Pelabuhan Maritim Melaka Gateway yang akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Melaka dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2025.
Projek yang berpengkalan di Pulau Melaka itu dalam proses penambakan laut yang berkeluasan kira-kira 300 hektar itu. Projek Mega bernilai lebih RM20 billion itu dijangka akan memulakan proses pembinaanya menjelang akhir tahun ini.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idrin Haron, pembangunan yang dilakukan di Pelabuhan itu akan turut melibatkan sebuah taman industri maritim berteknologi tinggi, terminal kontena selain kemudahan membina dan membaik pulih kapal.
Projek tersebut yang membabitkan agensi kerajaan Negeri, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) mendapat kerjasama pemaju terkenal KAJ Development Sdn Bhd dan sebuah syarikat dari CHina.
Idris berharap dengan pembangunan pelabuhan ini, ia akan memberikan saingan kepada pelabuhan besar lain di rantau ini sekaligus selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadi kuasa besar dalam pengendalian pelabuhan seperti yang pernah dikecapi lebih 600 tahun dahulu.
Dengan wujudnya pelabuhan ini, ianya akan menjadi destinasi utama pelabuhan di rantai ini serta mampu melonjakkan lagi tahap ekonomi di negeri Melaka.
Melakacool mengucapkan syabas terhadap projek ini tapi nak tengok juga keberkesanannya. Adakah ianya mampu memberikan kesan ekonomi terhadap rakyat Melaka itu sendiri. Tidak guna kalau projek mega namun limpahan ekonomi itu tidak tercapai oleh rakyat tempatan sendiri.
Kalau diikutkan banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi terutama kepada para nelayan yang mengalami kesan pada pembangunan Melaka Gateway itu sendiri. Semoga pembangunan ini seimbang dan memberikan kesejahteraan terutama kepada rakyat Melaka sendiri.