Melaka merupakan sebuah negeri maju dan memerlukan pusat pengangkutan udara yang baik. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam yang berusia 61 tahun telah siap dibangunkan pada Julai 2009 dengan perbelanjaan sebanyak RM131.5 juta. Ia mempunyai sebuah bangunan baharu dan landasan sepanjang 2,500 meter bagi membolehkan pesawat Boeing 737 400 dan Airbus 320 mendarat. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron pada wawancara dengan Buletin TV3 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun sehingga kini hanya sebilangan kecil syarikat penerbangan yang menjalankan aktiviti di LTAM. Sehubungan itu perbincangan telah diadakan dengan syarikat penerbangan seperti Tianjin Ankeyunda Air Agent Service Co.Ltd (ANKE) dari China , syarikat Penerbangan Malaysia, Airasia, Firefly dan juga Malindo Air supaya operasi penerbangan dapat dilakukan di bandar bersejarah ini.
Berita : Pengusaha babi di Paya Mengkuang diberi tempoh 2 minggu
AYER KEROH 1 Jun- Semua pengusaha ladang ternakan babi di Melaka perlu menandatangani akuan bersumpah sebagai jamunan untuk mereka menyelesaikan masalah pencemaran di kawasan Paya, …