Terdapat banyak kedai komputer di Melaka yang anda boleh pergi untuk membeli laptop baru, komputer peribadi baru ataupuan aksesori komputer. Ada juga kedai komputer yang menawarkan pembelian atas talian.
Jika anda berada di Melaka samada sebagai pemastautin, pelajar ataupun pelancong, peralatan ICT amat diperlukan. Kadangkala anda memerlukan tambahan aksesori ataupun perlu memperbaiki peralatan ICT anda. Sudah pasti sukar jika anda mengalami masalah.
Kami di Melakacool ingin berkongsi 5 kedai komputer di Melaka yang boleh anda rujuk sekiranya terdapat masalah dengan komputer atau laptop anda. Atapun bila anda memerlukan peralatan dan aksesori tambahan untuk komputer atau laptop anda.
Kali ini kami senaraikan hanya 5 kedai komputer di Melaka. Mungkin kami akan menambah baik lagi kandungan artikel ini pada masa akan datang dengan tambahan kedai.
5 kedai komputer yang kami senaraikan di bawah adalah berdasarkan kepada pengalaman kami sendiri. Kami harap mereka terus-menerus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang perpatutan kepada pelanggan-pelanggan mereka dan juga anda.
Senarai Kandungan
1. Kedai Komputer dan Aksesori Navotech @ Stygix
Bagi mereka yang telah bermastautin di Melaka pastinya kedai Navotech atau nama baharunya Stygix akan menjadi tumpuan. Navotech @ Stygix mempunyai 3 cawangan di Melaka iaitu di Bukit Beruang, Ong Kim Wee dan Malim tapi yang paling popular di Bukit Beruang. Ini kerana ia terletak di kawasan tumpuan terutama para pelajar Universiti Multimedia, Kolej Komuniti Bukit Beruang dan juga berhampiran dengan pentadbiran kerajaan.
Ruang kedainya luas dan anda boleh mencari peralatan komputer dan gajet di situ dengan selesa. Boleh dikatakan hampir semua peralatan atau aksesori komputer terdapat di kedai tersebut.
Mereka juga mempunyai page FB mereka sendiri. Anda boleh terus telefon mereka dari link “Call Now” di FB atau pun chat dengan mereka menggunakan Messenger. Kaedah ini lebih mudah dimana anda boleh bertanya dahulu mengenai apa yang anda perlukan tanpa perlu pergi ke kedai.
Navotech Technology Sdn Bhd
41-01-02 & 43-01-02 Jalan Bukit beruang Utama 2
Taman Bukit Beruang Utama
75450 Melaka
Pautan Google map: Stygix Bukit Beruang
Facebook Navotech di https://www.facebook.com/navotechtechnology/
2. Kedai Komputer dan Aksesori Jaticom Sdn Bhd
Kedai komputer yang terletak sederet dengan CIMB Batu Berendam ini menawarkan pilihan peralatan dan aksesori komputer dengan harga berpatutan. Selain dari peralatan baharu anda juga boleh membeli peralatan komputer terpakai (second hand) yang dijamin baik kualitinya.
Jaticom juga menawarkan perkhidmatan baikpulih komputer dengan harga yang menarik. Lokasinya yang berhampiran kawasan perumahan di Batu Berendam memudahkan untuk anda mencarinya.
Jaticom Sdn Bhd
No 26 Jalan Mutiara Melaka 2
75350 Batu Berendam Melaka
Tel : 06-3170526
Pautan Google map: Jaticom Sdn Bhd
Facebook Jaticom di https://www.facebook.com/pg/jaticom
3. Kedai Komputer dan Aksesori NCS Sales and Services Sdn Bhd
NCS Sales and Services Sdn Bhd adalah kedai komputer yang cukup dikenali di Melaka. Ia juga adalah di antara kedai komputer yang menjadi tumpuan di tengah-tengah bandar Melaka. Ia juga menjadi tumpuan bagi para reseller kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Walaupun terletak di kawasan yang sibuk, mereka mempunyai kaedah drive-thru yang memudahkan pelanggan mengambil peralatan yang diperlukan.
NCS juga menawarkan jualan komputer peribadi, laptop dan aksesori komputer di atas talian di laman web mereka.
NCS Sales and Services Sdn Bhd
307 & 309 Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
Tel: 06-2841996
Pautan Google map: NCS Sales and Services Sdn Bhd
Facebook NCS di https://www.facebook.com/NCS.Malaysia.Gaming/
4. Kedai Komputer dan Aksesori Global We Shop (GWS)
Komputer yang tiba-tiba rosak adalah igauan ngeri bagi pemilik komputer. Sudah tentu anda tidak mampu membetulkannya jika tidak mempunyai kemahiran. Kalau ada kemahiran pun bukan tentu anda mempunyai alat gantinya sekarang.
Global We Shop (GWS) adalah pakar dalam memperbaiki peralatan komputer yang rosak. Masalah skrin laptop terutamanya LCD laptop boleh dibaiki disitu dengan cepat. Mereka sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik. GWS juga dikenali sebagai kedai repair laptop murah Melaka.
Terletak di kawasan Taman Tasik Utama ia juga sering menjadi tumpuan agensi kerajaan untuk menghantar peralatan komputer yang rosak.
Global We Shop
No 15 Jalan TU 41 Taman Tasik Utama
75450 Ayer Keroh
Melaka
Telefon: 0136910238
Pautan Google map: Global We Shop
Facebook GWS di https://www.facebook.com/globalweshop/
5. Kedai Komputer dan Aksesori Istech Sdn Bhd
Istech Sdn Bhd yang terletak di Masjid Tanah telah memudahkan penduduk setempat yang mencari kedai komputer untuk membaiki peralatan komputer mereka yang rosak. Di Istech Sdn Bhd anda akan dibantu oleh pakar-pakar dalam membaikpulih peralatan komputer.
