Berita : Pengusaha babi di Paya Mengkuang diberi tempoh 2 minggu

AYER KEROH 1 Jun- Semua pengusaha ladang ternakan babi di Melaka perlu menandatangani akuan bersumpah sebagai jamunan untuk mereka menyelesaikan masalah pencemaran di kawasan Paya, Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron berkata, kerajaan negeri mahu penternak babi di kawasan terlibat komited dalam mencari penyelesaian masalah pencemaran disebabkan oleh aktiviti penternakan itu.

Idris berkata, kerajaan negeri memberi tempoh dua minggu kepada pengusaha babi di kawasan berkenaan supaya mempunyai pelan perancangan lengkap dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tersebut yang telah berlarutan sekian lama.
Menurutnya, pengusaha wajib menandatangani akuan bersumpah bila ia boleh selesai, jika tidak ladang tersebut akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Katanya, pencemaran terutama di Sungai Tuan akibat penternakan tersebut telah menyebabkan isu pencemaran yang tidak dapat diselesaikan akibat kurangnya komitmen pengusaha penternak babi itu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri tidak akan berkompromo terhadap mana-mana pengusaha babi yang berterusan mengakibatkan pencemaran itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Beliau juga mensarankan agar pengusaha babi menjadikan penternakan babi di Belanda sebagai model disana yang mengamalkan penternakan yang bersih dan tertutup.
Beliau memberitahu ini kerana sistem penternakan dan pemprosesan mereka amat baik dan berkesan sehingga tidak diketahui bahawa Belanda mempunyai pusat penternakan babi terbesar di dunia.

– Melaka Hari Ini 2 Jun 2017, Di Edit Semula oleh Melaka Cool pada 3 Jun 2017

sungai tuang
Isu berkenaan pencemaran yang disiarkan di Sinar Harian
memorandum
Memorandum bantahan oleh penduduk setempat disampaikan kepada YB Datuk Hassan Rahman EXCO Kerajaan Negeri Melaka

Isu yang sudah berpuluh tahun tidak selesai. Admin Melakacool kadangkala bila ke Pengkalan Balak boleh merasai bau yang dilakukan hasil pencemaran sungai di Paya Mengkuang itu.
Sungai yang mengalir di Sungai Tuang itu terus ke arah laut menuju Pantai Pengkalan Balak yang terasa kesannya.
Walaupun pernah dilanda kes JE kira-kira 10 tahun lalu namun nampaknya usaha tidak berjalan seperti yang sepatutnya.
Agak memalukan apatah lagi pantai Pengkalan Balak itu merupakan destinasi yang strategik untuk pusat pelancongan pantai di negeri Melaka yang tercinta ini.
Semoga usaha Ketua Menteri dapat diterjemahkan dengan sebaik mungkin.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.