Dapatkan Hartanah di Melaka di MAPEX Terakhir Untuk Tahun 2012

Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi dalam pelaburan hartanah. Nilai hartanah yang semakin meningkat memberikan peluang kepada sesiapa untuk melabur seterusnya mendapat keuntungan melalui pembelian rumah dan hartanah di negeri Melaka.

Dengan perkembangan pesat Melaka sebagai negeri yang makin maju menambah lagi nilai hartanah. Walaupun harga hartanah di Melaka semakin berkembang namun harganya masih mampu dimiliki berbanding di bandar seperti Johor Bahru, Seremban, Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar. Ini sekaligus memberi alternatif kepada mereka yang ingin memiliki rumah tapi tidak mampu membelinya di negeri tempat anda bermastautin.

MAPEX 2012

Pembelian rumah dan hartanah di Melaka memang berpotensi samada untuk dijadikan kediaman tetap, sewaan, homestay ataupun pelaburan jangka panjang dan pendek. Terdapat ramai orang dari luar yang membeli rumah di Melaka samada warganegara Malaysia ataupun orang dari luar negara.

Membeli rumah di Melaka bukanlah menjadi kesukaran kerana terdapat pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat terkini. Selain itu terdapat pameran perumahan dan hartanah atau lebih dikenali dengan MAPEX (Malaysian Property Expo) yang diadakan secara berkala.  MAPEX Melaka dianjurkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka.  Melalui pameran ini, pengunjung boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai hartanah dan perumahan di Melaka. Terdapat banyak pemaju perumahan yang menyertai pameran ini bagi memberi maklumat dan menjual hartanah. Ada antara mereka yang memberikan potongan diskaun atau member hadiah kepada mereka yang ingin membeli hartanah ketika pameran tersebut.

MAPEX Melaka

Gambar ketika MAPEX 2012 di Mahkota Parade

Untuk tahun 2012, REHDA telah menganjurkan pameran MAPEX ini sebanyak 2 kali iaitu pada 13-15 April dan 7-9 September 2012 di Mahkota Parade. Bagi menutup tirai tahun 2012, pameran MAPEX terakhir akan diadakan pada 28- 30 Disember 2012 di Mydin Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 28 Disember 2012 pada jam 3.00 petang (tertakluk pada perubahan).

mapex melaka oleh rehda

Gambar ketika MAPEX 2012 di Mahkota Parade yang dihadiri oleh EXCO Perumahan Melaka

Pameran MAPEX Melaka terakhir untuk 2012 yang diadakan di Mydin ini perlu dihadiri oleh orang ramai terutamanya kepada penduduk Melaka sendiri. Peluang mendapatkan hartanah dan perumahan pada hujung tahun tidak sepatutnya dilepaskan oleh anda. Tidak kira samada anda bujang atau berkahwin, mendapatkan hartanah dan perumahan sebagai aset masa hadapan dapat menjamin kehidupan yang selesa. Jika anda telah memiliki rumah sekalipun, peluang pameran ini masih berguna sekiranya anda ingin mendapatkan rumah kedua untuk pelaburan.  Pameran perumahan selama 3 hari ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung untuk mendapat maklumat-maklumat mengenai perumahan. Dengan lokasi di Mydin Ayer Keroh, pastinya ia tidak menjadi masalah untuk anda menghadirinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran MAPEX di Melaka  anda boleh menghubungi REHDA Melaka di:

REHDA Melaka
1-1   Blok Mawar 2
Jalan Murni 2 Taman Malim Jaya
75250 Melaka
Tel : 06-3374288
Faks : 06-3375140
E-mel : secretariat@rehdamelaka.org  atau rehdamk@hotmail.com
Website dan Sumber Gambar :  http://www.rehdamelaka.org/

Jadi  dapatkan waktu untuk anda pada 3 hari tersebut. Datanglah ke pameran MAPEX Melaka terakhir untuk tahun 2012 ini. Pasti anda akan mendapat sesuatu ketika pameran tersebut.

Kami juga pernah kongsikan senarai agensi-agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga swasta yang boleh dijadikan rujukan jika hendak membeli rumah di Melaka. Anda boleh rujuk artikel tersebut: Beli Rumah dan Hartanah di Negeri Melaka. Anda boleh juga rujuk artikel 5 Pemaju Perumahan Ternama di Melaka untuk anda mencari rumah idaman anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.