Ketua Menteri Melaka Kedua Belas: YAB Datuk Sulaiman bin Md Ali

YAB Datuk Sulaiman Md Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu telah mendapat mandat selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) itu berlangsung di Dewan Utama Seri Negeri kira-kira jam 3.00 petang 9 Mac 2020.

Sulaiman, 55 selaku Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah merupakan anak kelahiran Kampung Durian Daun, Masjid Tanah dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri dari tahun 2014-2018.

Beliau yang memiliki kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom memiliki kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun.

Kami di Melakacool ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk. Tugas paling utama yang perlu diselesaikan pastinya tentang isu catuan air yang masih berlarutan sehingga membebankan pengguna kini.

Sehingga kini, catuan air telahpun memasuki fasa keempat dimana ianya membabitkan pengguna domestik, perkilangan dan pusat pelancongan. Ianya memberikan kesan kepada rakyat Melaka secara amnya dan juga sektor ekonomi yang membabitkan kedatangan orang luar ke Melaka. Sudah pasti ianya bukanlah impak yang dimahukan bagi negeri Melaka yang mensasarkan jumlah pelancong yang tinggi pada tahun ini.

Semoga Ketua Menteri Melaka yang baharu beserta barisan EXCO yang bakal dilantik mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Kurangkan berpolitik sebaliknya fokus kepada matlamat untuk memajukan negeri Melaka amnya. Semoga kemelut politik yang membelengu rakyat Melaka pada beberapa minggu ini akan selesai segera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top