Glamping Melaka: Kemewahan Menikmati Alam Semulajadi

Glamping Melaka? Ada ke tempat menarik untuk Glamping di Melaka?

Glamping adalah trend baru yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua dunia iaitu kemewahan hotel dengan keindahan alam semulajadi. Berbanding aktiviti perkhemahan, glamping yang berasal daripada sambungan perkataan glamour dan camping lebih menyeronokkan.

Berikut adalah beberapa kebaikan glamping:

  1. Mudah: Glamping lebih mudah dari perkhemahan conventional. Anda tidak perlu bawa apa-apa pun peralatan perkhemahan. Cukup booking online, bayar, dan bawa diri anda seperti anda ke mana-mana hotel. Semua peralatan sudah disediakan. Khemah pun lengkap dengan tilam empuk dan juga penyaman udara. Makanan disediakan. Tandas selesa juga berdekatan.
  2. Memberikan pengalaman baru dalam berkemah: Mungkin anda bukan seorang yang suka kan outdoor, tetapi ingin merasakan suasana berkhemah. Glamping memberikan gabungan unik kemewahan, alam semula jadi, dan ketenangan dengan pemandangan panorama yang menakjubkan, kehijauan yang subur, dan kemudahan moden.
  3. Dan of course Instagramable: Tidak bermakna percutian kalau tak boleh upload story ke instagram kan, ha.. ha.. ha!

Salah satu perkara terbaik tentang glamping di Melaka adalah peluang untuk mengalami keindahan alam semulajadi dengan cara yang selesa dan mewah. Anda boleh bangun dengan bunyi burung berkicau, desiran suara ombak menghempas pantai dan udara segar, dan kemudian menghabiskan hari anda menikmati persekitaran semulajadi yang indah.

Sama ada anda mencari percutian romantis atau percutian keluarga, glamping Melaka adalah pilihan yang sempurna.

Tetapi, glamping Melaka di mana? Di Melaka, terdapat beberapa tapak glamping yang menarik.

The Baruh Glamping di Pantai Puteri Melaka

Baruh Glamping menawarkan konsep bermalam di kawasan pantai. Ia terletak berhadapan Pantai Puteri, Melaka. Ia menawarkan pengalaman glamping sambil menikmati suasana pantai yang mendamaikan.

Tempat glamping yang bersih dan santai untuk yang inginkan kelainan dan banyak aktiviti yg menarik disediakan seperti menonton pertunjukan api dan filem di kawasan pantri terbuka serta berkhemah di tepi unggun api.

Selain menyajikan pemandangan laut, kawasan percutian tersebut turut menawarkan aktiviti seperti memancing, ATV, congkak dan mandi di laut.

Pengunjung juga boleh mengambil pakej barbeku atau ‘steamboat’ di tepi pantai.

The Baruh Glamping Melaka

Pelbagai jenis khemah disediakan, daripada bulan madu untuk dua orang sehinggalah khemah keluarga yang mampu memuatkan sehingga lima orang pada satu-satu masa. Bagi pengunjung yang datang bersama anak kecil, ada khemah jenis playful yang lengkap dengan pendingin hawa dan mainan.

Harga di antara RM405 ke RM580, bergantung kepada jenis khemah dan juga di hari biasa atau hujung minggu.

Untuk maklumat lanjut:
FB – The Baruh Glamping atau Instagram seperti di bawah.
wasap.my/60196679853/thebaruhglamping

The Beach N Breeze Glamping di Kuala Sungai Baru, Melaka

Beach N Breeze Glamping Melaka

Beach N Breeze Glamping, merupakan tempat glamping terbaru dan paling trendi yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Sebuah lagi tempat Glamping Melaka di tepi pantai.

Bayangkan bangun dengan angin laut yang segar, burung berkicau dan pasir di jari kaki anda. Bangun pagi dan terus terjun ke laut. Hilang stress kerja!

Seperti kebanyakan tempat glamping, Beach N Breeze Glamping menawarkan dapur BBQ untuk setiap khemah. Setiap khemah juga dilengkapi dengan bilik mandi. Tuala serta barangan mandian juga disediakan.

Tilam dan bantal empuk, sambil terus terlena melayan bunyi ombak di dalam kesejukan penyaman udara. Kalau lepak lama-lama sudah semestinya anda tak mahu balik.

Terdapat 3 jenis khemah: 2 orang (RM580/khemah), 3 orang (RM780/khemah) dan 4 orang (RM880/khemah).

Untuk maklumat lanjut:
FB – Beach N Breeze Glamping atau Instagram seperti di bawah.
Wasap.my/60129869961

Jadi, jika anda mencari cara yang unik dan mewah untuk mengalami keindahan alam semulajadi di Melaka, glamping adalah pilihan yang sempurna untuk anda untuk lari dari kesibukan kerja harian dan membebaskan diri dari stress.

Anda boleh menikmati semua keselesaan rumah sambil masih dikelilingi oleh alam semulajadi.

Jika ada tempat Glamping Melaka yang lain yang anda ingin kongsikan, isikan ruang komen di bawah.

2 thoughts on “Glamping Melaka: Kemewahan Menikmati Alam Semulajadi”

  1. Hey bro, I was thinking about going glamping and I was wondering if you’d be interested in joining me. I found this new glamping spot called Beach N Breeze Glamping in Kuala Sungai Baru, Melaka that looks cool. What do you think?

    Bila nak bawa wei …… 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.