Melaka

Mydin merupakan pasar besar borong ternama yang dimiliki oleh rakyat tempatan. Ia mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Melaka. Pengurusan Mydin memandang potensi pelaburan yang tinggi di Melaka dimana terdapat cawangan di Mydin di Melaka Sentral dan pasaraya besar Mydin di Ayer Keroh, MITC. Terbaharu, Mydin membuka cawangan di Jasin.

mydin-jasin

LOKASI MYDIN JASIN

Lokasi Pasar Besar Borong Mydin Jasin terletak di lot PT 8537, Seksyen 1, Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka. Lihat peta lokasi seperti di bawah

lokasi-mydin-jasin

PEMBUKAAN MYDIN JASIN

Mydin Jasin telah mula beroperasi pada 29 Mac 2013 yang lalu. Bersempena dengan pembukaan hypermarket pertama di Jasin itu, terdapat majlis dan aktiviti berlangsung pada 29 – 31 Mac 2013. Terdapat banyak aktiviti diadakan seperti :-

1. Ujibakat menjadi juru hebah, pembaca berita dan pengacara tv dan radio

2. Pertandingan Mencanting Batik

3. Pertandingan Karaoke Terbuka

4. Konsert artis 60-an

5. Majlis Perasmian Mydin Bandar Jasin Bestari, Melaka yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka

6.  Konsert IM4U oleh Melakafm

7. Pertandingan Mewarna

8. Sambutan Hari RTM ke 67 Tahun

9. Persembahan bunga api

majlis-perasmian-mydin-jasin-bestari

Majlis Perasmian telah diadakan pada 30 Mac 2013 yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Pada malam tersebut ramai pengunjung yang hadir mendengar ucapan perasmian serta menyaksikan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengurusan Mydin.

APA YANG ADA DI MYDIN JASIN

mydin-jasin-mall

Mydin Jasin memberikan peluang terutamanya kepada penduduk sekitar Jasin untuk mendapatkan pelbagai barangan di sebuah pasaraya besar. Hampir kebanyakan barangan harian boleh didapati di sini. Selain dari pasaraya Mydin terdapat juga lot-lot kedai perniagaan di dalam bangunan pasaraya besar Mydin ini. Selain itu terdapat kart di ruang legar Mydin dimana peniaga kecil-kecilan menjual barang jualan.Ketika saya ke Mydin Jasin, didapati hampir 80% lot perniagaan telah diisi dengan pelbagai perniagaan termasuk satu lot yang akan diisi oleh Restoran Marrybrown.

Selain dari lot perniagaan, terdapat ruang medan selera (‘food court’) yang disediakan dalam bangunan itu. Pelbagai aneka juadah di ‘food court’ yang dinamakan sebagai ‘ Rasa Village’. Selain itu bagi penggemar makanan mamak, Restoran Nasi Kandar Padang Kota membuka cawangannya di Mydin Jasin itu. Pasti ia memberikan lebih pilihan kepada pengunjung samada yang ingin membeli belah di Mydin ataupun sekadar ingin merasakan kenikmatan makanan di situ.

mydin-jasin-food-court

Kemudahan asas seperti tandas, surau , tempat penyusuan bayi, telefon awam, kerusi rehat , ATM serta tempat letak kenderaan disediakan. Mungkin ianya baharu dibuka dan terdapat beberapa kelemahan dalam penyediaan kemudahan asas seperti ATM dimana hanya ada sebuah mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pengguna bank lain yang terpaksa menggunakan khidmat MEPS atau terpaksa mencari ATM lain yang agak jauh dari lokasi Mydin.

Selain itu tempat letak kereta juga kurang sehingga mengakibatkan ramai pengunjung yang terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan.  Ini sedikit sebanyak menganggu pergerakan pengunjung yang sukar untuk melakukan aktiviti beli belah disana.

Secara keseluruhannya, kewujudan Mydin Jasin akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk Jasin kerana terdapat ramai pengunjung luar terutamanya dari Muar, Johor yang singgah untuk membeli barangan di Mydin. Sedikit sebanyak ia akan menjana pendapatan penduduk sekitar.

Kepada penduduk sekitarnya, datanglah ke Mydin Jasin untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga terbaik.

 Kredit Gambar : Facebook Mydin Holding

2 thoughts on “Pasar Besar Borong Mydin Jasin – Pembukaan Cawangan Terbaharu di Jasin, Melaka”

Leave a Reply to Man K Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.