Aktiviti-Aktiviti Yang Pernah Dianjurkan di MITC Melaka

jom heboh melaka 2012

Aktiviti-Aktiviti Yang Pernah Dianjurkan di MITC Melaka bukan sedikit, tetapi banyak. Bermacam-macam jenis pulak tu. Dari majlis perkahwinan ke ekspo ke bufet ramadan. Semuanya ada. Di bawah kami kongsikan antara aktiviti yang pernah kami sertai.

Aktiviti-Aktiviti Yang Pernah Dianjurkan di MITC Melaka:

Jom Heboh

Acara yang pasti menarik orang ramai, Jom Heboh, pernah diadakan pada bulan Febuari 2012 di MITC Melaka.

Aktiviti-Aktiviti Yang Pernah Dianjurkan di MITC Melaka - jom heboh melaka

Dengan jumlah pengunjung yang mencecah 5 juta setiap tahun, Karnival Jom Heboh terus menjadi platform terbaik untuk TV3 menjangkau penonton setianya yang dianjurkan oleh pelbagai aktiviti sihat dan menghiburkan. Selain berinteraksi dan bersenang-senang, Jom Heboh juga memberikan peluang kepada perniagaan kecil dan perusahaan sederhana (PKS) bersama-sama memeriahkan suasana. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi peniaga tempatan.

Para pengunjung yang datang ke Jom Heboh akan dapat menyertai banyak aktiviti yang menyeronokkan di gerai-gerai yang mengoperasikan TV3 seperti Fiction Studio, Studio 3, TV3 Kids, MyTV3, dan Home and City of Knowledge Newsletter.

Kemuncak Karnival Jom Heboh ialah Konsert Jom Heboh yang disiarkan secara langsung di TV3.

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di MITC Melaka

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran tahunan terbesar menghimpunkan produk dan perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia.

Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.  Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontensi dan berkualiti. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Kami merupakan antara ribuan pengunjung ke Showcase SDSI ini pada bulan Disember 2012 di MITC Melaka.

Nanyak perkara menarik di sana. Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion menempatkan antara 10 – 30 usahawan SDSI terpilih dari negeri masing-masing. 

Pavilion Melaka di SDSI
Pavilion Melaka yang berkonsepkan ‘ Melaka Bandar Teknologi Hijau‘

Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik. Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat pengunjung untuk masuk ke sana.

Terdapat banyak pengusaha-pengusaha kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan produk keluaran mereka, jualan produk juga dilakukan.  

Bagi memeriahkan lagi suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.

Antara aktiviti-aktiviti semasa Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI):

  1. Pameran dan Jualan
  2. Seminar Keusahawan
  3. Business Matching
  4. Klinik Usahawan
  5. Menu Malaysia
  6. Aktiviti Tarikan Pengunjung
  7. Pertandingan SDSI
Pavilion Cambodia dan India yang menunjukkan bahawa pameran ini juga disertai pengusaha luar negara

Selain dari pavilion negeri dan agensi kerajaan, terdapat juga usahawan dari India dan Kemboja yang mempunyai lot SDSI masing-masing. Selain daripada usahawan yang ditempatkan di pavilion negeri terdapat juga booth-booth agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pameran di dalam ruang dewan MITC itu.

Selain aktiviti pameran, terdapat juga sesi bicara tokoh oleh tokoh-tokoh perniagaan terkemuka dan selebriti tempatan yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Semasa lawatan kami ke sana, usahawan yang juga pelakon terkenal, Rosyam Noor ,menjadi motivator dalam kursus tersebut.

Selain di ruang dalam dewan MITC, terdapat juga aktiviti menarik di luar dewan MITC . Antaranya seperti larian SDSI 2012, permainan kereta kawalan jauh, jualan produk pertanian serta ruangan makanan Menu Malaysia.

Di ruangan Menu Malaysia itu terdapat khemah besar yang disediakan di ruang letak kereta MITC dimana terdapat menu makanan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia yang dimasak oleh penduduk negeri masing-masing.  Jadi semua masakan adalah resipi asal dari negeri masing-masing yang pastinya lebih tulen.  Disamping menjamu selera, di ruang hadapan tersebut terdapat beberapa aktiviti yang diadakan.

Ketika kami singgah di khemah tersebut, terdapat pertandingan memasak oleh kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun yang dihoskan oleh bekas pengacara Jalan-jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri.

Meriah dengan keletah kanak-kanak yang menjayakan rancangan tersebut.

Promosi Jualan Buku The Big Bad Wolf Book Sale

the big bad wolf book sale melaka

Promosi jualan yang dinamakan sebagai ‘The Big Bad Wolf Book Sale ‘ dianjurkan oleh Book XCess dan Big Bad Wolf Book di MITC Melaka pada Mei 2013.

Terdapat pelbagai buku dengan pelbagai kategori  seperti  perniagaan, pengangkutan, fotographi, kesihatan dan banyak lagi. Buku yang ditawarkan pada promosi jualan buku berkualiti dimana kebanyakannya diimport dari syarikat penerbitan luar negara dengan harga yang pasti mengejutkan. Semuanya buku-buku yang berkualiti, bukan buku second hand ya, tetapi murah.

