Jerebu di Melaka semakin kritikal

Minggu ini Melaka diselubungi dengan jerebu teruk.  Fenomena jerebu ini berlaku akibat dari pembakaran terbuka yang dilakukan oleh negara jiran, Indonesia yang mana asapnya telah pergi ke kawasan berhampiran termasuk di Malaysia dan Singapura. Masalah yang mula dikesan pada 16 Jun 2013 yang lalu terus mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk di Melaka. Kesan jerebu boleh dilihat apabila terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal atau terasa sakit dada. Di Melaka, keadaan jerebu ini mencapai tahap yang tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada dalam kedudukan tidak sihat iaitu sekitar 150 -200.  Selain dari masalah kesihatan, ia juga member kesan kepada sektor pelancongan di negeri Melaka sekaligus member kesan juga kepada ekonomi di negeri Melaka.

Gambar Jerebu di MITC

Pemandangan Jerebu di sekitar PKNM (Sebelum dan Selepas)

Read more

7 Langkah Pengundian Pilihanraya Umum Ke 13 Malaysia

Hari mengundi sudah semakin dekat dan disebabkan mengundi hanya lima tahun sekali, tentu ramai yang tidak ingat apa langkah-langkah untuk mengundi. Terutamanya pengundi-pengundi baru yang pertama kali hendak mengundi. Berikut adalah 7 langkah pengundian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia:

Read more

Senarai Calon Parlimen dan DUN Melaka bagi Pilihanraya Umum ke 13

Senarai calon pilihanraya umum ke 13 telahpun diumumkan pada hari Sabtu yang lalu termasuk calon di Melaka. Kini tiba masanya untuk pemilih berdaftar di Melaka mengundi pada 5 Mei 2013.

Pilihanraya yang akan menentukan pemerintahan negara dan negeri Melaka samada akan kekal dengan parti sedia ada atau berlaku perubahan kuasa. Di Melaka terdapat 6 buah Parlimen dan 28 Dewan Undangan Negeri. Berikut merupakan senarai calon PRU-13 di Melaka:

P= Parlimen DUN= Dewan Undangan Negeri

Melaka

Read more