Kemegahan Muzium Samudera

Muzium Samudera ini juga dikenali sebagai Flora de la Mar Maritime Museum. Kalau korang nak tahu, masa zaman kanak-kanak dulu, mak dan ayah membawa kami ke sebuah kapal yang sangat besar di Melaka. Ia lebih dikenali sebagai kapal Diana. Namun saya tidak pasti dari mana nama Diana itu datang.

Nama pun hebat rupanya pun cantik. Di dalam kapal tu pulak macam-macam ada.

Tetapi, bila sudah meningkat dewasa baru ketahui yang sebenarnya nama kapal besar yang ada dekat Melaka itu ialah Muzium Samudera.

Ya! Dalamnya ada pelbagai barangan sebab ianya sebuah muzium!

Pemandangan dari Menara Taming Sari
Gambar diambil dari Menara Taming Sari.

Muzium Maritim Flora de la Mar, merupakan salah satu tarikan bersejarah dan budaya yang paling ikonik di bandar ini. Muzium ini terletak di dalam replika kapal Portugis terkenal, Flora de la Mar (Bunga Laut), yang merangkumi sejarah maritim Melaka dan Asia Tenggara, suatu kawasan yang dahulunya menjadi pusat perdagangan global.

Kapal ini dibina seperti skala asalnya berdasarkan rekabentuk asal kapal Flor de La Mar kepunyaan Portugis yang tenggelam di Selat Melaka.

Latar Belakang Flora de la Mar

Flora de la Mar adalah sebuah kapal Portugis yang karam di pesisir Sumatera pada awal abad ke-16. Kapal ini membawa harta rampasan yang besar dari Kesultanan Melaka selepas penaklukan Portugis pada tahun 1511.

Menurut catatan sejarah, kapal tersebut dipercayai sedang cuba berlayar ke Potugis dengan barangan sejarah milik kesultanan Melaka yang dimuatkan di perut kapal itu. Belum pun jauh perjalanan mereka, akhirnya kapal itu tenggelam dan turut menenggelamkan barang-barang berhaga warisan negeri Melaka bersamanya di tengah laut itu.

Kehilangannya menjadi sebahagian daripada legenda maritim, dan perjalanan tragis kapal ini kekal sebagai kisah terkenal dalam sejarah.

Pameran dan Koleksi di Muzium Samudera

Muzium Samudera itu berkeluasan 34 meter tinggi , 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Ianya dirasmikan pada 13 Jun 1994.

Fokus utama muzium ini adalah sejarah Melaka sebagai pusat maritim yang penting di Asia Tenggara. Di dalamnya, terdapat pelbagai koleksi artifak dan pameran yang menjejaki evolusi Melaka sepanjang pelbagai zaman sejarah, dari era Kesultanan Melayu hingga penjajahan Portugis, Belanda, dan British.

Bersesuaian dengan namanya Muzium Samudera, maka segala aktiviti berkaitan dengan maritime turut dipamerkan di sini seperti peta, replika kapal serta pelbagai jenis artifak yang telah tenggelam bersama kapal peninggalan Portugis suatu masa dulu.

Antara artifak yang boleh ditemui termasuklah pinggan mangkuk zaman kesultanan Melaka dan juga peralatan istana yang berharga.

Beberapa sorotan utama muzium ini termasuk:

  • Model kapal dan alat navigasi: Ini memaparkan pelbagai jenis kapal yang digunakan semasa zaman kegemilangan maritim Melaka dan peralatan yang digunakan oleh pelayar untuk menavigasi laut yang berbahaya.
  • Peta dan carta: Peta-peta terperinci menunjukkan kedudukan strategik Melaka di sepanjang laluan perdagangan rempah purba, yang menghubungkan pedagang dari Timur Tengah, India, China, dan Eropah.
  • Pameran perdagangan: Paparan barangan dagangan seperti rempah ratus, tekstil, seramik, dan logam berharga menunjukkan betapa pentingnya Melaka dalam perdagangan global.
  • Pertukaran budaya: Muzium ini menekankan peranan Melaka sebagai tempat pertembungan pelbagai budaya, dengan pameran yang menunjukkan bagaimana tamadun yang berbeza, dari pedagang India hingga pedagang Cina dan penjelajah Arab, mempengaruhi budaya tempatan.

Kepentingan Muzium Samudera Kepada Budaya dan Pendidikan

Muzium Maritim Flora de la Mar berfungsi sebagai sumber pendidikan, memberi pandangan tentang bagaimana perdagangan maritim membentuk bukan sahaja Melaka, tetapi juga wilayah sekitarnya. Ia menjadi peringatan hidup tentang kejayaan pelabuhan Melaka dan kepentingan strategiknya semasa zaman perdagangan rempah.

Melalui pameran interaktif dan paparan yang dipilih dengan teliti, muzium ini membantu pengunjung memahami sejarah penjajahan yang kompleks serta impak kuasa Eropah terhadap ekonomi dan politik tempatan di Asia Tenggara.

Muzium Maritim Flora de la Mar adalah destinasi wajib dikunjungi bagi pencinta sejarah dan mereka yang berminat dengan warisan maritim Asia Tenggara. Muzium ini menawarkan perjalanan menarik merentasi masa, menggambarkan betapa pentingnya Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan hubungan global yang dibina melalui sejarah maritim di rantau ini. Terletak berhampiran tebing sungai Melaka, muzium ini juga memberikan pemandangan yang menakjubkan ke kawasan bersejarah Melaka, membolehkan pelawat merasai keunikan masa lampau bandar yang kaya dengan warisan ini.

Alamat, Harga Tiket dan Waktu Operasi Muzium Samudera Melaka

Alamat
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Lokasi Google Maps

map ke muzium samudera

Bayaran Masuk (warganegara)
RM10.00 – Dewasa 
RM5.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun

Bayaran Masuk (bukan warganegara)
RM20.00 – Dewasa 
RM10.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun

Bayaran masuk ini (warganegara dan bukan warganegara) adalah termasuk Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar), Muzium Samudera Fasa II dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 9:00 AM – 5:30 PM dan waktu masuk terakhir ialah pada jam 4:30 PM.

Untuk sebarang pertanyaan, hendaklah dikemukakan kepada PERZIM, Tel: +606 333 3333 / +606 282 6526 atau Email: admin@perzim.gov.my

Kapal Flor de La Mar ini hanyalah sebuah replika, jika anda meminati kapal selam dan ingin memasuki kapal selam sebenar. Ya! Kapal selam sebenar dan bukannya replika. Jom ke Muzium Kapal Selam di Klebang.

Untuk senarai terkini semua muzium yang ada di negeri Melaka, sila rujuk artikel kami bertajuk Melaka Museums.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.