Kami berkesempatan untuk menghadiri promosi jualan tersebut pada 10 Mei 2013. Walaupun pada tengahari hari Jumaat namun terdapat ramai pengunjung yang datang ke lokasi promosi tersebut. Peminat buku tidak melepaskan kesempatan untuk memiliki buku pada harga yang murah. Ramai pembeli yang membeli buku dalam kuantiti yang banyak.

Kami yang pada mulanya hanya sekadar ingin melihat juga terpengaruh dan membeli 4 buah buku dengan jumlah hanya RM 29.00.  Nilai yang berbaloi dengan buku yang dibeli.

Melalui pemerhatian, didapati harganya terlalu murah dari harga pasaran. Sebagai contoh, buku yang mendapat penjualan terbaik di New York Why We Want You To Be Rich. Cetakan harga pada buku tersebut adalah USD 24.95 tetapi di pameran ini buku tersebut hanya bernilai RM8.00.

Memang berbeza sekali harga yang ditawarkan dan kebanyakan buku juga dijual dalam lingkungan RM 5.00 – 20.00 walaupun kandungan buku yang tebal.  Susunan buku juga teratur dengan lokasi terbuka yang memudahkan pemilihan buku-buku berdasarkan kategori.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh penganjur. Kami cadangkan agar penganjur, pada masa akan datang, memperbanyakkan buku terbitan tempatan. Pada promosi tersebut kebanyakan buku yang dijual adalah dari penerbitan luar Negara. Walaupun terdapat buku tempatan kebanyakkannya adalah berbahasa Inggeris.  Mungkin pihak penganjur boleh menambah buku berbahasa Melayu, Cina, Tamil dan sebagainya.

Pameran ini memang bagus untuk memupuk tabiat membaca di kalangan rakyat Melaka.  Ia sekaligus dapat membantu menambah ilmu pengetahuan kepada penduduk Melaka sekaligus menambah modal insan seperti yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. 

Sambutan Hari Intelek Negara

Majlis peringkat kebangsaan ini diadakan pada bulan Jun 2013. Hari Harta Intelek Negara 2013 telah dilancarkan oleh YB Dato Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hari Intelek Negara

Sambutan Hari Intelek Negara ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO). Program ini diadakan di Dewan Pameran B, MITC Melaka dengan tema Transformasi Negara Bangsa Melalui Harta Intelek.

Terdapat banyak program yang dianjurkan pada sambutan Hari Intelek Negara tersebut:

  • Treasure Hunt di Dataran Sejarah, Ayer Keroh
  • Peyampaian Anugerah Harta Intelek Negara 2013
  • Pidato
  • IP Run di padang MITC
  • Pameran di dewan MITC
  • Seminar Hakcipta dan seminar Cap Dagangan
  • Game Show
  • Bintang Retro
  • Konsert Harta Intelek di Dataran Pahlawan
  • Forum Perdana bertajuk Harta Intelek: Harta Yang Perlu dijaga.
forum-perdana-harta-intelek-dimasjid-alazim

Sambutan Hari Harta Intelek yang dilaksanakan ini memang memberikan pengetahuan yang berguna kepada para pengunjung. Objektif utama penganjuran majlis ini yang ingin memberikan pemahaman dan penghayatan kepada orang awam serta menggalakkan budaya kreatif di kalangan masyarakat mampu dicapai.

Dengan menggunakan konsep pembelajaran dalam hiburan, program ini nampak menarik dan mendapat sambutan baik dari para pengunjung.  Tidak hanya tertumpu pada satu lokasi, sambutan Hari Harta Intelek juga diadakan secara meluas dimana program ceramah, khutbah jumaat juga diselitkan tentang kepentingan harta intelek pada Negara. Disamping itu, program larian IP juga menunjukkan bahawa kecerdesan juga amat penting sebagai harta intelek dan bukan hanya sekadar produk sahaja.

Program 3 hari ini juga dapat memperkenalkan agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia kepada orang awam yang selama ini tidak mengenali agensi yang berfungsi sebagai badan utama yang berkuasa untuk mendaftarkan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi. Selain itu badan ini juga memberie khidmat nasihat mengenai harta intelek.

Ketika program berlangsung terdapat beberapa produk yang ingin dipatenkan oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti beca Melaka, asam pedas Melaka , cencalok dan beberapa produk lagi.

Ini merupakan inisiatif baik bagi mewujudkan keunikan dan kekuatan tersendiri bagi perkhidmatan dan produk keluaran Melaka. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi.

Beca Berhias Melaka
Beca Berhias yang bakal dipatenkan

Sajian Ala Kampung di MITC Melaka

Kan dah kata tadi, bufet ramadan pun ada di sini. Aktiviti-Aktiviti yang pernah dianjurkan di MITC Melaka memang pelbagai.

