Jersi Pasukan Melaka United 2020 Memang Cool

Ketika saingan Liga Super 2020 semakin menghampiri, skuad bola sepak kebanggaan rakyat Melaka iaitu Melaka United telah melancarkan jersi baharu untuk musim ini. Majlis pelancaran serta pengenalan pemain Melaka United telah diadakan di Mahkota Parade yang disertai bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Adly Zahary dan juga Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), YB Damian Yeo.

Warna hijau sebagai warna utama merupakan semangat yang ingin dikembalikan oleh penyokong tempatan. Menurut Presiden Melaka United, Damian Yeo, pemilihan hijau sebagai jersi tuan rumah hasil dari perbincangan dengan penyokong bagi menukar warna putih pada musim lalu. Sudah pasti ia menjadi pilihan warna yang bertepatan dengan sejarah kelab bola sepak Melaka ini.

Dalam majlis pelancaran tersebut, ia telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada jam 2.22 petang pada tarikh yang unik iaitu 22.2.2020.

Menurut Damian, simbolik nombor 2 itu juga menandakan sasaran untuk mendapat tidak kurang dari tempat kedua. Meskipun secara berseloroh namun beliau tetap berharap sekurang-kurangnya satu piala dapat diraih oleh skuad Melaka pada musim ini.

Pendapat Melakacool pula, memang jersi pada musim ini cukup menarik dan agak sporty. Sebagai salah seorang penyokong skuad MU, sudah pasti Melakacool akan membeli jersi dan akan menghadirkan diri ke stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Melaka United.

Tapi tak mampulah sepadu ‘Arab’ yang memang super duper cool tu. Mengenai jersi tersebut, anda boleh mendapatkan ia dimana-mana outlet Al-Ikhsan Sport di seluruh negara dengan harga RM99.00. Masih harga yang mampu dimiliki bagi penyokong tegar.

Penyokong yang biasa-biasa bolehlah tengok kat pasar malam berdekatan anda. Tapi kualiti memang berbeza la berbanding jersi yang dijual di Al Ikhsan ye. Tapi kalau dah sokong, kenapa nak beli yang cetak rompak, kan?

Melaka United
Barisan Pemain Melaka United bersama jersi musim 2020 Melaka United
Jersi pasukan bola Melaka United
Jersi Melaka UNited yang cukup sporty
YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahary melancarkan jersi baharu Melaka United
Presiden Melaka United, Damian Yeo memberikan penerangan mengenai halatuju Melaka United pada musim 2020
Safiq Rahim Melaka United
Safiq Rahim, tonggak Melaka United yang masih kekal untuk membantu Melaka United pada musim ini

Semoga apa yang diimpikan oleh pasukan Melaka United tercapai tahun ini.

Gambar: Facebook Melaka United

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top