Panorama Melaka: Bas Percuma Disediakan Di Melaka

Satu lagi inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan baharu Melaka. Perkhidmatan bas percuma Panorama Melaka akan diperkenalkan di Melaka mulai 20 Ogos ini kepada pemegang MyKad serta Mykid.

Berita ini disampaikan oleh EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab pada sidang media di pejabatnya di Seri Negeri.

Menurutnya, pelancaran perkhidmatan bas percuma itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari bagi mencapai objektif memberiakn kemudahan dan keselesaan kepada rakyat selaras dengan pembanguna pesat dan peningkatan penduduk di Melaka.

Menariknya ia juga memberikan kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan ini. Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan kesesakan terutama di lokasi tumpuan pelancong.

Panorama Melaka

Menurut Sofi, perkhidmatan bas percuma itu akan meliputi laluan Melaka Sentral, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Hospital Melaka dan Pasar Awam Bachang setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Bagi warga asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut, kerajaan negeri akan menyediakan mekanisme khusus bagi mengenakan kadar tambang bas khusus kepada mereka.

Sebagai permulaan sebanyak tiga bas bercirikan identiti Melaka menggunakan NGV digunakan sepanjang laluan dengan kekerapan setiap 40 minit.

Masalah kekurangan bas Panorama Melaka yang sering menjadi luahan pada penduduk akan cuba ditambah melalui pelantikan tiga rakan strategik bas baharu bagi menambah kekerapan jadual laluan perkhidmatan awam itu di seluruh negeri ini.

Semoga dengan penyediaan bas percuma ini juga dapat mengurangkan kesesakan laluan di bandar Melaka. Penggunaan perkhidmatan bas percuma ini juga dapat membantu rakyat Melaka amnya mengurangkan kos perbelanjaan harian kerana dapat mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri.

Ini sekaligus dapat membantu mengurangkan pencemaran alam di negeri Melaka selaras dengan konsep Melaka ‘Pintar, Hijau dan Bersih’. Semoga inisiatif ini mendapat sokongan para penduduk dan pelancong negeri Melaka.

Selain itu, perhentian bas Melaka Sentral juga perlu ditambahbaik selaras dengan negeri Melaka yang semakin maju. Melalui pengurusan baharu diharap akan berlaku transformasi pada kemudahan di Melaka Sentral. Bagi perkhidmatan bas awam itu, mungkin para pengguna boleh mendapat maklumat seperti terdapat aplikasi bagi memudahkan mereka untuk menaiki bas.

Mungkin pengurusan bas boleh membuat sistem seperti Grab dimana para pengguna bas boleh mengetahui lokasi bas dan sudah boleh merancang waktu sesuai untuk menunggu bas. Pihak Kerajaan Negeri juga perlu melakukan tambahbaik bagi perhentian bas yang sudah usang dengan menambah ciri-ciri moden bagi memberikan ruang dan keselesaan kepada penumpang bas.

Sekiranya pengangkutan awam percuma ini berjaya dilaksanakan dengan baik sudah pasti negeri Melaka akan menjadi contoh kepada negeri-negeri berdekatan dalam melaksanakan pengangkutan awam yang berkelas tinggi.

Jadual dan Laluan Panorama Melaka

Untuk jadual dan laluan terkini Panorama Melaka anda boleh lihat semuanya di laman rasmi mereka di http://panoramamelaka.com.my/routes.

Laluan percuma terkini (dikemaskini pada 18 Dis 2020) ialah bagi laluan Melaka Sentral ke Pasar Besar iaitu laluan 34 dan dua laluan dari Melaka Sentral ke MITC iaitu laluan 24A dan laluan 24B. Selain boleh menjimatkan wang, kita jugak boleh mengurangkan kesesakkan lalu lintas di dalam Negeri Melaka.

Maklumat terkini mengenai laluan percuma boleh didapatkan di Facebook Panorama Melaka.

Pihak Panorama Melaka juga boleh dihubungi melalui:

Panorama Melaka Sdn Bhd

Lot 19B & 19C Zone B
BangunanTerminal
Melaka Sentral
JalanTun Abdul Razak
Peringgit
75300 Melaka

No. Tel : 06-288 2525/282 6466
No. Fax : 06-282 4745
Email : admin@panoramamelaka.com.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.