Bufet yang terletak di ruang legar MITC ini menawarkan kepelbagaian jenis hidangan yang mampu menambat pelanggan yang mahukan suasana yang sederhana tetapi selesa.

mitc bufet
Antara masakan ala kampung yang dihidangkan

Hidangan untuk berbuka puasa ini merupakan sesuatu yang menarik terutama bagi pengunjung di Melaka apatah lagi ianya merupakan hidangan yang cukup dekat dengan para pengemar masakan kampung.

Terdapat lebih 100 jenis hidangan yang disediakan untuk hidangan bufet ramadhan yang memberikan pilihan yang banyak untuk para pengunjungnya.

Bufet Ramadan MITC ini berlangsung pada bulan Mei 2017.

nyanyian-mitc
Terdapat persembahan nyanyian ketika berbuka puasa

Ia merupakan pilihan terbaik kerana ianya mudah untuk anda dan MITC Melaka pun senang untuk dicari. Lokasi tempat letak kereta yang luas samada di kawasan MITC atau di parking lot terbuka PKNM memudahkan lagi urusan pelanggan.

Bazar Ramadan MITC

Bazar Ramadan pun ada dianjurkan di ruang hadapan MITC. Dari pakaian hingga ke makanan semuanya terdapat di Bazar Ramadhan MITC yang menempatkan lebih 80 orang peniaga. Pastinya mereka yang ingin membeli belah selepas berbuka tidak akan melepaskan peluang.

Terdapat pelbagai jualan disediakan antaranya produk keluaran sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, makanan dan minuman, produk kecantikan.

Tidak sukar untuk menunaikan kewajiban bersolat atau melaksanakan solat terawih. Masjid Al-Alami hanya sekitar 500 meter sahaja dari MITC dan tidak sukar untuk anda menuju ke masjid selepas selesai iftar di MITC. MITC juga menyediakan surau di tingkat atas bagi anda menunaikan Maghrib selepas iftar.

Jualan Gudang Parkson

Parkson pun pernah menganjurkan jualan gudang mereka di MITC Melaka pada bulan Mei 2017. Ia diadkan di dalam dewan utama dan memang ramai orang yang datang terutamanya mereka yang mencari pakaian mahupun keperluan untuk Hari Raya Aidil Fitri nanti.

parkson mitc
Jualan Gudang dari Parkson di ruang dewan MITC. Pasti rambang mata dibuatnya.

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2017 berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada bulan Ogos 2017.

Majls Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2017 disempurnakan oleh YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin. Dalam acara perasmian tersebut, YB Menteri turut melancarkan program Friends of KPDNKK (FOK) peringat negeri Melaka.

Friends of KPDNKK (FOK)
YAB Menteri KPDNKK menandatangani plaq perasmian Friends of KPDNKK

Majlis tersebut juga dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron, Ketua Setiausaha KPDNKK, YBhg Dato’ Sri Jamil Salleh,  Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Dr. Noor Zari Hamat dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik serta barisan Pengarah Bahagian Kementerian.

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini mendapat perhatian masyarakat terutama di negeri Melaka. Banyak booth pameran terutama yang disertai oleh para Koperasi di seluruh Malaysia yang boleh memberikan informasi mengenai kejayaan mereka.

kpdnkk
YAB Menteri KPDNKK dan YAB Ketua Menteri Melaka melawat gerai pameran Koperasi Sekolah Menengah Hang Kasturi yang menghasilkan inovasi

Melalui program ini, masyarakat Melaka amnya dapat mengetahui peranan koperasi yang boleh membantu penduduk untuk mendapat pendapatan tambahan melaluinya.

Ia juga mampu memberikan penjelasan yang lengkap melalui program serta mendapatkan bantuan melalui Koperasi yang telah berjaya di Melaka. Antara Koperasi Melaka yang cukup berjaya adalah Koperasi Simpang Bekoh Sdn Bhd yang berjaya dikenali dengan produk biskut tongkat asli yang dikenali di seluruh Malaysia.

koperasi simpang bekoh biskut tongkat
Koperasi Simpang Bekoh yang menyertai pameran merupakan antara booth yang mendapat perhatian pengunjung.

Terdapat juga Koperasi dari Sekolah-sekolah yang menunjukkan penglibatan sekolah dalam bidang koperasi ini. Koperasi Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu misalnya telah menghasilkan produk pertanian seperti baja kompos dan penjualan anak pokok seperti delima, kedondong dan belimbing buluh. Ia membuktikan kemampuan sekolah-sekolah untuk membangunkan koperasi serta membimbing golongan muda menglibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu juga disediakan booth pameran agensi kerajaan yang membantu orang ramai mendapatkan maklumat dari jabatan atau agensi yang terlibat dalam pameran.

Aktiviti-Aktiviti yang pernah dianjurkan di MITC Melaka memang pelbagai.

Rajin-rajinlah ke sini.

1 thought on “Aktiviti-Aktiviti Yang Pernah Dianjurkan di MITC Melaka”

  1. What’s up every one, here every person is sharing such experience, thus it’s good to read this
    website, and I used to pay a visit this web site every
    day.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top