Syarikat ini juga mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja-kerja ICT lain seperti pemasangan sistem kedatangan menggunakan sistem biometrik, server, cctv dan sebagainya.
Istech Sdn Bhd
SU905, Jalan Bandar Baru 5
Jalan Pernara Jaya
78300 Masjid Tanah Melaka
Telefon : 06-3851860
Pautan Google map: Istech Sdn Bhd
Facebook Istech di https://www.facebook.com/istechsdnbhd/
Tips Dalam Membandingkan Harga Komputer PC atau Laptop
Jika Anda Ingin Membina Sendiri Komputer Peribadi Anda
Adalah lebih baik anda mengambil tahu jenama dan harga setiap aksessori yang anda nak beli. Anda juga perlu tahu sama ada setiap barang yang anda beli itu sesuai digunakan bersama atau pun tidak.
Adakah graphic card itu sesuai dengan motherboard yang anda inginkan. Adakah RAM nya juga sesuai? Macam-macam kan.
So, bila ke mana-mana kedai komputer di Melaka, pastikan anda tahu apa nak tanya.
Jika Anda Ingin Mencari Komputer Atau Laptop Berjenama Yang Tersedia Ada Di Pasaran
Contohnya seperti jenama HP, Acer, Lenovo, Dell, Asus, Huawei, MSI, Toshiba atau apa-apa sahaja jenama pilihan anda.
Perkara paling penting ialah anda perlu tahu untuk apakah anda membeli komputer tersebut. Kenapa? Kerana, jika anda hanya akan gunakannya untuk membuat kerja kursus atau menulis laporan kerja menggunakan perisian Microsoft Office, anda tidak perlukan processor dan RAM berkapasiti tinggi.
Ia berbeza dengan keperluan seorang pereka grafik ataupun youtuber sepenuh masa.
Kita ambil contoh membeli sebuah laptop dari mana-mana kedai komputer di Melaka.
- CPU atau Unit Pemprosesan Pusat
- Ini paling penting! Anda tak perlu kisah sangat jenama Intel atau pun AMD, masing-masing ada kelebihannya. Yang penting anda perlu tahu apakah generasi terkini.
- Pada tarikh pos ini dikemaskini (17 Nov 2020), cip pemprosesan Intel yang terkini adalah Intel 10th Gen manakala dari AMD pula ialah Ryzen 5000 series.
- Sudah tentu cip pemprosesan terkini lebih mahal. Jika penggunaan anda hanya untuk menulis report dan sesekali menonton movie dan melayari internet, lebih kos efektif jika anda membeli laptop dengan cip pemprosesan 2 level di bawah. Harganya lebih murah.
- Walaupun CPU lama tetapi jaminan selepas jualannya sama seperti CPU baru.
- Ohh, satu lagi perkara penting. Cip AMD lebih murah berbanding Intel.
- Saiz dan Jenis Laptop
- Laptop yang kecil biasanya lebih ringan dan harganya lebih tinggi.
- Ultrabook, laptop gaming, jenis hybrid iaitu laptop dan tablet atau laptop untuk kegunaan biasa sahaja mempunyai saiz yang berbeza. Laptop gaming biasanya lebih besar dan berat.
- Jenis dan saiz simpanan
- SSD lebih laju dari HDD, tetapi harga SSD jauh lebih mahal. Sekarang ini ada laptop yang datang dengan kedua-duanya sekali.
- Fail yang jarang digunakan boleh disimpan di HDD manakala yang selalu digunakan boleh disimpan di SSD.
- Daya Tahan Bateri
- Jika anda selalu keluar melawat pelanggan dan bateri tak tahan lama, maka anda perlu kerap charge laptop tersebut.
- Jenis Paparan
- IPS, LCD, LED atau skrin sentuh.
- Kapasiti RAM
- Untuk gaming, minimum 8GB, kalau untuk proses video, adalah lebih baik 16GB.
- Kalau setakat nak gunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point dan melayari internet, 4GB sudah cukup.
Kadang-kadang anda mungkin dan jumpa spesifikasi yang anda inginkan, tetapi terdapat perbezaan harga yang ketara. Periksalah processor dan jenis storage yang digunakan.
Cukuplah dengan tips di atas. Bila dah jumpa beberapa laptop yang dah berkenan, layarilah youtube untuk melihat ulasan produk tersebut.
Tujuan asal artikel ini ditulis adalah untuk menyenaraikan beberapa kedai komputer di Melaka. Kalau nak tips membeli, perlukan artikel spesifik yang lebih panjang. Lain kali ya!
Dalam dunia serba moden ini, komputer merupakan peralatan yang penting dalam kehidupan kita. Samada dalam bentuk komputer peribadi atau pun laptop. Smartphone dan pelbagai jenis gajet lain juga sudah menjadi keperluan penting dalam hidup kita.
Melaka sebagai sebuah negeri maju, juga menuju ke era digital, memerlukan perkembangan ICT yang baik. Infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan Negeri Melaka dengan disokong anak syarikat kerajaan negeri, Melaka ICT Holding dapat membantu rakyat serta pelancong untuk menggunakan kemudahan ICT yang terkini.
Selain infrastruktur oleh kerajaan negeri Melaka, ia juga dibantu dengan sokongan pihak swasta. Sokongan pihak swasta amat penting bagi menggerakkan perkembangan era digital di Melaka. Kedai-kedai komputer di Melaka yang menawarkan jualan dan perkhidmatan berkaitan ICT amat membantu.
MelakaCool melihat potensi ICT di Melaka dapat mewujudkan banyak peluang perniagaan dalam bidang ini.