Pro dan Kontra Bazar Ramadhan Taman Cempaka Berpindah

Ramadhan hampir menjelma. Di Melaka, majoriti penduduknya beragama Islam dan akan menyambut bulan mulia ini dengan meriah.  Selain dari menunaikan ibadah, pada bulan mulia ini ramai peniaga yang akan mengambil kesempatan memandangkan peluang perniagaan cukup besar. Selain dari peluang untuk menjual makanan berbuka puasa, terdapat peluang untuk menjual produk lain seperti pakaian, kuih raya serta barang-barang persiapan untuk menyambut Syawal selepas tamatnya menunaikan ibadah puasa.

Selain membeli barangan di gedung membeli belah, akan wujudnya bazar Ramadhan yang menjual pelbagai barangan keperluan hari raya. Terdapat  banyak bazar Ramadhan yang dibuka bagi memberi peluang kepada peniaga mahupun pengguna menjual dan membeli barang keperluan dengan harga yang terbaik .

bazar-taman-cempaka

Bazar Ramadhan Taman Cempaka dimalam hari

Salah satu bazar Ramadhan yang terkenal di Melaka adalah Bazar Ramadhan Taman Cempaka.  Bazar Ramadhan yang telah wujud sejak dari tahun 90-an ini diberitakan akan dipindahkan bermula dari tahun ini. Bazar yang terletak di Taman Cempaka , Peringgit, Melaka ini dikhabarkan akan berpindah ke lokasi di Jalan Hang Tuah.  Walaubagaimanapun, perpindahan ini hanya melibatkan peniaga yang meniaga pada waktu malam manakala peniaga di pasar Ramadhan pada waktu petang masih kekal.

Perkara ini menjadi isu yang hangat dibincangkan ketika ini namun kurang mendapat perhatian kerana isu penutupan Jonker Walk  yang lebih mendapat perhatian. Terdapat banyak rungutan samada dari peniaga dan pengguna tentang perpindahan bazar Ramadhan Taman Cempaka ini. Untuk artikel kali ini krew Melakacool.com akan membincangkan isu ini berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan perkongsian dari orang sekeliling.

PRO DAN KONTRA PERPINDAHAN BAZAR RAMADHAN TAMAN CEMPAKA

Pro

1)      Kurangkan kesesakan di kawasan AMJ Peringgit. Sememangnya kawasan sekitar akan menjadi sesak kerana ramai pelawat atau pengguna akan datang ke sini. Dikhabarkan ribuan pengunjung akan hadir ke Taman Cempaka terutama pada hujung bulan Ramadhan.
2)      Mengelakkan kemalangan . Terdapat beberapa kes kemalangan yang berlaku ketika bazar Ramadhan ini dibuka. Ramai pelawat yang tidak menggunakan jalan ketika melintas sehingga ada yang dilanggar oleh kenderaan yang laju di lebuhraya AMJ itu.
3)      Memberi keselesaan kepada penduduk Taman Cempaka yang sering menghadapi masalah kesesakan ketika bazar itu dibuka.Terdapat juga isu peniaga atau pelawat yang meletak kenderaan mereka  merata-rata sehingga menutup ruang masuk di hadapan rumah.
4)      Masalah berebut tapak dengan peniaga pasar Ramadhan di waktu petang dapat dielakkan. Terdapat isu peniaga pasar Ramadhan yang meneruskan perniagaan mereka sehingga malam.
5)      Persiapan lebih cepat kerana tapak baru menyediakan khemah. Peniaga tidak perlu memasang khemah sendiri seperti sebelum ini.

Kontra

1)      Kerugian terutama kepada peniaga lama. Terdapat peniaga lama yang telah bersedia untuk berniaga membeli barang sebelum bermula arahan. Notis secara tiba-tiba menyukarkan peniaga terutamanya peniaga Melayu.
2)      Lokasi yang dicadangkan tidak digemari oleh peniaga. Kawasan Hang Tuah Mall bukanlah jalan utama berbanding di Taman Cempaka.  Terdapat rungutan dari peniaga lama yang menarik diri dari meniaga di kawasan ini.
3)      Kesesakan di kawasan bandar. Kawasan ini pasti menjadi sesak dan menyukarkan terutama mereka yang bekerja di UTC, UiTM Kampus Bandar , UTeM Kampus Bandar dan juga kawasan sekitarnya. Ini kerana lokasi baru terletak ditepi jalan di kawasan Jalan Hang Tuah yang mengurangkan ruang kenderaan untuk berjalan. Ini tidak termasuk pada pengunjung yang akan meletak kenderaan mereka di bahu jalan. Mungkin ada yang akan menutup ruang kenderaan yang bekerja di kawasan berdekatan.
4)      Memandangkan ianya berada di kawasan bandar, kemungkinan kebarangkalian jenayah seperti merompak akan meningkat. DIharap pihak polis dapat memantau kawasan yang mungkin terlalu luas berbanding di Taman Cempaka.

hang-tuah-mall

Lokasi Bazar Ramadhan Mega yang dibuka di Jalan Hang Tuah

Berikut merupakan pro dan kontra yang ditemui oleh Krew Melakacool. Walaubagaimanapun, mungkin  Kerajaan Negeri Melaka akan melihat keputusan perpindahan pada tahun ini. Sekiranya ia memberikan keputusan positif mungkin perpindahan ini berjaya namun jika sebaliknya, mungkin kajian perlu dilakukan agar isu ini tidak berulang pada tahun hadapan.

 

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *