Love Harbour bakal tarikan untuk terbaharu di Melaka

‘Love Harbour’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Pelabuhan Cinta’ merupakan sebuah pusat komersial terbaharu yang bakal menjadi hab pelancongan di negeri Melaka.
Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Ogos depan ini bertempat di Pulau Melaka. Lokasi percutian yang bersesuaian untuk keluarga dan pasangan ini berkonsepkan kasih sayang menelan kos sebanyak RM100 juta dan dibangunkan oleh sebuah syariakt tempatan, Mythas Legacy Sdn. Bhd.
Projek yang berkeluasan 0.4 hektar itu menarik sesuai dengan konsepnya apabila ianya menghadap perairan Selat Melaka itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mythas Legacy Sdn. Bhd, Hedki Heng pihaknya menyasarkan lebih dari 1.6 juta pelancong dalam dan luar negara mengunjungi pusat pelancongan itu setiap tahun sebaik sahaja ia mula beroperasi Ogos ini.


“Love Harbour mempunyai kemudahan dua buah hotel butik yang menyediakan lebih 300 buah bilik serta kemudahan 400 buah tempat letak kenderaan, 100 pusat jualan berkonsepkan pengalaman dan kreativiti di mana kami ingin pengunjung datang bercuti sambil menenangkan fikiran dan membeli belah”

“Melaka telah menyaksikan peningkatan dalam pelancongan kerana mencapai 16.7 juta pelancong pada tahun lepas. Kami menyasarkan unjuran pendapatan sebanyak RM32 juta pada tahun pertama dengan sasaran 80 peratus”.

Pada masa ini, Mythas Legacy Sdn Bhd sedang meninjau lebih banyak potensi penyewa dan perniagaan bagi mengembangkan lagi projek ‘Love Harbour’ ini.


Penyewa dan perniagaan yang boleh menambahkan lagi nilai kepada Love Harbour Melaka amat digalakkan untuk menyertai potensi pembangunan projek pelancongan ini.
“Pusat pelancongan ini mula dibina sejak tiga tahun lalu dan kini sudah 98 peratus siap dan turut menyediakan lokasi kunjungan romantik untuk pasangan suami isteri bagi mengimbau kembali kisah cinta mereka” katanya dalam sidang akhbar selaps majlis prapelancaran Love Harbour kepada media di Pulau Melaka.

Sumber :-UTUSAN ONLINE

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.