Pro dan Kontra Bazar Ramadhan Taman Cempaka Berpindah

Ramadhan hampir menjelma. Di Melaka, majoriti penduduknya beragama Islam dan akan menyambut bulan mulia ini dengan meriah.  Selain dari menunaikan ibadah, pada bulan mulia ini ramai peniaga yang akan mengambil kesempatan memandangkan peluang perniagaan cukup besar. Selain dari peluang untuk menjual makanan berbuka puasa, terdapat peluang untuk menjual produk lain seperti pakaian, kuih raya serta barang-barang persiapan untuk menyambut Syawal selepas tamatnya menunaikan ibadah puasa.

Selain membeli barangan di gedung membeli belah, akan wujudnya bazar Ramadhan yang menjual pelbagai barangan keperluan hari raya. Terdapat  banyak bazar Ramadhan yang dibuka bagi memberi peluang kepada peniaga mahupun pengguna menjual dan membeli barang keperluan dengan harga yang terbaik .

bazar-taman-cempaka

Bazar Ramadhan Taman Cempaka dimalam hari

Salah satu bazar Ramadhan yang terkenal di Melaka adalah Bazar Ramadhan Taman Cempaka.  Bazar Ramadhan yang telah wujud sejak dari tahun 90-an ini diberitakan akan dipindahkan bermula dari tahun ini. Bazar yang terletak di Taman Cempaka , Peringgit, Melaka ini dikhabarkan akan berpindah ke lokasi di Jalan Hang Tuah.  Walaubagaimanapun, perpindahan ini hanya melibatkan peniaga yang meniaga pada waktu malam manakala peniaga di pasar Ramadhan pada waktu petang masih kekal.

Read more

Bazar Ramadhan Taman Cempaka

Setiap kali menyambut Ramadhan, tentu ramai yang berfikir tentang Syawal. Di bulan Ramadhan menjadi satu bulan yang ramai orang mencari peluang untuk berniaga. Ketika menjelang …

Read more