Senang sahaja nak mencari hotel halal Melaka. Rujuk sahaja senarai yang disediakan ini.
Bandar warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO ini penuh dengan peninggalan sejarah. Melaka adalah negeri pelancongan yang paling popular di Malaysia dan sering menjadi pilihan orang Malaysia untuk bercuti.
Melaka mempunyai banyak hotel, resort dan penginapan lain yang disediakan untuk pengunjung.
Jika Melaka pilihan anda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, pastikan anda periksa terlebih dahulu status halal hotel tersebut supaya anda tidak ragu-ragu menjamu selera di situ.
Walaupun terdapat lebih 300 hotel di Melaka, tak sampai 10% daripada jumlah tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Kita berharap agar lebih banyak pengusaha resort dan hotel di Melaka mempunyai kesedaran dan memohon sijil pengesahan halal itu melalui Bahagian βPengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) secepat mungkin supaya tiada syak wasangka dalam kalangan masyarakat serta pelancong Islam dari dalam dan luar negara.
Kesemua dapur resort dan hotel yang mendapat sijil pengesahan halal ini telah dibenarkan untuk menggunakan tagline Bufet Ramadan bagi membolehkan umat Islam memilih premis berkenaan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan tanpa was-was.
JAIM memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
Ingat ya pemilik-pemilik hotel sekalian!
Senarai Hotel Halal Melaka Terkini
Berikut ialah senarai Hotel Yang Dipersijilkan Halal Negeri Melaka, telah dikemaskini sehingga 17 Januari 2024:
Untuk maklumat lanjut dan juga rujukan, anda boleh ke facebook Jabatan Agama Islam Melaka di sini.
Atau di laman web rasmi mereka di www.jaim.gov.my. Kami tidak pautkan terus ke laman web tersebut kerana mereka tidak menggunakan https.
Berikut adalah kenyataan media Jabatan Agama Islam Melaka mengenai Persijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan pada 18 Jan 2024.
πππ‘π¬ππ§πππ‘ π ππππ
π£ππ‘πππ₯ππ
πππππ§ππ‘ ππππ π ππ¦πππ π πππππ
π¦ππ₯ππ‘ππ‘ π ππ πππππ π£ππ‘π¦ππππππ‘ πππππ π ππππ¬π¦ππ πππ£πππ π ππ‘π-π ππ‘π π£ππππ/ π£ππ‘ππππ π¬ππ‘π πππ‘πππ π ππ‘π¬πππππππ‘ π£ππ₯πππππ ππ§ππ‘ ππ¨ππππ π₯ππ ππππ‘
- JAIM ingin menarik perhatian kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
- Saranan ini dibuat supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
- JAIM juga ingin memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
- Kepada mana-mana pengusaha, terutama pengusaha hotel atau premis makanan yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya, namun masih belum mempunyai SPHM adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin di Bahagian Pengurusan Halal JAIM.
- Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi :
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA,
ARAS 1, KOMPLEKS MASJID AL AZIM FASA 2,
JALAN BUKIT PALAH,
75400 MELAKA.
06-3333333 sambungan 4047/ 4056
atau emel : halalmelaka@yahoo.com.mySekian. Terima kasih
DATUK BADARUDDIN BIN MOHD. KASSIM
Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka
18 Januari 2024
Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda. Sekarang sudah tahu, jangan cari yang lain selain Hotel Halal Melaka!